Thursday, April 1, 2010

Mesut Kurtis ft Maher Zain – Never forget


Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
(Nothing worthy of worship except Allah)

When you’re walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Chorus
No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
He’s the Light of Heavens and Earth
He’s the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Chorus
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Chorus
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

Sunday, March 28, 2010

study last minute

Saya,kak eni dan kak anies duduk di tingkat dua kt FKP. Kami duduk satu sudut di tepi kelas dan lorong yang mana pelajar-pelajar yang sentiasa keluar masuk dan keadaan yang sangat bising. Masa tu dalam pukul 8 lebih,kelas dalam pukul 10. saja datang awal, kononnya nak study,sebab ada quiz pukul 10 tu. Dalam pukul 10,tiba-tiba Dr.Radhi yang kami panggil sebagai ustaz keluar kelas, dan ustaz terpandang kami.

“Assalammualaikum ustaz..” kami memberi salam.
“Waalaikumsalam..” jawab ustaz sambil berjalan kearah kami. Lepas tu ustaz ckp kat kami. “Ana rasa nak ambil gambar kamu bertiga lah, 3orang pelajar USIM yang rajin dalam mengulang kaji sebelum masuk kelas” ustaz mengeluarkan statement macam itu. Kami terpinga-terpinga tiba-tiba lepas tu tersengih-tersengih. Iyelah,ustaz sambil buat gaya lagi. Macam betul je nak ambil. Ustaz sambung lagi..” kan bagus macam ni,kalau sebelum kelas study, ke lepas ni kamu ade quiz??” Saya,kak eni dan kak anis da tersengih2 dah. “Aaah ustaz,lepas ni kami ada quiz” jwb kak eni.

“owh..iye ke..patutlah. kenapa bila ada quiz atau exam baru saya nampak pelajr-pelajar walau dimana-mana membaca ye,kat dalam bus kat dalam cafe? Cuba kita buat macam ni, mase nak tunggu bus kita membaca,masa kat dalam bus ke, kita baca di mana-mana saja.jadikan itu sebagai amalan, mesti nanti result dapat 4flat nanti. Cuba kita lakukan semua ni dari awl sem ni, insyaAllah mesti berjaya punya.” Nasihat Dr Radhi dengan penuh semangat.Kami tersengih2 lagi. Lepas tu,kak eni jawab.

“Ustaz,kami study kat dalam rumah ustaz,kat library, kami study juga..” sambil tergelak2.

“ye ke? Tapi apalah salahnya kita buat study dekat mana-mana je,dari buang masa kn. Kita nak hadiahkan kejayaan ibu bapa kita kat kampung tu,ingat tu, ok ye ana nk pergi dulu”jawab ustaz yang murah dengan senyuman tu.

“Syukron ustaz” jawab kami sambil tersengih2..Lepas ustaz dah jauh dari kami, kami tergelak-gelak. Iyelah,kena perli kan.hehe.

“Akak, semalam kan,ina pergi talk tentang study last minute.Salah sorang panelnya Dr.Radhi la. Semalam pun ustaz ckp mcm ni. Memang bestlah. Sebab ni salah satu cara yang ustaz buat masa study kat mesir n masa ambil master” jawab saya sambil mengingat kata-kata nasihat dari ustaz.

Dalam talk tu,ustaz menyatakan. Untuk mendalami dan menguasai ilmu lagi-lagi dalam ilmu agama.perlu ada kefahaman. Jadi, bila kita study last minute, adakah kita dapat menguasai ilmu itu? Jangan lah kita nak study untuk mendapat ‘A’ dalam result. Ingat ni “Jangan target A, menguasai ilmu A akan datang dengan sendiri”

Ustaz cerita tentang pengalaman semasa di Mesir. “Masa ana di Mesir,kebanyakan sahabat-sahabat suka bersiar-siar kalau ada kelapangan, tapi result selalu jatuh. Bayangkan lah, hampir 70% pelajar kat sana failed semasa zaman saya. Tak tahulah saya sekarang ni macam mana. Saya terfikir, saya nak hadiahkan result saya kat mak saya di kampung, kesian ibu bapa kita yang dah membelanjakan duit yang banyak untuk menampung perbelanjaan belajar. Saya fikir itu, dan saya tak nak mengkhianati ibu bapa saya. Jadi kita fikirlah sendiri sama ada kita telah mengkhianati ibu bapa kita sandiri atau tidak.”

Ustaz sambung lagi. “ sebenarnya study last minute ni tidak sesuai dengan agama, sepatutnya kena belajar 1st minit dan last minute kalau nak mencapai dan menguasai ilmu agama. Sebab ia bukan membawa mesej peribadi.” Banyak lagi perkongsian2 ustaz dan panel-panel yang lain dalam talk ni. Panel pun yang mantop2.

Lastly, harap-harap saya ada semangat nak buat macam ni.hehe.. “Doakan kejayaan saya dan sahabat-sahabat yang lain yerp…(^_^)

Friday, March 19, 2010

ya Allah..Thabat kan hati kami ya Allah..

Assalammualaikum… lama juga saya x update blog saya ni.=p. Baru-baru ni( 19hb.03) fakulti saya kepimpinan dan pengurusan anjurkan majlis solat hajat.. kagum & kaget & insaf mendengar pesanan Prof Shamsul Andi Galigo,muallim yg sgt sy kagum,ceramah tu selepas bacaan yasin.. saya datang pun dah lambat,sebab bus hanya akan bertolak after maghrib. Dari awal pagi, after kelas saya ke meeting SPMM untuk unit penerbitan dan publisti. Saya habis kelas dalam jam 11. Sebelum tu ketua kami dah tanya dulu kat saya, free tak lepas pukul11 pagi tu. Saya kata saya nak ke library. Dia kata nk jumpa sekejap je.. Ok, tak mengapalah,saya kata pukul 11 la ye. Tapi dia kata ada kelas pkl 11. Macam mana ye..last2 tak apa lah,kami janji dalam pukul 12. Saya cuba nak beri commitment,sebab time ade meeting sebelum ni, saya banyak ketinggalan,dengan sebab tertentu. Bukan saja2 tau..huhu. Dia pun kata sekejap je,ada kerja sikit.saya tunggulah sampai pukul 11 lebih di surau, and 10minit before pukul 12 saya dah berada di tempat yang di janjikan.. Yurp, saya tak suka orang tunggu saya and saya pun tak suka tunggu orang. Ketua saya memang datang tepat pada timenya. Dalam pukul 12. Kebetulan terjumpa sahabat saya yang nak saing ke library sekali. Dia nk tunggu saya,sebab saya kata sekejap je. Tapi.. Ya Allah,mana sahabat2 yang lain?? Setengah jam dah hampir saya tunggu.. Saya pun banyak kerja nak buat, ketua saya asyik minta maaf kt saya je. Tak apa, masih boleh sabar lagi, Cuma saya kesian dengan sahabat saya yang tunggu saya,serba salah. Tapi,dia tetap nak tunggu saya,tak apa lah kalu cm gitu.Bertemankan buku Salahudin Al-Ayubi, saya menunggu sahabat-sahabat yang lain. Dalam setengah jam baru lah seorang sahabat muncul. Tapi sebelum tu saya dan ketua saya dah bincang dah gerak kerja kami. Saya kena cepat,saya minta maaf sangat-sangat,sebab after saya ke library,saya kena pergi ke tempat lain, dan sampai kolej dalam pukul 6 lebih. Dan terus bersiap2 ke majlis solat hajat,. Moralnye..tolong tepati masa!! Huhu..

Berbalik kepada majlis solat hajat, after bacaan yasin, ade ceramah.. sangat menyentuh hati.!!!!! Di sini ade beberapa pengisian untuk sahabat-sahabat yang saya sayangi sangat2..


1. lafaz basmalah tika mandi,minum niatkan sbg syifa'.penawar penyakit hati & rohani
2.sentiasa ada keyakinan.kelebihan Say.Abu Bakr bukan krana kuat ibadahnye,bahkn kerna KEYAKINANNYA.
3.Sentiasa solat istikharah+solat Hajat
4.ingat pesan Nabi SAW:JGN TERLALU MENCINTAI ORG YG KITA CINTAI,KERNA AKHIRNYA DIALAH ORG YG PLG KITA BENCI.
5.hidup yg pling indah=Cintai ALLAH+RASUL x melebihi cinta ***...
6.ISBIR!!ISBIR!!wahai pelajar dalam mnuntut ilmu!jgn ingt smua akn jd kaya!!
7.Iltizam dgn Islam.
8.Jgn tergoda dgn luar/prinsip hdup xislami
9.'Pegang' ISLAM sekuatnya!
10.Panduan Imam Nawawi ''RABBANA ATINA FID-DUNNYA HASANAH...."


Tambahan: 1. amalkan membaca rabbana atina fiddun ya hasanah wafil akhirati hasanah waqina 'azabannar selepas bcaan tahiyat akhr sblm salam.

2. pohonlah dua perkara ini setiap kali berdoa kepada Allah:pertama, mohon kesabaran dan ketekunan dlm khidupan dan kedua, istiqamah serta berpeluang mengamalkan solah (zikir, bca quran, selawat )

3. apabila berdoa tentang ilmu yang dipelajari, mohon lah spy Allah menjadikan ilmu itu berkat dan bermanfaat di dunia dan akhirat. jangan sekali berdoa untuk dpt markah tggi.

4. pegang firman Allah ini : kamu sangkakan perkara itu baik bagi kamu, tetapi sbnarnya buruk bg Allah dan kamu sangkakan perkara itu buruk bagi kamu, tetapi sbnarnya ia baik bg kamu.

Moga pesanan ini lekat di hati kami.. ~ ya Allah..thabat kan hati kami di jalan agama-Mu ya Allah~

Thursday, February 18, 2010

Keadaan kita bergelar soleh dan solehah

Salam ukhwah kepada sahabt-sahabat yang m'ziarahi blog saya.. seperti biasa,tak ada entry menarik pun untuk saya postkan kat sini..just satu perkongsian yang saya rase nk kongsi...hehe.. boley lak macam tu ye..huhu..

Zaman ini kita dapati pelbagai perkara banyak berubah. Pelbagai fasiliti yang makin canggih dan makin canggih jugalah sistem pendidikan kita di tanahair kita. Cuma, di zaman kini, perkara-perkara lain juga makin bertambah-tambah 'power' apabila teknologi canggih manggih kian pesat dan syukran pada negara-negara barat kerana telah banyak cipta itu dan ini dan membawa semuanya ke negara kita. Cuma, kita sebagai manusia, mestilah mengetahui CARA mengadaptasikan diri kita di zaman kini. Jangan di negara barat menunjukkan hubungan lelaki dan perempuan itu dapat bersama, ber SMS ber ayang ayang, menunjukkan cinta melalui internet ..handset dan sebagainya, kita juga mencanggihkan diri kita seperti mereka. saya pernah laluinya, nasihat saya ialah, tinggalkan dan jadikan hati itu sebagai Rumah Allah swt. Is it not good. saya cerita bersandarkan pengalaman sendiri dari segi alami dan juga perhati.

Jangan biarkan diri kita makin beriman,makin soleh dan solehah, neraca kehidupan kita cuba jadi yang terbaik dengan menganggap semua ini boleh dikawal. Tetapi ingat~~syaitan itu cerdik. Bila telah latih hati anggap semua perkara ini remeh temeh, sms je, takde apa lah..kawan je, message berdua berym dengan lelaki berdua..dan sebagainya, jangan anggap tiada syaitan membisik sesuatu.

saya tertanya-tanya, bagaimanakah cara Rasulullah saw berkawan dengan muslimah di zaman baginda dan bagaimana muslimah2 pada masa itu berkawan dengan muslimin. saya puas tanya orang sana sini, ternyata, tiada siapa yang dapat membantu. Kalau tanya pada tukang pakar, mulalah jadi benda lain. Dan saya mula naik bosan apabila dari tanya ilmu mulalah nak bercintan cintun.

Jadi bagaimana kita ingin atasi??
Allah makin nyalakan semangat Islam di sekeliling kita, si tukang karut pok pek pok pek dan tiup api tu..tiup api membara itu..sehinggakan letih kita cuba nyalakan balik.

Dunia kita makin ALhamdulillah, hanya kita sahaja yang mengotorinya dengan kurangnya zikir ,selawat dan mengingatiNYa.

sekadar coretan..

بسم الله الرحمن الرحيم

erm...dah lame sangat saya tak mengupdate blog saya ni.. tak berkesempatan ke?? erm...ntah la...tp berlame2 kat facebook tu berkesempatan pula ye... kadang-kadang saya bermonolog kat diri sendiri...setiap hari "apalah nak jadi dengan aku ni..dah nak final year daa..kerja pun makin bertimbun,asgmnt yg bertimbun,kerja persatuan, program sana sini tapi aku masih main2 gak".. kwn2 saya ramai yg dah berundur dalam terlibat dengn persatuan dan aktiviti dakwah ni..sedih???mmg lah sedih...saya pun hampir mengundur diri...tp bila ada sahabat bg nasihat..saya cuba berfikir semula..bila saya cakap nk undur diri,ada sahabat yang bertanya..

"nape dah tak nak terlibat dengan perjuangan ni...dah putus asa...???"

"dah tak nak teruskan perjuangan???"

"dah boring??"

dan saya juga ada tanya sahabat-sahabat yang dah undur diri..

"ermm..nape dah tak nak join??"

kebanyakannya jwpannya..."entah la...dah nak last year ni kalu boleh nak focus kt study...itu kan satu perjuangan juga kan... assigment banyak..dengan tesisnya..macam tak mampu nak buat banyak kerja..tapi kalu ina kuat..teruskan lah..kita x mampu da..nak bersara dah.."

tak apalah..masing-masing ada hak tersendiri untuk melakukan yang terbaik untuk diri masing-masing.. dan saya pun memang dah tak aktive cm dulu..dulu ada je program saya on je..sekarang ni bile org panggil untuk join apa2 program..saya kena fikir betul-betul.. tengok schedule saya..ade test tak minggu ni and apa-apa jelah...padahal dalam hati hanya Allah yang tahu..saya nak join program2 yang sedang memanggil saya.. contohnya baru-baru ni saya di panggil untuk join jadi fesi bawah ustaz zamri..dan program PKPIM.. mula-mula memang saya setuju. my mom pun dah izinkan tapi bila mntak pandangan dari sahabat-sahabt dan semak balik schdule saya..ermm..memang tak boleh..sedih?? memang la sedih.. sahabat saya memujuk saya dengan 1 nasihat yang kira boleh pujuk hati saya juga laaa..(^_^)"ina.. benda ni boleh di lakukan lepas ina free nanti..sekarang buat satu2.. nak exam kan..assigment banyak kan..focus yang ni dulu ye..."

"baik...."

Walau pape pun...insyaAllah..lepas semua ni selesai dan ade sedikit kekosongan..saya akan cuba mengaktifkan diri saya... moga2 Allah permudahkan segala-galanya..insyaAllah..

Friday, January 15, 2010

Katanya kau seoarng PEJUANG..

Buat Ingatan diri sendiri dan para pembaca, smoga bermanfaat! =)


katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga
katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA
katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah
katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha


katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad
katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya
katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?
katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah
katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir
katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu
katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang
kau masih malas mencari ilmu agamamu
katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali muhasabah dirimu sedang sering menasihati orang lain

katanya kau seorang pejuang
kau masih berpakaian tidak senonoh
katanya kau seorang pejuang
namun akhlakmu tidak ada apa yang berubah

katanya kau seorang pejuang
namun kau sering lalai dan leka berbanding insaf dan sedih
katanya kau seorang pejuang
kau lebih sibuk bersama keluarga berbanding bersama ummat

katanya kau seorang pejuang
kau masih pentingkan dirimu berbanding kepentingan ummat
katanya kau seorang pejuang
kau masih ragu dengan apa yangkau infakkan

katanya kau seorang pejuang
hafalanmu saja masih jauh lagi
katanya kau seorang pejuang
kau masih terasa asing dengan pekataan BERDAKWAH apatah lagi melakukannya

katanya kau seorang pejuang
kau masih mengumpat dan mengeji orang
katanya kau seorang pejuang
kau masih berbelah bagi antara dakwah dan dunia

katanya kau seorang pejuang
kau masih seperti dahulu
katanya kau seorang pejuang...

DOA UNTUK SAHABATKU…



Ya Allah
panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah
kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya
dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,
perluaskanlah rezekinya, dekatknlah hatinya
kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,
tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia
dan akhirat

Ya Muhaimin
jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati
seseorang yang hatinya
tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang
cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling
daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia
rindu,rindukanlah dia
pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu
jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah
aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada
cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya
untukMu

Ya Allah…
kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,
kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak.

Sifat Memberi-Maaf: Ketenangan Jiwa, memperhebat Kualiti diri.

Orang yang tdak memberi maaf, sentiasa diikat oleh orang yang tidak di maafkan. Hatinya akan terasa berat dan terasa fikirannya sesak. Sebaliknya, jika kita memaafkan orang lain yang berbuat salah pada kita, kita akan terlepas daripada ikatan kemarahan yang membakar diri kita sendiri. Allah telah mengingatkan kita di dalam al-Quran agar kita menolak satu kejahatan dengan satu kebaikan.

Langkah memaafkan orang lain termasuklah dalam erti menolak satu kejahatan dengan kebaikan. Berilah kemaafkan, manfaatnya besar untuk diri sendiri dan orang lain. Sebaliknya, tidak memaafkan orang lain meletakkan diri kita sebagai calon penghuni rumah sakit jiwa!

Berikut adalah kelebihan memberi maaf:

* Hati akan lebih tenang
* Wajah akan bersih (Hensem dan cun)
* Semnangat kerja yang tinggi
* Penyakit kan cepat sembuh
* Hidup akan menjadi lebih berkat.
* Murah rezeki
* Mendapat ramai sahabat.
* Di pandang hebat oleh manusia.

Rasulullah sebagai contoh teladan yang baik.

Sifat pemaaf dan berkasih sayang baginda amat tinggi, sehingga membuatkan orang kafirjatuh cinta dengan islam di sebabkan akhlak baginda yang mulia. Begitu tinggi sifat pemaaf Rasulullah SAW. Terbukti juga semasa pembukaan kota Makkah. Baginda memaafkan semua orang yang pernah memusuhi banginda sehinggakan ramai yang memeluk islam termasuk pemimpin mereka, Abu Sufyan.

Sikap pemaaf diserasikan dengan hidup berkasih sayang Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sayangilah apa yang ada di muka bumi, nescaya kamu akan di sayangi oleh yang berada di langit (para Malaikat). (Riwayat: Tabrani)

Apabila kita memaafkan orang lain, kita akan terasa tenang, hidup terasa indah, kerja berkualiti dan sudah tentunya di pandang hebat oleh manusia. Segala masalah sesama manusia pun terhapus.

Tazkirah Remaja: 'Atasi tekanan dengan bercakap pada diri anda sendiri'

Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

HIDUP penuh cabaran. Ramai yang kecundang dan tidak kurang pula melihat dunia dengan wajah suram, kelam dan serba berjerebu. Hidup tidak bermaya dan penuh sedih seakan tidak ada harapan lagi, kecewa dan tertekan.

Pertemuan kali ini saya titipkan beberapa tip untuk menghadapi tekanan iaitu dengan cara anda berkomunikasi dengan diri anda sendiri. Bercakaplah dengan diri anda. Mulakan dengan...

1. Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-sia tanpa berguna.

Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar. Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah Yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.

Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah s.w.t. Bahkan, mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri.

Pengetahuanku mengenai diriku atau apa pun amat terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. Dia tahu awal, akhir dan segalanya.

Sekali lagi betapa pun aku amat menginginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagiku.

2. Aku mesti reda dengan kenyataan yang terjadi. Bila sesuatu terjadi, inilah kenyataan dan episod hidup yang harus aku jalani.

Aku harus menikmatinya dan aku tidak boleh larut dalam kekecewaan berterusan. Kecewa dan sakit hati tidak akan merubah segalanya selain membuatkan diriku sengsara.

Hatiku mesti menerima kenyataan, namun tubuh serta fikiranku harus tetap bekerja keras mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.

Apabila nasi sudah menjadi bubur, aku harus mencari ayam, kacang, bawang goreng dan sambal, agar bubur ayam istimewa tetap dapat aku nikmati.

3. Aku tidak boleh menyusahkan diri. Aku harus yakin hidup ini bagai siang dan malam pasti silih berganti. Tidak mungkin siang terus-menerus dan tidak mungkin juga malam terus-menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya.

Begitupun masalah yang menimpa pasti ada akhirnya. Aku sepatutnya sabar.

Aku harus yakin setiap musibah terjadi dengan izin Allah Yang Maha Adil, pasti sudah diukur dengan sangat cermat oleh-Nya dan tidak mungkin melampaui batas kemampuanku, kerana Dia tidak pernah menzalimi hamba-Nya.

Aku tidak boleh menzalimi diriku, dengan fikiran buruk yang menyusahkan diri. Fikiranku kenalah jernih, terkawal, tenang dan profesional.

Aku harus berani menghadapi persoalan demi persoalan, tidak boleh lari dari kenyataan, kerana lari sama sekali tidak menyelesaikan masalah, bahkan sebaliknya hanya akan menambah masalah.

Semua harus aku hadapi dengan baik. Aku tak boleh menyerah kalah.

Mesti segala sesuatu ada akhirnya, walaupun persoalan yang aku hadapi seberat mana sekalipun, seperti yang dijanjikan Allah:

"Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan." Janji yang tak pernah dimungkiri Allah.

4. Evaluasi (menilai) diri. Segala yang terjadi mutlak adalah izin Allah dan Allah tidak berbuat sesuatu yang sia-sia.

Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Sepahit apa pun pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya, apabila disingkap dengan sabar dan benar.

Harus aku renungkan mengapa Allah menakdirkan semua ini menimpaku. Boleh jadi peringatan atas dosaku, kelalaianku atau mungkin detik kenaikan kedudukanku di sisi Allah. Mungkin aku harus berfikir untuk mencari kesalahan yang harus aku perbaiki.

Setiap kejadian bagai cermin pribadiku. Aku tidak boleh gentar dengan kekurangan dan kesalahan yang terjadi.

Cuma yang penting kini aku mengetahui diriku sebenarnya dan aku bertekad sekuat tenaga untuk memperbaikinya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.

5. Allahlah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izin-Nya.

Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allahlah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik dari setiap urusan.

Tidak ada yang mustahil bagi-Nya, kerana segalanya adalah milik-Nya dan sepenuhnya dalam kekuasaan-Nya.

Tidak ada yang dapat menghalangku jika Dia akan menolong hamba-Nya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.

Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya dengan mengamalkan segala yang disukai-Nya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selain-Nya, kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari-Nya.

Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (QS. 65 (At-Thalaq) : 2-3

Wednesday, January 6, 2010

Buatmu Sayang


Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap
Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa~

~taken from iLuvIslam.com~


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...