Saturday, November 6, 2010

Di mana DIA dihati mu??

me

Haura’…sungguh indah nama, seindah bidadari syurga. Moga peribadi haura’ seindah namanya. Malam yang sungguh sayu dan pilu. Di hadapan Allah haura’ memohon,memohon sangat-sangat di perkuatkan hati. Air mata sentiasa berlinangan mengenangkan diri yang terlalu lemah. Terlalu lemah berhadapan dengan tipuan dunia.

“ya Allah…jadikanlah aku seorang wanita yang solehah ya Allah…yang tidak pernah gentar dengan tipuan dunia ya Allah.. Ya Allah tetapkanlah hatiku dengan rasa kehambaan dan rasa bersyukur pada-Mu walau apa pun keadaan aku…dalam senang dan susah, gembira dan sedih, tenang dan gelisah, serta ketika lapang dan sempit kami. Tetapkanlah hati ini ya Allah dalam merindui dan mendamba cinta-Mu…ingatkanlah aku sentiasa akan pertemuan abadi dengan-Mu kelak agar kelalaian dan kecintaan aku pada dunia yang fana ini tak menghanyutkan aku jauh dari rahmat-MU”

Setiap pertemuan ada perpisahan. Kita bertemu untuk berpisah. Haura’..jangan menangis haura’.Allah ada untuk engkau berharap cinta dan kasih. Astaghfirullah al-‘azim..haura’ beristighfar setiap kali hati dia terlintas dan teringat tentang dia. Dia bukan milik hati haura’ yang sah untuk haura’ mengingatinya. Haura’ rasa bersalah sangat dengan Allah.Pintalah hati itu dari pemilik hati sebenar-Nya haura’.hati haura’ bermonolog. Sayunya rasa hati ini.masa berlalu dan makin berlalu pergi meninggalkan kenangan yang tercipta. Mungkin dia akan pergi meninggalkan haura’ nanti.. haura’ redha jika ini ketetapan yang telah di tentukan oleh Allah. Semuanya untuk Islam. Haura’ tak nak ia bercampur nafsu semata-mata.

“Allah…Allah..Allah...”air mata laju berlinangan…

Ya Allah…kuatkanlahlah hatiku untuk bermujahadah…aku hanya berserah pada-Mu ya Allah…aku tak nak berharap pada manusia ya Allah… haura’ merintih lagi,takut-takut syaitan akan membisik dan menyusup di dalam hati kecil haura’ yang lemah ini.. Astaghfirullah.. siapakah Allah di hati haura’ kalau haura’ sentiasa membenarkan hati haura’ berlalai-lalai. Haura’ faham amaran itu. Haura’ akur. Allah itu amat hampir. Tapi kenapa aku masih meminggir?akalku alpa berfikir dan berzikir.

“kak haura’, akak delete FB akak?”

“tak delete dik, deactivate je dik..macam mana adik tahu ye?”

“semua orang tahu kak, kenapa akak nak deactivate?

“banyak sebab dik, salah satunya akak nak menguzlahkan diri akak dari semua tu kejap..rasa tenang pula bila buat macam tu..”

Deactivate sekejap? Haura’ tak tahu bila dia akan memgactivekan lagi. Hanya mulut sahaja berkata-kata akan mengactivatekan. tunggulah ia menjadi suatu yang betul-betul menjadi keperluan diri Haura’.

Sesungguhnya jalan mujahadah itu adalah jalan kita. Di jalan itu, sering berlaku dialog dalam diri. Apabila susah melanda kita merintih. Apabila godaan mendatang, kita cuba bertahan. Apabila nikmat menjelma, kita lega….tetapi tidak lama, sukar pun datang mencabar, kita cuba sedar.. mohonlah diberi kekuatan di jalan mujahadah ini.

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...