Wednesday, November 10, 2010

::imtihan oh imtihan::

Last year, lakukan yang terbaik!!! Tak boleh main-main lgi..hehe..tapiii semakin imtihan menghampiri, saya masih boleh berleka-leka dan tiba-tiba kemalasan melanda. Ahh…syaitan…bijaknya engkau memperdaya. Owh…tidak sekali-sekali aku membiarkan engkau memperdayakan diriku. Astaghfirullah… dan di kala itu kakak2 usrah saya datang menjengah...kak tiqa dan kak iman. serta angah saya..Macam tau-tau je ye adik mu kini sangat pressure.sob…sob…sob… tolong bg saya semangat...~_~.. Saya masih berkira-kira untuk menyusun semula jadual belajar saya. Saya termenung seketika. Agaknya kalu boleh di lihat dengan pandangan yang halus, boleh tertembus agaknya buku-buku dan bahan-bahan tesis ni. Alhamdulillah…dengan semangat dan berkat dorongan dari mak ayah dan sahabat-sahabat yang lain. Saya lawan semua perasaan tu.. saya hanyalah insan yang lemah, sentiasa memerlukan peringatan dan kekuatan. Saya hampir menangis dengan situasi ini. Hati saya kacau. Dan DIA mengutuskan seorang sahabat yg kebetulan akan bertolak menunaikan haji.. dikala status saya di YM menggambarkan keadaan diri saya. Dia memberi kata-kata nasihat dan perangsang..

“kenapa rasa lemah…kenapa rasa nak menangis??” dia bertanya dari bumi anbiya’sana..bumi madinah..saya hanya berdiam sahaja. Dan dia menyambung lagi.

“jangan menangis lagi..kena kuat…pujuk hati dengan al-Quran”

“ Doakn lah untuk ina dan sahabat-sahabat kat sana nanti… dOakan dipermudahkan jawab exam nanti..”

“insya-Allah…moga cemerlang dan tenang semasa menjawab.. xpe..Allah tahu apa yg kita niatkan..niat baik insya-Allah dimakbulkan,,cuma cepat atau lambat je..Ok,,jgn nangis2 tau.. jgn bg kacau ye..doa byk2..kena tenang2.. jgn cmpur2 aduk dgn benda lain,,tumpu dulu”memujuk saya persis seorang kanak-kanak..

Terima kasih sangat2…hati ini sentiasa memerlukan kata-kata nasihat dan peringatan.. Ketika aku keliru, tunjukkanlah, ketika aku lemah,perkukuhkanlah. Ketika alpa,ingatkanlah. Doakan sahabat-sahabat dan saya ye… imtihan semakin hampir. “jadilah manusia yang berwibawa dengan ilmu dan amal,tanpa amal tidak bermakna la hidup kita”.. mohon doa dari sahabat-sahabat…

Sedikit pengisian untuk diri dan sahabat-sahabat di luar sana…:

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.




Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya. Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

~ sekian utk kali ni.. "doa terbaik>> doa utk kesejahteraan semua"

~ buat semua, hidup perlukan DUIT (adoi, dah ada yg tegur jgn singkatkan)>> Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal =)

~ jangan lupa, kejayaan semua datang dari Allah tp ketentuan itu berupa takdir yg boleh berubah.. usaha kita sebagai makhluk dijadikan asbab utk berjaya.. insyaAllah..

"wa ilallahi turja'ul umur".. sadaqallahul 'azim..

JADUAL UNTUK IMTIHAN KALI NI:

24/11 PSIKOLOGI DAKWAH

29/11 METODOLOGI PENYELIDIKAN DA’WAH

30/11 SIKAP ORIENTALIS TERHADAP ISLAM

4/12 PLANNING AND STRATEGIC DA’WAH

5/12 ADAB AL-IKHTILAF




Monday, November 8, 2010

::monolog hari jadi::

Kita akan temui semula suatu yang hilang

Di tempat kita kehilangannya

Sering kali kegagalan memberi kita peluang

Untuk bermula dengan lebih baik

Ulang tahun kelahiran saya mengikut kalendar Islam baru sahaja berlalu pada minggu lepas,30.10.. Sanah helwah untuk diri ini dan juga untuk sahabat-sahabat yang lain. Entah mengapa di hari lahir saya kali ini hati saya sayu sekali. Hati terpasung oleh kata2 yg pernh diucapkan oleh Sayidina Ali:

“manusia semua tidur, bila mati baru mereka terjaga”

Kata-kata itu menusuk ke lubuk hati. Merobek2 sisa2 kegembiraan yg masih tersisa. Apkh saya masih tidur? Ahh..tidur yg sgt pnjg kalu begitu. Teringat pula kata Imam Ghazali:

“ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekn”

Bukankah tarikh mati setiap insan sudah di tetapkan? Dan hari ini esok dan lusa saya menapak lagi…semakin…semakin hampir pada tarikh kematian yang dijanjikan. Duhai, tertipunya saya ketika menerima ucapan selamat hari jadi…selamat pula hari matiku?

Aku belum bersedia untuk bertemu-MU , ya ALLAH. Walaupun aku tahu, siapalah aku untuk menyatakan tidak dan tunggu. Ya ALLAH…Segala kekuatan hanya pada-MU jua. KAU yang MAHA Tahu apa yang terbaik buatku. Aku merayu pada-MU, Ya ALLAH pada tarikh ini…untuk mengemis keampunan-MU dengan tangan yang berdosa, dengan hati yang tercela. Jika tidak mengenangkan yang ENGKAU Maha Pengampun, aku tidak akan datang ya Allah. Rasa malu dan hina untuk meminta. Apakah aku diterima?

Entah mengapa, gelombang rasa ini sering datang dan pergi. Gelombang mujahadah ini tidak pernah tenang. Jangankan mutmainah, malah ammrah pula yang sering melanda. Kekadang aku sendiri bertanya, akukah aku ini? Terasa diri bersalin dua, tiga dan….ya ALLAH,jauhkanlah dari topeng munafik yang menipu daya.

Aku bukan Hanzalah yang mencurigai dirinya munafik walau walau taqwanya melimpah.bukan juga Umar Al-Khattab, yang tega memukul diri walaupun sedikit berdosa. Pun bukan seumpama Rabiatul Adawiyah yang sentiasa berkata:”sesungguhnya istighfarku memerlukan satu istighfar lagi”

Aku kembara telah jauh. Namun, kolam hatiku kian keruh. Beban bertambah berat, diriku kian penat. Urusan kian payah. Jiwa semakin gundah. Jesteru, mudah-mudahan di hari lahirku ini aku akan “dilahirkan” semula. Lahir sebagai insan yang sentiasa mengingati-MU.yang mampu hidup antara kekangan takut dan lingkungan hrp. Takut, kalu2 dimurkai. Harap,minta-minta diampuni.

Ykinlah sesuatu yg ditakdirkan berlaku, pasti berlaku. Belajarlah melepaskan. Usah dicalarkan iman dengan istilah ‘jika’ dan ‘kalau’. Innalillah, redha dan pasrahlah dengan istirja’. Walau di tgn dan di bwh mata sndiri,andai ditakdirkan hancur,terlepas dan musnah, pasti punah jua.paling penting, bersangka baiklah…ALLAH akan menyelamatkan, ALLAH akan memberikan ketenangan dan keamana. Pahit jadi ubat. Manis jadi madu…tetap m’jd ubat.

Kita di dunia umpama layang2 di langit takdir. Kita terbang tinggi, rendah, jauh, dekat. Hya di lembayung iradah-NYA. Kita akn terbang selagi ada angin di bekalkan, selg kertas tidak koyak, selagi rangka masih teguh. Tapi apabila tali sudah ditarik, turunlah dgn redha. Kita x berhak untuk ters “terbang” sekiranya maut m’jemput pulang

Saturday, November 6, 2010

Di mana DIA dihati mu??

me

Haura’…sungguh indah nama, seindah bidadari syurga. Moga peribadi haura’ seindah namanya. Malam yang sungguh sayu dan pilu. Di hadapan Allah haura’ memohon,memohon sangat-sangat di perkuatkan hati. Air mata sentiasa berlinangan mengenangkan diri yang terlalu lemah. Terlalu lemah berhadapan dengan tipuan dunia.

“ya Allah…jadikanlah aku seorang wanita yang solehah ya Allah…yang tidak pernah gentar dengan tipuan dunia ya Allah.. Ya Allah tetapkanlah hatiku dengan rasa kehambaan dan rasa bersyukur pada-Mu walau apa pun keadaan aku…dalam senang dan susah, gembira dan sedih, tenang dan gelisah, serta ketika lapang dan sempit kami. Tetapkanlah hati ini ya Allah dalam merindui dan mendamba cinta-Mu…ingatkanlah aku sentiasa akan pertemuan abadi dengan-Mu kelak agar kelalaian dan kecintaan aku pada dunia yang fana ini tak menghanyutkan aku jauh dari rahmat-MU”

Setiap pertemuan ada perpisahan. Kita bertemu untuk berpisah. Haura’..jangan menangis haura’.Allah ada untuk engkau berharap cinta dan kasih. Astaghfirullah al-‘azim..haura’ beristighfar setiap kali hati dia terlintas dan teringat tentang dia. Dia bukan milik hati haura’ yang sah untuk haura’ mengingatinya. Haura’ rasa bersalah sangat dengan Allah.Pintalah hati itu dari pemilik hati sebenar-Nya haura’.hati haura’ bermonolog. Sayunya rasa hati ini.masa berlalu dan makin berlalu pergi meninggalkan kenangan yang tercipta. Mungkin dia akan pergi meninggalkan haura’ nanti.. haura’ redha jika ini ketetapan yang telah di tentukan oleh Allah. Semuanya untuk Islam. Haura’ tak nak ia bercampur nafsu semata-mata.

“Allah…Allah..Allah...”air mata laju berlinangan…

Ya Allah…kuatkanlahlah hatiku untuk bermujahadah…aku hanya berserah pada-Mu ya Allah…aku tak nak berharap pada manusia ya Allah… haura’ merintih lagi,takut-takut syaitan akan membisik dan menyusup di dalam hati kecil haura’ yang lemah ini.. Astaghfirullah.. siapakah Allah di hati haura’ kalau haura’ sentiasa membenarkan hati haura’ berlalai-lalai. Haura’ faham amaran itu. Haura’ akur. Allah itu amat hampir. Tapi kenapa aku masih meminggir?akalku alpa berfikir dan berzikir.

“kak haura’, akak delete FB akak?”

“tak delete dik, deactivate je dik..macam mana adik tahu ye?”

“semua orang tahu kak, kenapa akak nak deactivate?

“banyak sebab dik, salah satunya akak nak menguzlahkan diri akak dari semua tu kejap..rasa tenang pula bila buat macam tu..”

Deactivate sekejap? Haura’ tak tahu bila dia akan memgactivekan lagi. Hanya mulut sahaja berkata-kata akan mengactivatekan. tunggulah ia menjadi suatu yang betul-betul menjadi keperluan diri Haura’.

Sesungguhnya jalan mujahadah itu adalah jalan kita. Di jalan itu, sering berlaku dialog dalam diri. Apabila susah melanda kita merintih. Apabila godaan mendatang, kita cuba bertahan. Apabila nikmat menjelma, kita lega….tetapi tidak lama, sukar pun datang mencabar, kita cuba sedar.. mohonlah diberi kekuatan di jalan mujahadah ini.

Thursday, November 4, 2010

::Pilihlah aku untuk ikhlas::

Orang yang ikhlas itu bebas

Kerana dia hanya ada

Satu TUHAN untuk disembah

Orang yang sibuk melakukan kebaikan tidak akan sempat melihat kejahatan orang lain. Demikian kata-kata hikmah yang menerjah ruang fikirku. Ahh….betapa kurangnya kau melakukan kebaikan.

Jesteru mata, telinga dan indera yang lain masih sempat melihat, menghidu dan menuturkan kejahatan orang lain. Terasa diri amat hina, ketika usia melonjak dengan begitu cepat, diri terasa masih merangkak-merangkak menyusur jalan taubat.

Betapa sekali skala melakukan kebaikan terasa hebat bukan kepalang. Tanpa sedar riak bertandang. Terasa ingin dipamerkan segala-segala-galanya agar di puji dan di sanjung dengan kata-kata dan anugerah manusia. Biar terserlah siapa aku, bisik ego diri. Padahal nilai amal yang sebegitu tidak ada harganya walau sedebu. Apatah lagi ALLAH yang pastinya tidak akan menerima sebarang sekutu. Dan manusia pn akhirnya memandang sinus dan loya dengan ‘aku’ mu.

Apabila riak itu adalh tertipu dengan kehadiran manusia, sum’ah pula terpedaya tanpa kehadiran sesiapa. Walau tanpa sesiapa di mata masih menghrap-hrap amal yg kononnya di sembunyikan itu di ketahui juga oleh manusia. Alangkah indah rasanya bila amal yang cuba disembunyikan itu diketahui lalu di heboh2kan pula. Hebatnya dia!!!! Begitu kata sanjung yang di junjung. Pada ketika itu hati berbunga. Aduh, sum’ah lebih dasyat tipuannya dari riak.

Apabila terlepas diri daripada keduanya, menanti pula musuh ketiga yang tidak kurang hebatnya…ujub!!!! Takjub dan berasa hairan terhadap diri sendiri. Kali ini bukan pujian manusia yang terang dan tersembunyi yang di harapkan tetapi pujian diri terhadap diri sendiri. Betulkah ini aku?

Alangkah hebatnya!! Terasa diri bagaikan wali apabila amal mengatasi orang lain. Aku bukan manusia biasa. Aku tinggi mengatasi semua. Sampaikan pendapat orang lain pun tak boleh nak di terima. Asyik diri sendiri je nak menang. Sentiasa merendah-rendahkan orang lain. Ujub hakikatnya lebih sukar di kesan dan dirawat berbanding riak dan sum’ah.

Bukan mudah untuk ikhlas. Semakin dicari terasa semakin misteri. Memang ikhlas itu rahsia dalam rahsia ALLAH. Melakukan sesuatu kebaikan bukan kerana ALLAH…itu tidak ikhlas. Meninggalkan satu kejahatan bukan kerana ALLAH….itu pun tidak ikhlas.

Kekadang begitu ikhlas hati ketika memulakan amal, tetapi sampai di pertengahan, kecundang oleh sesuatu yang selain ALLAH. Ya ALLAH, aku benar-benar pasrah. Perjuangan untuk ikhlas terlalu seru dan keliru. Bantu aku. Memahami dan menangani rahsia ini.

Beribadatlah sehingga terasa penat untuk melakukan maksiat. Begitu pesan ulama yang menjadi kompas hati. Buatlah apa sahaja kebaikan sejak sebelum terbit fajar sehingga terbenam mentari. Ikhlas atau tidak jgn diperkirakn dulu. Jgn mengukur kesempurnaan di garis permulaan amal. Beramallah walau hati tergganggu oleh mazmumah dan ikhlas diintai oleh riak dan sum’ah. Pedulikan ujub yang menanti masa utk menyusup. Tega dan relakan sahaja.

Teringat apa yg di pesan oleh Imam Ghazali ketika muridnya bertanya “Tuan, bagaimana keadaanku ketika mulutku berzikir tetapi hatiku masih lalai?” lalu Imam yang arif dalam soal keajaiban hati itu pun berkata, “teruskanlah berzikir walau hatimu lalai kerana sekurang-kurangnya lidahmu akan terselamat daripada berkata2 yg kotor dan sia2.

Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yg sgt dlm. Yg terjangkau olehku hyalah sebutir percikan ombak di permukaannya. Namun, aku juga hamba ALLAH yg berhak utk melalui jln menuju-NYA. Ketika aku keliru, tunjukkanlah, ketika aku lemah,perkukuhkanlah. Ketika alpa,ingatkanlah.

Hanya dikau wahai ALLAH yg berhak memilih sesiapa untuk dianugerahi rahsia ikhlas itu. Padaku hanya tadbir….pada-MU segala takdir. Bantulah aku meluruskan tadbirku menjurus kepada takdir-MU. Pilihlah aku untuk ikhlas walaupun kutahu ikhlas itu sgt rahsia.

Sumber asal:

Ustaz Pahrol Mohd Juoi.


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...