Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi. untuk pengetahuan siapa2 yang sedang membaca entry ni saya tak dapat nak melelapkan mata. sebabnya baru bangun dari tidur.T_T. Esok dah raya dah.
suasana raya kali ni memang meriah. dengan keluarga belah mak yang mempunyai 12 adik beradik dan 37 cucu. saya cucu sulung.=). jadi bila berkumpul sangatlah meriah dengan adik-adik sepupu yang ramai kecil-kecil lagi. memang sangat kecoh kot time tu.. tapi hati saya x semeriah itu...T__T. dalam pukul 8.10 malam semua berkumpul di depan rumah. syhhh...pak cik2 saya memang tauke mercun. acah ja...ehe..=p..jadi,setiap bonet kereta ada banyak sangat mercun. jadi...apa lagi? mula kan operasi bakar mercun. mercun yang macam selalu sambut merdeka tu. memang berdentum2 lah bunyi kawasan rumah tu. dah macam kawasan peperangan dah rasanya. saya? saya tengok ja. Tiba-tiba rasa tergugat, perangai ke anakkan kembali semula. Apa yang tergugatnya? Tergugat tengok adik-adik sepupu main bunga api. Saya pun join lah sekali kan...^_^. Main dalam 5batang lidi bunga api je.. Nak main mercun tak berani lagi. Ini kisah malam raya.
1 syawal
Preparation after solat raya,selepas makan2 dan bersalam-salaman dekat dalam pukul 10 ada sesi bergambar. Dan selepas itu kami sekeluarga bertolak untuk ziarah saudara2 pula. Raya tahun ni, saya ikut ja raya. Tapi makan pun tak. memang pecah rekod la. Saya kan kuat makan..=p. Dan nak di jadikan cerita, 1 excident berlaku pada saya. Excident ni berlaku time nak turun dari kereta. Kelakar je rasa. ketika hendak keluar dari kereta, badan saya terus mencium tanah. Kain saya tersangkut kat bahagian tempat duduk tu. Mula2 rasa macam malu sangat. sebab pak cik2 dan makcik2 nampak. Gelak sakan diorang. Adeeiiii... last2 saya pun gelak. ntah apa ntah saya berangan.
Nak upload picture dalam blog ni lagi ni. Tapi nanti2 la...itu pun kalau saya rajin lah untuk mengupload. ^_^
Kepada sahabat-sahabat dan pembaca blog yang di kasihi ...
selamat hari raya saya ucapkan...maaf zahir dab batin...=)
No comments:
Post a Comment