“kenapa rasa lemah…kenapa rasa nak menangis??” dia bertanya dari bumi anbiya’sana..bumi madinah..saya hanya berdiam sahaja. Dan dia menyambung lagi.
“jangan menangis lagi..kena kuat…pujuk hati dengan al-Quran”
“ Doakn lah untuk ina dan sahabat-sahabat kat sana nanti… dOakan dipermudahkan jawab exam nanti..”
“insya-Allah…moga cemerlang dan tenang semasa menjawab.. xpe..Allah tahu apa yg kita niatkan..niat baik insya-Allah dimakbulkan,,cuma cepat atau lambat je..Ok,,jgn nangis2 tau.. jgn bg kacau ye..doa byk2..kena tenang2.. jgn cmpur2 aduk dgn benda lain,,tumpu dulu”memujuk saya persis seorang kanak-kanak..
Terima kasih sangat2…hati ini sentiasa memerlukan kata-kata nasihat dan peringatan.. Ketika aku keliru, tunjukkanlah, ketika aku lemah,perkukuhkanlah. Ketika alpa,ingatkanlah. Doakan sahabat-sahabat dan saya ye… imtihan semakin hampir. “jadilah manusia yang berwibawa dengan ilmu dan amal,tanpa amal tidak bermakna la hidup kita”.. mohon doa dari sahabat-sahabat…
Sedikit pengisian untuk diri dan sahabat-sahabat di luar sana…:
Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.
Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai. Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi. Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta. ~ sekian utk kali ni.. "doa terbaik>> doa utk kesejahteraan semua" ~ buat semua, hidup perlukan DUIT (adoi, dah ada yg tegur jgn singkatkan)>> Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal =) ~ jangan lupa, kejayaan semua datang dari Allah tp ketentuan itu berupa takdir yg boleh berubah.. usaha kita sebagai makhluk dijadikan asbab utk berjaya.. insyaAllah.. "wa ilallahi turja'ul umur".. sadaqallahul 'azim.. JADUAL UNTUK IMTIHAN KALI NI: 24/11 PSIKOLOGI DAKWAH 29/11 METODOLOGI PENYELIDIKAN DA’WAH 30/11 SIKAP ORIENTALIS TERHADAP ISLAM 4/12 PLANNING AND STRATEGIC DA’WAH 5/12 ADAB AL-IKHTILAF
Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.
Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.
Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya. Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.
Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.
Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.
Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.
Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.
No comments:
Post a Comment