Saturday, March 17, 2012

aku bukan Abu Bakar..



Penduduk Mekah gempar lagi. Orang ramai berkumpul di hadapan Kaabah. Abu Bakar yang mendengar kekecohan itu turut tertarik untuk pergi. Dia mencelah-celah di kalangan kelompok orang ramai yang berkumpul di situ.



“Apa yang berlaku?” soalnya kepada salah seorang penduduk kota Mekkah yang ada di situ.

“Muhammad berdusta lagi. Dia mengatakan bahawa semalam dia telah pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke sini dalam waktu semalam sahaja. Sedangkan kita semua tahu tempoh perjalanan dari Mekkah untuk ke Baitulmaqdis memakan masa selama satu bulan.” terang lelaki tersebut. Mereka semua sedang mencemuh Nabi Muhammad.

Kehadiran Abu Bakar di situ disedari oleh Abu Jahal. Pantas, pemimpin di Mekah itu mendapatkan Abu Bakar, sahabat Rasulullah.



“Wahai Abu Bakar. Temanmu ini benar-benar sudah gila dan hilang akal. Mana mungkin seorang manusia biasa mampu pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke sini dalam masa satu malam sahaja. Sudah pasti Muhammad ini seorang pendusta.” teriak Abu Jahal. Dia semakin galak untuk menjatuhkan Nabi Muhammad.



“Aku percayakan dia.” sebaris jawapan Abu Bakar ternyata mengejutkan ramai orang.

“Muhammad ini ialah sahabat aku. Dan dia ialah seorang Rasul. Bukan setakat Baitulmaqdis, aku percaya dia mampu untuk pergi lebih jauh dari itu.” keyakinan dan kepercayaan Abu Bakar terhadap sahabat yang dicintainya lebih daripada dirinya sendiri ternyata sukar digugat.



Itulah dia putera Abu Quhafah. Sentiasa teguh pendiriannya menyokong Rasulullah. Tanpa mempedulikan dirinya sendiri, Abu Bakar rela bertaruh nyawa demi sahabatnya. Demi menegakkan Islam. Bersama-sama sahabat sampai syurganya, Nabi Muhammad.

***************************************************

“Ummi, janji dengan adik satu perkara.” Ummi mengalih pandang kepada Adik.

“Apa dik?”

“jangan tinggalkan adik. Kongsi segala-galanya. Dan,kita akan sama-sama masuk syurga. ” Adik mengucup pipi ummi nya.

Buat seketika, ummi terdiam. Manakala Adik menanti dengan penuh pengharapan. Perlahan,. Akhirnya ummi memeluk adik perlahan-lahan. “ye sayang, ummi janji..adik pun sama tau.” Air mata menitis perlahan-lahan. Ummi jangan lah menangis. “adik pun sama menangis”

“adik…nanti tolong ummi ya kat “sana” nanti…”

“ummi yang kena tolong adik..”balas adik.

“kita sama-sama tolong ya”

akhirnya masing-masing tenggelam dalam dunia mereka berdua. Bergurau senda dan saling bertukar cerita.

******************************************************

Matanya terpaku melihat perkataan-perkataan di papan skrin laptopnya. Sungguh, ummi sedang keliru dengan apa yang di bacanya. Baru sahaja tadi, kawan adik menceritakan tentang perihal mengenai adik. Kebetulan ummi sedang berkomunikasi dengan salah seorang ahli keluarga adik. Terus dia forward kan mesej-mesej tersebut untuk meminta kepastian. Betul ke adik begini? Keraguan menimpa. Aku tak kan mudah mempercayai kata-kata orang lain sebelum aku dapat kebenaran. Ummi bermonolog di dalam hati.


“ betul kak…dia tu macam ni…macam tu…” lagi sekali mesej diperolehi dari kawan adik.


Tutt..tuutt….tuutt,,..ummi segera mencapai hpnya, bunyi yang menandakan mesej masuk . Dari adik. “Sampai hati ummi, adik dah tahu dah apa yang ummi borak kan dengan dia. Adik buka fb ummi. Adik tahu adik tak sebaik dia.ummi tak payah nak rahsia-rahsia kan dari adik”


Terus ummi membuat panggilan untuk bercakap dengan adik. Hanya esakan tangisan sahaja yang kedengaran. Selepas itu talian terputus. Membuat panggilan sekali lagi. Tiada respon dari adik. Tanpa berputus asa talian masih di teruskan. Akhirnya adik menjawab panggilan. Hanya tangisan yang kedengaran.


“Adik…dik..dengar sini. Walaupun dia cakap macam-macam tentang adik. Tapi ummi tak pernah ambil peduli. Ummi tak percaya. Sebab ummi dah tanya tentang adik pada orang yang ummi percaya.”


“Betul ummi tak percaya apa yang dia cakap?”


“iye sayang…ummi kenal adik yang ummi kenal sekarang. Jangan fikir ummi akan percaya kata-kata orang lain. Adik percaya kan ummi kan, ummi pun kena percaya kan adik.”


Sudah tiga minggu adik dan ummi tidak berhubung. Tapi ini bukan lah penghalang untuk ummi lupakan adik. Tak mungkin.


Jauh di sudut hatinya, ummi sentiasa mendoakan agar ukhwah mereka tidak akan putus walaupun mereka berjauhan dan tidak berhubung. Dalam sebuah persahabatan, perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain dan sentiasa jujur kerana ummi tahu, dia bukanlah seperti Abu Bakar, yang sentiasa teguh bersama sahabat sampai syurganya, Nabi Muhammad.


*********************************************************************************




Cemburu dalam berukhuwwah.. Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah? Nah.. Inilah kekhilafan kita dalam berukhuwah.. Mudah sungguh syaitan itu menyuntik helah...


Dalam berukhuwah, bukan kesempurnaan yang kita harapkan.. Juga bukan kerana kebaikan persahabatan itu dijalinkan. Sesungguhnya, sebuah ukhuwwah itu akarnya keikhlasan. Selagi kita ikhlas bersahabat kerana Allah, tanpa dihubungkan pertautannya semata-mata kerana keperluan dunia, nescaya kita mampu mengelak sebarang konflik dalam ukhuwah, InsyaAllah.


Bukanlah sebuah kehidupan, andai perjalanannya tanpa sebarang kekhilafan. Begitu juga ukhuwah.. Hati manusia sungguh rapuh. Mudah goyah dengan hanya secebis ujian. Bagaimana ujian dalam berukhuwah? Dalam ukhuwah, kadangkala kita mudah terasa, tersinggung, kecil hati dan bermacam-macam lagi perasaan yang mampu menimbulkan keregangan dalam tali persahabatan..sedangkan berlapang dada merupakan tahap rendah ukhwah selepas ithar. Namun itu lumrah.. Kerana manusia tidak sempurna, dan bukan serupa fikrahnya..


Waallahua’alam..

pukul 4.30 pagi.

Wednesday, March 7, 2012

sahabat itu....


Bismillahirahmanirrahim…
Allah…dah lama sangat teratak saya ini bersawang tanpa di bersihkan oleh tuannya. Tuannya sibuk sampai tak sempat nak bersihkan ye… InsyaAllah…akan di bersihkan sedikit demi sedikit…^^.

Baru-baru ini saya bertanya seorang demi seorang teman. Apakah yang di maksudkan ukhwah lillahi Taala? Tapi…saya tak dapat jawapan yang boleh dapat memuaskan hati saya. Kecuali dengan membuka alquran dan kitab-kitab yang saya rasa lebih memuaskan hati saya. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?



Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.

Dan saya juga pernah terbaca buku yang bertajuk “guru jutawan akhirat”. Di dalam bab sahabat, ia menyatakan adakah kita sebagai sahabat sanggup berkorban nyawa untuk sahabat yang kita sayang itu. Mampukah kita mengorbankan nyawa menjadi sahabat seperti itu? Ya seperti saidina Ali menggantikan tempat tidur Nabi, ketika nabi di buru oleh arab quraisy Mekah.di sebabkan kecintaan Saidina Ali kepada Nabi, beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya..

Sukar sekali untuk mendapat sahabat seperti itu sekarang. Masing-masing hanya mementingkan diri sendiri. Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini.

Sungguh…hati ini menangis mengingatkan sahabat tersayang saya. Pernah seorang adik menegur saya. “akak…saya dapat rasakan ukhwah akak dengan dia terlalu kuat…saya cemburu sangat”. Ya Allah..Engkau berilah kesihatan dan sembuh kan lah dia jika dia dalam kesakitan. Engkau mudahkanlah,tabahkan lah hatinya dalam mengharungi ujian-Mu.Allahumma amen.

Teman-teman silih berganti datang. Tetapi hanya dia seorang sahaja di hati saya. Yang setia bersama saya. Yang susah untuk berasa hati dan mengungkit. Yang sentiasa menegur jika tersilap. Sebak bila mengingatkan. Kenangan-kenangan manis yang sentiasa di hati ini tak akan pernah dilupakan. Walaupun baru setahun perkenalan. Tetapi sudah terasa lama bertahun-tahun.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah.

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?Jawab Nabi: Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.

Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita (hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah. Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ada udang di sebalik mi. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w. menyebut: Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah (riwayat al- Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Ya Allah…kekal kan kami ukhwah kami hingga di akhirat nanti…amen..

Thursday, January 19, 2012

Ku Telefon Tuhan Dalam Tahajjud

Semalam, ku telefon Tuhan dalam tahajjudku.

“Tuut, tuut… tuut, tuuut!” Terus diangkat. Dan sebaik sahaja kudengar talian di sebelah sana diangkat, saat itu terus ku luahkan isi hatiku bagai mencurah-curah ke ladang gandum!

“Wahai Yang Maha Agung, aku ini hambaMu. Aku menghubungimu semata-mata ingin mengadu padaMu ya Allah. Wahai Yang Maha Mendengar, aku ingin mengadu kepadaMu bahawa hatiku telah berlubang!”

“Wahai hambaKu. Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas kamu pada badanmu, lalu kamu menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu untuk menegakkan bagimu neraca timbangan atau membuka buku catatan amalmu.” [1]

“Akan tetapi Allah, lubang di hatiku ini sangat menyakitkan. Dan ini juga bukan kemahuanku.”

“Wahai hambaKu, barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [2]

“Yang penting lubang di hati ini sangat dalam. Dan aku mohon pertolonganMu, mengapa tidak Engkau tutupkannya saja.”

“Jika sekiranya Aku mahu, nescaya akan Kuberikan kepadamu wahai kekasihKu. Akan tetapi telah tetaplah kata-kataKu: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasihKu, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” [3]

“Oh begitu rupanya… Sungguh Maha Penyayang Engkau wahai Tuhanku, melindungi aku daripada fitnah dunia. Maka, sekarang aku memohon agar Engkau memberikan aku kekuatan ya Allah.”

“Sesungguhnya Aku sekali-kali tidak membebani seseorang, melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [4]

“Terima kasih Tuhan, bolehkah Engkau selalu mengingatkan aku di saat aku lupa wahai Tuhanku…?”

“Tentu. Sesungguhnya Akulah yang menciptakanmu dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatimu, dan Aku lebih dekat kepadamu daripada urat lehermu sendiri.” [5]

“Tuhanku, aku sangat-sangat berharap Engkau sentiasa ada bersama denganku.”

“Wahai hambaKu, ketahuilah bahawa Aku sentiasa berada dalam sangkaanmu, dan Aku ada bersamamu ketika kamu menyebutKu. Bila kamu menyebut-Ku dalam dirimu, Aku menyebutmu dalam Diri-Ku. Bila kamu menyebut-Ku dalam khalayak ramai, Aku menyebutmu dalam khalayak yang lebih baik daripada itu. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadamu satu hasta. Bila kamu mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadamu satu depa. Bila kamu datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, Aku datang kepadamu berlari-lari.” [6]

“Aku ingin menjadi hambaMu yang sebenar-benarnya wahai Tuhanku…”

“Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” [7]

“Wahai Allah! Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah. Dan aku berjanji akan selalu mengingatiMu lebih daripada segala yang lain.”

“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingati Aku.” [8]

SubhanAllah. Alhamdulillah. Allahuakbar. La ilaaha illAllah. La hawla wala quwwata illa billah.

Lalu ku putuskan talian itu kerana ku tahu sebentar lagi akan ku hubungiNya lagi.

Terima kasih Allah.

Yang tak pernah jemu melayan kerenah ku.

Yang lebih dekat kepadaku berbanding urat leherku.

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hambaNya.

Terima kasih ya Allah!

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Align Center

SISIPAN AYAT-AYAT AL-QUR’AN DAN HADIS QUDSI

1. Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima mushibah itu dengan penuh kesabaran, nescaya di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau membuka buku catatan amalnya.” (Riwayat Qudha’I, Dailami, Hakim dan Tirmidzi)

2. “…Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

3. Berkata Ibnu Mas’ud ra. bahwasanya Nabi Saw. telah bersabda: ”Allah telah berfirman: Wahai dunia! Pahitkanlah kehidupan para kekasih-Ku, janganlah sekali-sekali engkau memaniskannya, kelak engkau akan memfitnahinya.” (Riwayat Qudha’i)

4. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-Baqarah: 286)

5. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (Qaff: 16)

6. Dari Abu Hurayrah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah Saw.: “Berfirman Allah Yang Maha Agung: Aku berada dalam sangkaan hamba-Ku tentang Aku, dan Aku bersama-nya ketika ia menyebut Aku. Bila ia menyebut Aku dalam dirinya, Aku menyebut dia dalam Diri-Ku. Bila ia menyebut Aku dalam khalayak, Aku menyebut dia dalam khalayak yang lebih baik dari itu. Bila ia mendekat kepada-Ku satu jengkal, Aku mendekat kepadanya satu hasta. Bila ia mendekat kepada-Ku satu hasta, Aku mendekat kepadanya satu depa. Bila ia datang kepada-Ku berjalan kaki, Aku datang kepadanya berlari-lari.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibn Majah, At-Tirmidzi, Ibn Hanbal)

7. Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Allah telah berfirman: Tanda pengenalan hamba-hamba-Ku di hatinya terhadap-Ku ialah dengan menyangka baik terhadap qadar-Ku, tiadalah dikeluh-kesahkannya hukum-hukum-Ku, tiadalah dirasakannya lambat kurnia-Ku dan senantiasa malu berbuat maksiat.” (Riwayat Dailami)

8. “Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.” (Thaahaa: 14)

sumber:http://psipum.org/

Wednesday, November 16, 2011

..:: rahsia seorang lelaki ghuraba ::..

P :: Kenapa awak tak pernah minta gambar saya walaupun dah lama kita berkawan?
L :: Bagi saya itu bukan satu kepentingan. Saya hanya akan lihatnya bila sampai masanya. (Lihat hanya untuk melamar).
P :: Kenapa awk tak pernah minta nombor fon saya?
... L: Itu mungkin akan menjadi perangkap syaitan antara saya dan awak.
P :: Kenapa awak tak penah puji saya macam laki2 lain puji awek dorang?
... L: Puji2an hanya untuk Allah yang Maha Esa.
P :: Kenapa awak tak macam lelaki lain, yang selalu bergurau senda dengan perempuan2?
L :: Rasulullah saw tidak pernah bergurau dengan mana2 perempuan bukan mahram. kecuali isteri2nya sahaja.
P :: Kenapa awak terlalu tegas dengan perempuan2 yang cuba kenal dgn awk?
L :: Umar Al-Khattab seorang yg tegas. Saya mahu mencontohi beliau. Lelaki dan perempuan ibarat magnet. kalau saya bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan saya dan ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka.



Lelaki soleh hanya tenang menanti si dia (kamu) berubah menjadi solehah sedikit demi sedikit. ♥


Mengapa gelisah dan putus asa? "Aku tak layak dapat dia yang soleh..". Optimislah! Semua diberi peluang dan masa untuk berubah. Ubahlah. Akhirnya si dia yang kamu dambakan mampu kamu miliki jua suatu hari nanti. Yakin pada diri dan imanmu. Sandar pada Tuhanmu.


..:: Jodoh yang didamba mampu kau gapai dari tahajjud ::..





Sunday, November 13, 2011

menzalimi diri sendiri...

Syukran kepada sahabat yang masih sudi berkongsi ,memberi nasihat dan sentiasa memberi peringatan bersama. moga Allah memberkatimu...=)


Sakit hati? Ya Allah…jauhkan aku dari berperasaan begitu… terima kasih dik, sebab bagi link ni..sedang mendengar ceramah dari seorang ustaz … saya rasa sangat suka untuk meletak kata-katanya di entry kali ni walaupun sedikit tetapi sangat manfaat. dan boleh memberi peringatan untuk saya sendiri yang kadang-kadang lupa.

“Sesungguhnya apabila kamu akan terasa sakit… atau sakit hati atau pedih dalam hidup kamu …atau apabila kamu x diberi 1 benda atau diberi 1 hajat. Ertinya kamu x faham tentang Allah dalam diri kamu..


Kadang2 dalam hidup kita,kita nak sesuatu benda tu,tapi kita tak dapat bnda yang kita hajat, kita rasa pedih hati maksudnya kita rasa tak sesuai dan rasa tak suka dengan apa yang kita sepatutnya dapat,tiba2 kita tak dapat . Itu maksudnya kita masih lagi tak memahami Allah dalam hidup kita. Apabila kita tak faham Allah maknanya kita tak tahu yang memberi siapa? Allah…yang menahan dari sesuatu itu siapa? Allah.."


Jadi…point dekat sini sebenarnya yang nak saya fokuskan ialah janganlah kita menzalimi diri sendiri. .. yela…sometimes, bila kita tak dapat sesuatu yang kita nak, kita rasa sangat kecewa, sakit hati macam-macam perasaan ada. ketahuilah, sebenarnya perkara-perkara ini boleh merosakkan hati dan dalam kita sedar tak sedar kita dah menzalimi diri sendiri.


Bila kita sakit hati dengan orang, lebih kurang macam cemburu…dengki…dan macam-macam perasaan lah. Dan kita buat sesuatu yang tak sepatutnya kita sebagai orang mukmin buat bagi memudahkan atau melaksanakan kerja kita (lebih kurang untuk memuaskan hati kita)tanpa menjadikan Allah sebagai pengiring kita…maka wahai sahabat ku sayang dan diri ini..sedarlah dan takutlah dengan Allah jika di akhirat nanti kita akan muflis dan tidak akan ada apa-apa di akhirat nanti. Apa bekalan kita untuk bertemu Allah nanti? Kalaulah di akhirat nanti kita muflis macam mana? Di manakah tempat yang kita layak di tempatkan sepatutnya?syurga atau neraka?


Bila terasa sesuatu yang tak menyenangkan hati, maka beristighfarlah dan berselawat lah ke atas Rasul junjungan. Moga kita di bantu untuk menghazafkan sifat-sifat mazmumah yang bersarang dalam diri kita.. bukan senang…tapi akan jadi senang bila kita betul-betul berusaha nak Allah kan. =)..insyaAllah…

Salam mujahadah!!!

Sunday, October 23, 2011

sahabatku sayang..

Wahai Muslimah sejati…

Wahai sahabat yang ku sayangi…


Lauahan ini bukan sekadar barada di atas tulisan semata-mata…tetapi ini adalah salah 1 realiti yang terjadi sekarang…


Ramainya….ramai muslimat sekarang berpurdah… alhamdulillah…wa syukurillah…


Kesedaran untuk menutup aurat dan menjadikan pakaian isteri nabi dan wanita-wanita solehah pada zaman-zaman terdahulu sebagai contoh…itulah sunnah…alhamdulillah..


Tetapi sahabat…ingat la…berpurdah lah…tetapi bukan kerana ikutan dan berfashion semata-mata. Koreksi hati.. jangan berpurdah sehingga menimbulkan fitnah.


Pakaian utama kita sebenarnya adalah TAQWA..


Muslimah ku sayang…


Taqwa bukan sekadar di pakaian…bukan jubah membaluti tubuh badan mu,bukan kain kecil yang menutup muka mu…


Tetapi sahabat…dengan taqwa jugalah ia membaluti diri kita dan memelihara diri kita…sungguh payah untuk mendapat taqwa jika tidak ada mujahadah dan pertolongan dari Allah.


Bertaqwa lah….bertaqwa dengan bersungguh-sungguh menjaga hubungan dengan Allah…akidah kita…solat kita…jaga ia sebaik mungkin…seperti aku dan kamu menjaga syariat berpakaian. Matlamat kita untuk mencari redha Allah kan…T_T..


Sahabat…Jadikan Allah itu sahabat kita yang sejati…

Berusaha untuk mentaddabur al-Quran..bukan mentaddabur facebook 24 jam… sampai tak sempat nak selak al-Quran. Itulah realiti sekarang.

Wanita berpurdah sedang berkeliaran di laman sesawang seperti facebook dan mempamerkan diri..


Wahai Muslimah…kita kena kuat!!!

Sahabat…aku dan kamu sedang membaiki diri,sedang menjaga diri, sedang bermujahadah untuk menggapai cinta Ilahi..

Bukan senang untuk menggapai cinta Allah yang kadang kala membuatkan kita tersungkur dek panahan dan bisikan syaitan yang tidak putus-putus melalaikan kita.


Berdoalah…moga Allah sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan hidup kita…insya-Allah..

Saturday, October 22, 2011

~Sakaratul Maut~



“Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata: “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.” (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).


“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu !”


Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Alloh (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya”. (Qs. Al-An’am 93).


Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang berkenaan, bila orang yang akan meninggal dunia itu derhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawanya secara kasar.


Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati.


Namun demikian rasa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.


“Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang”. (H.R. Ibnu Abu Dunya).


Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan sholat sampai puluhan raka’at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail.


Maka bermohonlah ia kepada Allah SWT agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan,dan bertamu kerumah Nabi Idris.


“Assalamu’alaikum, yaa Nabi Allah”. Salam Malaikat Izrail,


“Wa’alaikum salam wa rahmatulloh”. Jawab Nabi Idris a.s.


Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.


Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail.


Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya “menghadap”. Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.


Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan “tamunya” itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan. “Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita”. Pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).


“Subhanallah, (Maha Suci Alloh)” kata Nabi Idris a.s.


“Kenapa ?” Malaikat Izrail pura-pura terkejut.


“Buah-buahan ini bukan milik kita”. Ungkap Nabi Idris a.s.


Kemudian Beliau berkata: “Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram”.


Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? fikir Nabi Idris a.s.


“Siapakah engkau sebenarnya ?” tanya Nabi Idris a.s.


“Aku Malaikat Izrail”. Jawab Malaikat Izrail.


Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.


“Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?” selidik Nabi Idris a.s serius.


“Tidak” Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.


“Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu”. Jawab Malaikat Izrail.


Nabi Idris masih terpinga-pinga, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.


“Aku ada hajat kepadamu”. Tutur Nabi Idris a.s


“Apa itu ? katakanlah !”. Jawab Malaikat Izrail.


“Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku”. Pinta Nabi Idris a.s.


“Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya”, tolak Malaikat Izrail.


Pada saat itu pula Alloh SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengkabulkan permintaan Nabi Idris a.s.


Dengan izin Alloh Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.


Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya.


Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali. “Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?” Tanya Malaikat Izrail. “Seribu kali lebih sakit dari binatang yang dicabut kulit hidup-hidup”. Jawab Nabi Idris a.s.


“Itu caraku yang paling lemah lembut,kulakukan terhadapmu”, kata Malaikat Izrail.


Masya Allah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s.


Bagaimana pula sakaratul maut kita? adakah kita di kalangan orang soleh atau sebaliknya?


“Sebarkanlah walau hanya satu ayat”





sumber: Imam Muda Hilal

kita perjuangkan apa sebenarnya?

Alhamdulillah masih di beri kesempatan hari ini untuk bernafas di bumi Allah ini.. esok?adakah diri ini masih di beri kesempatan? waAllahu'alam...


Alhamdulillah, diwaktu ini ramai kita melihat orang-orang perseorangan, jemaah, parti dan kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan Islam dalam berbagai bentuk dan ragamnya. Ramai yang mengakui mereka itu pejuang-pejuang Islam.


Perjuangan agama mesti dimulakan dengan iman atau aqidah. Iman dan aqidah adalah soal ketuhanan. Oleh itu, perkara pertama di dalam memperjuangkan agama ialah memperkenalkan Tuhan kepada manusia, supaya manusia kenal Tuhan. Supaya manusia cinta dan takut dengan Tuhan. Apabila manusia sudah cinta dan takut dengan Tuhan, syariat mudah ditegakkan. Tidak perlu diperjuangkan sangat. Sudah tentu orang yang cinta pada Tuhan akan suka melaksanakan apa sahaja yang Tuhan suruh. Sudah tentu juga, orang yang takut pada Tuhan tidak akan mahu melanggar perintah dan larangan Tuhan.


Matlamat agama bukan syariat. Matlamat agama ialah Tuhan. Khususnya mendapat redha, rahmat, kasih sayang dan keampunan Tuhan. Hanya dalam kita hendak menyembah, mengabdi diri, berbakti dan membesarkan Tuhan, kita tidak boleh memandai-mandai dan mencipta cara kita sendiri. Itu sebabnya syariat diturunkan. Syariat adalah jalan atau cara untuk kita menyembah, membesar dan mengagungkan Tuhan sepertimana yang Tuhan mahu.


Tidak boleh kita memperjuangkan agama tanpa kita perjuangkan Tuhan dan mempromosikan Tuhan kepada manusia. Tidak boleh kita perjuangkan syariat tanpa kita perjuangkan Tuhan terlebih dahulu. Nanti akan terjadi dalam perjuangan kita itu tidak ada Tuhan.Dalam pemerintahan kita, tidak ada Tuhan. Dalam hukum hudud kita, tidak ada Tuhan. Dalam ibadah kita, tidak ada Tuhan dan dalam ilmu kita juga tidak ada Tuhan. Takut-takut nanti kita membesarkan syariat tetapi tidak membesarkan Tuhan.


Percaya Tuhan itu lain. Kenal Tuhan itu lain. Memang umumnya umat Islam percaya Tuhan. Tetapi berapa keratkah umat Islam yang kenal Tuhan. Setakat percaya Tuhan, orang Nasrani pun percaya Tuhan. Orang Yahudi pun percaya Tuhan. Malahan orang Hindu pun percaya Tuhan. Setakat percaya Tuhan sahaja tidak cukup untuk membina aqidah dan pegangan. Tanpa aqidah dan pegangan, jangan kata hendak menegakkan seluruh syariat, hendak mengamalkan fardhu ain atas diri sendiri pun susah. Hendak mengelak dari melakukan dosa dan maksiat lebih-lebih lagi susah.


Jelaslah bahawa untuk memperjuangkan agama, Tuhan mesti diperjuangkan dahulu. Tuhanlah matlamat kita dan Tuhan lah yang akan memimpin dan menolong kita. Syariat bukan matlamat. Syariat hanya cara, jalan dan kaedah. Apa gunanya kita memperjuangkan cara dan kaedah kalau ia tidak membawa kita kepada Tuhan. Bukankah tujuan kita beragama untuk mendapat Tuhan?


ya Allah.. permudahkan hati kami untuk memahami kehendak-Mu...memahami ilmu2-Mu supaya terselamat kami...Allahumma Ameen..

Thursday, September 1, 2011

tabah itu penting ye...^_^

Ku kesat air mata perlahan-lahan.. Rasa lemah. Geram.. tak suka semuanya ada. Semua ini bercampur baur. ya Allah...sampai bilakah ya Allah..??


"Ina...sabar ina...sabar...sebab itu Allah campak kan ina kat situ...sebab itu Allah suruh ina dalami ilmu dakwah tu.. semua itu ada sebab tau ina". pujukan lembut dari seorang kakak yang rapat dengan saya ketika masih menuntut.


"ina ....ina kena kuat"pujuknya lagi.


"tapi benda ni dah lama kak...ina tak tahan. Ina tak tahu nak buat macam mana lagi dah. ina rasa tak layak dah nak harungi semua ni."


"jangan macam tu...yakinlah....ada hikmah semuanya tu ina. sebab tu Allah campakan ina kat situ" pujuk akak itu persis seorang ibu. Pujukan dari Allah juga tatkala itu,kerana ia menghantarkan seorang hamba supaya dapat menyakinkan diri ini dan hati ini tidak mudah rapuh dengan bisikan syaitan.


Astaghfirullah...astagfirullah...astaghfirullah... ku pujuk hati ini. ku dalami dan selami segala hikmah yang berlaku. jangan cepat mengalah dan menyalahkan takdir. yakinlah mendung hitam akan bearak pergi.dan kebahagiaan akan menanti. Janganlah bertanya kenapa dan kenapa perkara ini berlaku. Yang penting doa dan usaha buat yang terbaik untuk kehidupan sekarang ni. dan natijahnya adalah masa yang akan datang.

sila lah tabah wahai diri...^_^


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...