Sunday, August 21, 2011

NuKiLan UnTuK BuAh HaTi keSaYaNgAn Umi...

Tercarik-carik hati ini…berdebar2…semuanya bercampur baur bila dapat mesej dari kak ina.. buah hati kesayangan kami sekarang terbaring lesu … ya Allah…sesungguhnya Adik adalah hamba yang terpilih di dalam kalangan hamba-Mu untuk menerima ujian-Mu ini… semua ini tanda kasih sayang-Mu terhadap hamba2-Mu yang sentiasa mengharap keredhaan-Mu ya Allah… alhamdulillah…


Hati ini bagai terasa lagi. Baru saja semalam saya pulang dari menemui adik.. berhari2 kami meluangkan masa di dalam bulan yang penuh barokah ini…keesokkanya adik terus di masuk kan ke hospital… “umi minta maaf sayang” . saya semakin rindu…rindu dengar jeritan adik…keletahnya yang sentiasa keanak-anakkan… saya rindu…itulah buat hati umi…kak ina…abang2 adik…dan keluarga adik…


“adik…kuat ya sayang…”


hati ini semakin rindu.. ya Allah…sampaikan lah salam sayang rindu dan sayang ku kepadanya… izinkan kami bertemu semula ya Allah… tanpa keizinan-Mu semua ini tak akan berlaku… sebab itu kita di minta bergantung dengan Allah dalam segala urusan … tanpa keizinan-Nya…saya mungkin tak dapat berjumpa dengan adik.. meminta keizinan pada manusia…belum tentu dapat kan…


hati ini rindu lagi…. Setiap masa hati ini sentiasa ternanti2 ingin mendengar suara adik… kak ina pun rindu dengar suara adik…


“sayang…bangunlah sayang… adik kena kuat… semua dah rindu kat adik…umi tak tipu…umi betul2 sayang adik… tak ada siapa-siapa yang boleh menggantikan tempat adik di hati umi”…sebak…

Perlahan-lahan ku usap air mata yang menitis tanpa henti… bagaimana kehadiran Aidilfitri nanti? Walaupun tak sampai setahun kenal…hati ini sudah jatuh sayang pada adik… tak ceria rasa adik tak ada..


“Assalammualaikum…iena…adik masuk icu… mohon doanya ya…”mesej yang saya terima dari kak ina. Hati saya berdebar2…air mata terus mengalir laju… tapi apakan daya…umi jauh dari adik… hanya titipan doa dan bisikan rindu dan sayang melalui kak ina yang umi mampu… kalau boleh umi nak di sisi adik…umi sayang adik tau…


Ya Allah…sempena di akhir2 10 ramadahan ini… Engkau berilah kesembuhan kepada laily nor shafeenaz… ENGKAU berilah dia kekuatan…moga dia diberi kesempatan untuk menikmati ramadhan yang akan datang dan berjasa untuk Islam… Allahumma amen…T_T

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...