Saturday, June 18, 2011

Ustazah Pilihan

sedang saya meneliti nama-nama peserta adik-adik Nisa' yang akan mengikuti program Nisa'. mak cik saya bertanya pada saya.. ina..kau tak nak masuk ustazah pilihan kat astro tu ke? masuklah.." saya dah tergelak-gelak dah.. "ha??tak pelah... bibik je lah masuk" saya jawab dengan sengeh2.. saya tak tengok pun iklan tu...juz terdengar-dengar cam tu je..


secara peribadinya...memang program ini berunsurkan kebaikan dan ingin membawa wanita lebih ke hadapan dan berfikiran terbuka dalam dunia dakwah ni.. saya fikir...ia seperti rancangan imam muda kan...:)..tetapi...adakah methodnya menepati syar'i...???Yang menontonnya bukan hanya di kalangan wanita sahaja.Nanti jadi lain pula,jadi pulak rancangan 'Ustazah pilihan hati ...

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

wanita sekarang ni perlu banyak berjaga2...lagi-lagi dengan dunia yang penuh fitnah ni... bukan nak berfikiran jumud.. hanya nak mengajak kita berfikir secara lebih dalam mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

Teringat serangkap sajak yang menjadi entry sebelum ini...mengenai seorang wanita...

MAAF, wajahmu itu bukan utk tontonan umum..apalagi tontonan khusus...wanita solehah itu Tidak memandang dan tidak dipandang...wanita solehah itu Tidak mengenali dan tidak dikenali...wanita solehah itu...Tidak menegur dan tidak ditegur...


Tak reti nak komen lebih-lebih,apa-apa pun ia 1 alternatif yang baik,cuma harapnya method nye berbeza dan lebih terjaga batas-batas yang sepatutnya seorang muslimah perlu patuhi.Jika nak dipertontonkan pun,yang seharusnya sahaja la,tak perlu lebih-lebih daripada itu,nanti jadi sama macam gadis melayu je la.Allahua'lam!

bak kata kak mujahidah...Di kampus ada juga ruang sebegini,tapi secara 'tertutup',amat menarik bilamana ia mengikuti silibus-silibus dan perkara yang bakal dikupas amat-amat buat kita teruja.Saya amat-amat yakin!jika ia mampu dilaksankan dengan baik,insyaAllah akan menghasilkan da'ie muslimah yang berilmu dan mampu berhadapan dengan masa hadapan,keluarga,masyarakat dengan baiknya.InsyaAllah!

2 comments:

  1. Salam... bagus kupasannya itu... Sy pn bkanlah yang baik dan bijak utk bicara ttg syariat.. tp pada sy,, medium dakwah zaman kini perlu dipelbagai... keluar dari kotak pemikiran seorang daie itu sebaik medan tarbiah kita.. mungkin ada yg mencemuh... tp sy rasa (mungin rasa sahaja) ia boleh menjadi sesuatu yang diikuti bukan kerana trend tetapi kerana HidayahNya...

    ReplyDelete
  2. masing2 ada pendapatnya sendiri.. apa-apa kembali kepada Quran dan sunnah...jawapan segala kemusykilan...:).. mana yang baik di teruskan..

    ReplyDelete


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...