Tuesday, August 2, 2011

Rasa bertuhan yang tajam melahirkan insan berakhlak mulia

Orang yeng memiliki rasa berTuhan yang tajam akan melahirkan akhlak yang mulia, misalnya sabar, gigih, lemah lembut, pemaaf, berkasih sayang, bertolak ansur, tawadhuk, pemurah dan lain-lain.


Pemaafnya orang yang memiliki rasa berTuhan yang tajam sampai pada peringkat dia tidak marah kepada orang yang membuat kesalahan, sebab setiap kali dia melihat kesalahan orang lain, dia merasakan dia lebih salah dan jahat dari orang tu. Dia tidak akan menegur secara langsung, kecuali bila kesalahan itu membahayakan perjuangan. Dia doakan agar orang tersebut insaf dan membaiki kesalahannya. Bila seseorang itu merasakan dia lebih bersalah dari orang yang terlanjur berbuat salah, maka dia tidak akan menjatuhkan orang lain.


Orang yang rasa berTuhannya tajam telah melalui riyadhatun nafs yang bukan taraf biasa tapi bertaraf luar biasa, seperti berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat pada dia. Dia akan rasakan dirinya yang paling jahat, paling berdosa. Kalau dipuji orang, dia sibuk menolak pujian, hatinya susah, sebab dia terasa Allah melihatnya dan mengetahui yang dirinya tidak seperti yang orang puji itu. Dia mudah memaafkan orang bahkan berbuat baik dengan orang yang pernah berbuat zalim atau jahat kepadanya, kerana dia melihat dirinya paling jahat. Dia rasa Allah datangkan orang untuk menghukumnya karena dia telah berdosa pada Allah. Inilah rasa kehambaan yang luar biasa...


MasyaAllah...indahnya hidup berTUHAN... adakah diri kita sudah sampai ke tahap itu...marilah kita koreksi diri kita bersama2... moga ramadhan kali ini memberi impak yang besar pada diri kita dalam membina peribadi Agung...insyaAllah... Ramadhan kareem!!!1

Friday, July 1, 2011

Sikap Orang Berhati Bersih

Sikap seorang yang bersih hatinya senang sahaja dengan manusia di dalam pergaulannya hatinya dengan Tuhan, jasadnya dengan manusia ..boleh bergaul di dalam apa sahaja keadaan....


hatinya terpelihara...Sentiasa berlapang dada,...sering bertolak ansur sesama manusia...Dengan kerenah manusia dia berlapang dada menerimanya...Kesalahan dan kesilapan manusia...dia mudah memaafkannya...Kalau dia bersalah,mudah pula meminta maaf kepada mereka...Bertimbang rasa, rasa bersama bekerjasama sesama manusia selagi tidak ada pantang larang agama...


Dia gelisah dengan dunia, berdisiplin orangnya..Hatinya tenang dengan dunia...rasa bimbang dengan Akhiratnya...Baik sangka dengan orang atau manusia..Kalau dia nampak orang ada cacat celanya,...dia takwil untuk membaiki hatinya...Hatinya berkata... "Dia bersalah di dalam kejahilan"...

"aku bersalah di dalam berpengetahuan"..Mungkin dia tidak sengaja atau dia terlupa...Setiap takdir Tuhan dia redha..Ujian, sabar menerimanya...Mendapat rahmat dan nikmat...dia malu dengan Tuhannya...Syukurnya sangat ketara kerana rahmat dan nikmat Tuhannya..


Tawadhuknya jadi budaya hidupnya...sangat ketara di dalam pergaulannya...Jarang ada manusia begini gambaran hidupnya...erm..Kalau ada pun macam gagak putih..di tengah gagak hitam, jarang ada ...

::ya Allah...bantu lah kami dalam usaha kami membaiki diri dan membersihkan hati...T_T..::

muhasabah di pagi hari:



Orang yang tidak suka mengata dan mengumpat biasanya dia terlalu memikirkan dirinya sendiri.....Dia merasakan dirinya juga sering membuat kesalahan dan kesilapan kerana itulah dia tidak minat hendak mengata dan mengumpat orang....
Kalau dia dikata dan diumpat orang,dia tidak begitu terasa apa-apa....


Bahkan mungkin hati kecilnya berkata... patut dia dikata,kerana dia manusia yang lemah juga dengan umpatan orang itu dia bertambah lagi membaiki diri.....
Lantaran itulah dia tidak bertindakbalas di atas kejahatan orang itu.Begitulah seterusnya orang yang sombong,pantang orang lain sombong dengannya...
dia tidak sanggup menerima cabaran....


Di sini baru kita faham,orang yang nampaknya macam berani dan garang,selalu sahaja mengumpat orang dan sombong dengan orang sebenarnya jiwanya tidak kuat, tidak mampu kena cabar...Di sebalik nampaknya garang tersembunyi sifat penakut dan pengecut...


Tapi orang yang tenang,tidak nampaknya riuh-rendah...sebenarnya jiwanya kuat...
Di sebalik ketenangannya tersembunyi keberanian dan ketahanan jiwanya
Kerana itulah orang seumpama ini sabarnya luar biasa
Mampu menerima berbagai-bagai ujian dan kesabaran...

Saturday, June 18, 2011

Ustazah Pilihan

sedang saya meneliti nama-nama peserta adik-adik Nisa' yang akan mengikuti program Nisa'. mak cik saya bertanya pada saya.. ina..kau tak nak masuk ustazah pilihan kat astro tu ke? masuklah.." saya dah tergelak-gelak dah.. "ha??tak pelah... bibik je lah masuk" saya jawab dengan sengeh2.. saya tak tengok pun iklan tu...juz terdengar-dengar cam tu je..


secara peribadinya...memang program ini berunsurkan kebaikan dan ingin membawa wanita lebih ke hadapan dan berfikiran terbuka dalam dunia dakwah ni.. saya fikir...ia seperti rancangan imam muda kan...:)..tetapi...adakah methodnya menepati syar'i...???Yang menontonnya bukan hanya di kalangan wanita sahaja.Nanti jadi lain pula,jadi pulak rancangan 'Ustazah pilihan hati ...

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (HR Muslim).

wanita sekarang ni perlu banyak berjaga2...lagi-lagi dengan dunia yang penuh fitnah ni... bukan nak berfikiran jumud.. hanya nak mengajak kita berfikir secara lebih dalam mengikut al-Quran dan as-Sunnah.

Teringat serangkap sajak yang menjadi entry sebelum ini...mengenai seorang wanita...

MAAF, wajahmu itu bukan utk tontonan umum..apalagi tontonan khusus...wanita solehah itu Tidak memandang dan tidak dipandang...wanita solehah itu Tidak mengenali dan tidak dikenali...wanita solehah itu...Tidak menegur dan tidak ditegur...


Tak reti nak komen lebih-lebih,apa-apa pun ia 1 alternatif yang baik,cuma harapnya method nye berbeza dan lebih terjaga batas-batas yang sepatutnya seorang muslimah perlu patuhi.Jika nak dipertontonkan pun,yang seharusnya sahaja la,tak perlu lebih-lebih daripada itu,nanti jadi sama macam gadis melayu je la.Allahua'lam!

bak kata kak mujahidah...Di kampus ada juga ruang sebegini,tapi secara 'tertutup',amat menarik bilamana ia mengikuti silibus-silibus dan perkara yang bakal dikupas amat-amat buat kita teruja.Saya amat-amat yakin!jika ia mampu dilaksankan dengan baik,insyaAllah akan menghasilkan da'ie muslimah yang berilmu dan mampu berhadapan dengan masa hadapan,keluarga,masyarakat dengan baiknya.InsyaAllah!

Sunday, June 12, 2011

"ya Allah, ampunkan aku ya Allah, aku tidak mahu kembali kepada-Mu sebegitu ya Allah"..(T_T)


astaghfirullah..(T_T)

Sungguh hina dan azab kepada orang yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya..astaghfirullah..(T_T)

Ketika Sayyiduna Nabi Muhammad S.A.W menceritakan kepada seorang sahabat baginda S.A.W, bagaimanakah seksaan yang diterima oleh golongan berilmu tetapi tidak beramal dengannya, tidak menggunakan ia pada hatinya dan jasadnya, tidak menyebarkan kepada orang lain..

Sayyiduna Zaid bin Arqam meriwayatkannya dengan berkata (yang bermaksud) :

"Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : 'pada Hari Kiamat, seseorang didatangkan dan dilemparkan ke dalam neraka. Kemudian ususnya terburai dan dia akan dipusing-pusingkan seperti keldai yang memusingkan alat giling.

Lalu penghuni Neraka berkumpul dan bertanya kepada orang terbabit, 'Fulan, apa yang terjadi denganmu? Bukankah dulu kau mengajak kepada yang makruf (hal baik dan benar) dan melarang perkara yang mungkar (hal buruk dan salah)? Dia pun menjawab, 'Dulu aku memang mengajak kepada perkara yang makruf namun aku sendiri tidak mengamalkannya. Dan aku melarang yang mungkar, tetapi aku sendiri melakukannya.'"

(hadith riwayat Imam Bukhari)

astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..(T_T)

wallahua'lam..

di antara hal yang paling ditakuti dan digeruni oleh para sahabat Sayyiduna Rasulullah S.A.W adalah digelar "munafik" tanpa mereka sedari..iaitu golongan yang "bercakap tidak serupa bikin"..

astaghfirullah..hindari perwatakan itu ya Allah, hindari sifat itu ya Allah..amin ya rabbi..(T_T)

Golongan itu boleh juga dikira sebagai seorang munafik kerana orang munafik lahiriahnya bagus tetapi dalamannya rosak, astaghfirullah..(T_T)

Lidahnya manis menuturkan kata-kata hikmah, namun amalannya pahit, astaghfirullah..(T_T)

Mereka memperdayakan manusia dengan ilmu yang ada, padahal hatinya kosong dari keyakinan Iman dan Islam, astaghfirullah..(T_T)

Golongan "ilmuwan" sebegini adalah munafik yang alim pada lisannya, pada zahiriahnya, astaghfirullah..(T_T)

Bahaya munafik yang alim lisannya ini diberi ingatan oleh Sayyiduna Rasulullah S.A.W seperti yang diriwayatkan Umran bin Hushain..

Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"Sesungguhnya sesuatu yang paling aku risaukan sepeninggalanku terhadapmu ialah setiap orang munafik yang alim lidahnya"

(Hadith riwayat Imam Tabrani)

astaghfirullah..(T_T)

wallahua'lam..

"ya Allah, Engkau hadirkan ilmu kepadaku, maka hadirkan jua amal untuk ilmu itu kepadaku", amin ya rabbi..

Sayyiduna Rasulullah S.A.W bersabda (yang bermaksud) :

"seharusnya seseorang yang mempelajari sesuatu ilmu adalah untuk mendapat keredhaan Allah, namun jika dia mempelajarinya adalah kerana untuk memperoleh kesenangan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari Kiamat"

(hadith riwayat Ibn Hibbah)

astaghfirullah..(T_T)

wallahua'lam..

Oleh sebab itu, niat yang tidak jujur dan tidak ikhlas menuntut ilmu kerana Allah membuatkan ilmu yang ada hanya setakat lidah tanpa ada pengalaman dan perbuatan..Sedangkan ilmu itu semestinya di susuli dengan amalan kerana ilmu adalah IMAM dan amal adalah MAKMUN..

astaghfirullah..(T_T)

maka..

"wahai hatiku, wahai jiwaku, wahai jasadku, bertaubatlah kepada Allah, amalkanlah apa yang telah ada pada jasadmu, pada jiwamu, pada hatimu, andai tiada lagi ilmu, maka berusahalah untuk mencarinya, mempelajarinya dan kemudian mengamalinya, amin ya rabbi"..





Firman Allah S.W.T (yang bermaksud) :

"Allah akan meninggikan orang yang beriman di antaramu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat"

(surah al-Mujadilah ayat 11)

wallahua'lam..

sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah S.W.T dengan SEPENUHNYA adalah orang yang ada padanya ilmu dan ada padanya amal yang istiqomah..insya Allah, wallahua'lam..(T_T)

ziarah nisa' kuala langat ke baitul ehsan



Tengah memberi sedikit peringatan kepada adik-adik baitul Ehsan dan Adik-adik Nisa’ Kuala Langat…saya terdiam sebentar.. saya merintih di dalam hati..mengingatkan diri.. Ya Allah..moga2 apa yang aku cakap pada mereka ni aku buat dan lakukan ya Allah…



Saya mulakan dengan firman Allah:

"Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya DIA lah jua Yang Maha Pengampun, Lagi Maha Mengasihani."(AZ-Zumar 39:53)


“Dik…kita manusia yang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan..kerana kita bukan makhluk yang sempurna… kita bukan maksum seperti Rasulullah.. Tetapi..ingat dik…manusia yang bijak adalah manusia yang tidak melakukan kesilapan yang sama. Orang Islam tidak akan masuk ke dalam lubang kesilapan dua kali.


Saya perhatikan seorang demi seorang adik…semua tertunduk.. saya macam biasalah… sebak tu memang tak yah cakap la…terasa diri ni kerdil sangat..


“dik…fitrah kita ni semuanya baik je sebenarnya dik …manusia memang semula jadi fitrahnya memang suci bersih. Cuma kadang-kadang diri kita tersalah pilihan dengan melanggar fitrah itu yang menjadikan hati kita tak tenang. Jangan kita melawan fitrah itu sendiri yang suka pada kebaikan dan benci pada kejahatan.. sentiasa melakukan solat taubat…sentiasa baiki diri”


Saya terdiam…bermonolog dalam hati lagi…ya Allah…moga apa aku cakap ni aku laksanakan..


“taukan…zaman remaja kita ni zaman mencabar kalau kita tak kuat macam2 boleh jadikan…akak nak tanya…apa yang mencabarnya tu?”


Seorang adik menjawab dengan perlahan..” ramai kawan laki”.


“haa…kumpul kawan-kawan lelaki??” saya menjawab dengan nada gurau sambil tersenyum. Semua terkekek-kekek..hehe..


“akak gurau je…akak tahu.. menjadi cabaran semua adik-adik..akak pun sebenarnya…kita sama-sama lalui..nak berkawan boleh..bincang-bincang benda yang rasa betul-betul ada urusan.. tapi…nak rapat-rapat..dating-dating…jauh2kanlah..takut ia bawa mudarat pada kita..”adik mengangguk2..


“sekarang..akak nak semua pejam mata dan fikirkan perkara-perkara negatif dan kesilapan yang pernah adik buat…dalam 3minit..akak beri peluang kamu fikirkan”adik-adik mengikut arahan. Dan aktiviti membebel saya bermula selepas mereka membuka mata saya meminta mereka menampalkan sifat2 negetif kepada sifat2 positif mereka. dan saya akhiri aktiviti berkumpulan itu dengan doa di dalam surah al-Qasas 28:16.


"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah apalah jua kiranya akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.."



Alhamdulillah…walaupun tak sampai sehari kenal…terasa ukhwah begitu kuat.. sukan bersama-sama...group saya menang..hi3.. tahniah2... dan yang saya paling terharu dengan seorang pelatih baitul Ehsan. Sebelum nak balik dan bersalam-salaman… kami terasa berat sangat nak lepaskan pelukan tu..air mata membanjiri di dalam dewan baitul Ehsan.


“kak…yang lepas biar lepas ye…kuatkan semangat dan hati..jangan putus asa…bla…bla…bla…”kata saya sebelum keluar dari dewan..


Sempat saya bertanya dan berkongsi-kongsi cerita. Pengalaman-pengalaman kehidupan mereka. masya-Allah…mereka sungguh baik..


"airmata hamba Allah yang bertaubat kerana menginsafi diri dan takutkan Allah itu adalah tinggi nilainya di sisi Allah... semoga kesemua yang menyertai program semalam dapat membawa balik sesuatu 'hadiah' yang 'istimewa' utk diri sendiri dan menyampaikannya kepada yang lain" insyaAllah..




Thursday, June 9, 2011

kita kan ada Allah...=)

Saya jarang berkongsi sesuatu perkara tentang diri saya pada orang lain.. hatta…masalah pun sama. Kalau ada pun, memang bertuahlah sahabat yang mengetahuinya… korek lah macam mana pun..susah untuk saya ceritakan. itu sebab saya di gelar asrar..sebab sukar untuk mempercayai orang...hanya orang2 terpilih sahaja...ehe.. memang sesetengah orang memerlukan sahabat untuk meluahkan rasa hati serta sahabat yang dapat meringankan masalah yang kita hadapi. Berapa ramai sahabat yang betul2 boleh dipercayai? Saya pelajari semua dari pengalaman. Bila rahsia kita terbongkar oleh sahabat yang kita percayai, maka hilanglah kepercayaan kita pada dia..susah untuk mengembalikan kepercayaan itu kembali seperti dulu…=). Untungnya kita…kita ada Allah. DIA tak akan pernah bocorkan rahsia kita kalau kita betul2 jaga dan ikut apa yang ALLAH suruh. Setiap kali kita bermasalah dan tiada tempat mengadu..ingatlah…Allah ada tempat kita mengadu dan bergantung. dahulukan Allah sebelum kita hendak meluah rasa kepada sahabat2 kita yang lain. kerana ALLAH lah sahabat kita yang paling Agung dan sejati. Mengadu lah sebanyak mana dengan penuh rasa kehambaan.. bukan dengan kesombongan. Allah lebih faham apa yang tersirat di hati kita. Masalah hati…manusia lebih banyak meletakkan pergantungan pada diri manusia itu sendiri melebihi Allah.


Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.” (Surah Al-Ikhlas ayat 2)

Firman-Nya:

“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir ”. ( Ayat 87 : Surah Yusuf )


Pergantungan pada Allah tidak membuatkan kita berasa putus asa. Bila kita terasa sakit hati, terasa hendak marah, jelez pada seseorang…cepat2 kembali pada Allah..

Rasakan didikan dan tarbiah dari Allah bila kita di kelilingi ragam manusia yang berbagai-bagai. Jagalah hati dengan penuh rasa kehambaan.. mujahadah!!! Sakitnya tidak terkira…tetapi hasilnya sangat indah…::jaga hati hiasi peribadi:insyaAllah...

Monday, June 6, 2011

Maafkanlah Daku

Ya ALLAH, hambaMU ini telah banyak melakukan dosa padaMU. Tidak banyak amal yang kubuat, tetapi tidak sedikit dosa yang telah kulakukan.

Ya ALLAH, kuharapkan kasih sayangMU, kutahu diri ini tidaklah yang terbaik, tetapi kuharap ENGKAU masih sudi menyayangi hambaMU ini.

Aku sedar aku ini hambaMU yang sering melupaiMU, tetapi Ya ALLAH, janganlah KAU melupakan daku ini. Ampunkan segala salah silap hambaMU ini.

Ya SALAM, selamatkanlah diri ini dari segala noda dan dosa.

Ya RAHMAN, berikanlah daku nikmat kasihMU semasa di dunia ini, dan juga kurniakanlah maghfirahMU semasa di akhirat sana nanti.

Aku tahu KAU maha pengampun, KAU maha penyayang, maafkanlah semua hambaMU Ya ALLAH, aamin

Wednesday, April 27, 2011

TiPs UsRaH

keGAGALan besar seorang naqib or naqibah adalah apabila dia cuba membentuk ahli usrah untuk menjadi DIRInya dan bukan mengenalkan ahli usrah SIAPA SEBENAR DIRI MEREKA..

dan kegagalan yang LEBIH BESAR dan BUSUK adalah apabila Usrah yg diAMANAHkan LANGSUNG XJALAN~

~usrah is about COACHING and NOT TEACHING~
(by ustaz khairy)



Di dalam usrah: kadang2 wujudnya pertukaran pendapat di antara naqib or naqibah dan anak2 buah... berlapang dada lah... dan lembut kan lah hati mu wahai naqib/ah untuk menerima pandangan anak buahmu walaupun ilmunya hanya sebesar zarah kuman. bukan di perlekehkan dan di pandang sebelah mata sahaja.. kita semua sama sedang membaiki diri...

~ayuuhh kita tingkatkan muhasabah kita...kikiskan ego... kerana ego itu tidak layak kita miliki~

“Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan BERBEZA PENDAPAT adalah KAWAN berfikir yang PALING BAIK.”

fikir dan zikir.. selamat beramal~

ADA SOLEHAH DALAM DIRIMU


"Sesungguhnya Dunia dan Segala Isinya adalah Perhiasan.. dan Sebaik-Baik Perhiasan Dunia ialah Wanita Solehah..."

Izah mengirai-ngirai rambutnya yang masih basah. Diselak-selak sendiri dengan tangannya yang mulus. Kemudian, dilap kembali dengan tuala pinknya. Membalut, seterusnya menyanggul rambut ikal mayang basah nya itu.

Dia menapak ke sisi katil. Telefon bimbitnya digagau di bawah bantal. Ia berkelip. Ada dua mesej tertera. Kedua-duanya sudah tidak sabar untuk dibuka. Izah duduk di tepi katil, lantas menekan butang ‘open’. Ada mesej dari Ikhwan, ada mesej dari Dzikry. Sambil senyum tipis, membaca sekilas mesej Ikhwan, Izah membiarkannya. Membuka pula mesej Dzikry, juga tersenyum tipis.

Izah berkeputusan membalas kedua-dua mesej tersebut. Sebetulnya sebelum mandi tadi, memang dia sedang bermesej dengan kedua-dua lelaki itu. Dia meletakkan telefon bimbit itu ke atas meja belajarnya. Mengambil losyen Nivea kemudian melumurkan ke bahu kanannya. Jam dari laptopnya berdenting sekali menandakan sudah pukul 7 malam.

Sambil meratakan losyen ke seluruh lengan kanannya, Izah menekan butang ‘reply’.

‘ X wat apa pun..baru siap mandi..’

Izah menekan butang send.

Pintu bilik diketuk perlahan. Salam halus kedengaran Pintu bilik dikuak. Muncul Fasihah dengan senyumannya yang manis. Rambutnya juga dibalut dengan tuala, persis Izah. Cuma yang berbeza, Fasihah nampak manis dan sopan dengan baju kelawar bercorak batik labuhnya. Berlengan panjang santak ke hujung lengan. Warna biru laut yang ceria, dihiasi warna-warna pastel yang lain. Tompokan bunga pink, kuning, hijau epal dan lilac tambah menyerikan gadis itu. Sedang Izah ada di birai katil, dengan handphone di tangan, masih selesa berkemban dengan kain batik.

Fasihah cermat-cermat meletakkan baldi berisi bekas mandi dan peralatan mandinya bersebelahan baldi Izah di ruang kanan bilik itu. Kipas siling di bilik 30x25 itu berpusing ligat. Fasihah lantas meleraikan balutan rambutnya. Terurailah rambutnya yang ikal mayang berkilat santak ke punggung itu. Dia mengambil sikat dan menyikatnya perlahan. Usai merapikan rambut, dia terus menyarungkan jubahnya. Anak telekung dipakai, dan telekung solat disuakan ke mukanya. Dia membuka lokernya, menyorong laci seterusnya mengeluarkan sepasang sarung kaki coklat yang baru. Menutup pintu loker seterusnya mengenakan sarung kaki tersebut.

Izah terus-terusan menghadap handphonenya. Fasihah melihat wajahnya sekilas di cermin. Jam berdenting sekali lagi dari laptop Izah menandakan sudah pukul 7.15 malam.

“Ahh..aku perlu cepat. Tak lama lagi azan akan berbunyi. Nanti tak sempat pula nak beriktikaf dan solat sunat qabliyyah”
bisik Fasihah.

Fasihah senyum sekilas pada Izah. Izah hanya membalas dengan pandangan kosong. Fasihah terus keluar dan menutup pintu cermat-cermat, dengan Al-Qur’an hijau kesayangannya di tangan kanan. Tanda tanya timbul dalam hati Izah.

“Aik..selalunya dia ajak aku ke surau bersama.. Em, takpelah..bagus jugak. Takdelah aku serba salah nak cari alasan.. Peliknye..nak pi surau je, dekat je pun..nak pakai stokin jugak..hai..”
Izah senyum sinis sambil terus menyambung menaip pesanan ringkas. Dzikry menunggu di hujung sana.
Tepat pukul 9.30 malam, Fasihah pulang dengan menjinjit beg plastik. Masih dengan senyumannya, dia hati-hati meleraikan telekung solatnya yang sedikit biru nila itu. Usai disangkut di hanger, lantas menggantungnya di hujung katil, Fasihah menyuakan bungkusan itu pada Izah yang leka mengadap laptopnya. Ada bunyi deringan menandakan mesej masuk. Bunyi mesej YM.

“Zah, jom makan sama-sama. Ada biskut raya. Amalina yang bagi, dia ajak singgah ke biliknya lepas solat Isya’ tadi. Baik sangat dia, padahal baru kenal tadi.”

Izah berpaling sekilas sambil senyum.

“Emm, takpelah. Kite dah makan petang tadi. Awak makanlah. Malam kite tak makan sangat..takut badan naik..haha” jawab Izah berbasa-basi.

“Owh..ye ke..baguslah. Doktor, mesti jaga kesihatan kan..” Fasihah senyum ceria.

Fasihah mengambil sekeping biskut Almond London, menyuakan ke mulut. Getaran Bismillah kedengaran halus. Usai mengisi lebihan biskut ke dalam tabung biskut di rak teratas, Fasihah mencapai buku teks Usul Akhamnya. Duduk mengadap ke arah kiblat, Fasihah membuka buku tersebut dengan bacaan Bismillah.

“Eii..tolongla jangan panggil aku Zah. Macam nama orang tua je.. Em, hairan aku. Ramai betul kawan dia. Kejap Sumayyah, kejap Suhaila, kejap Aina, kejap Amalina..mm..apa-apa jelah...” gumam Izah di dalam hatinya.

Pukul 11.30 malam, Fasihah beberapa kali menguap. Izah masih tekun di hadapan laptopnya. Facebook sedang dilayari. YM masih terus dilayani, malah tambah rancak berbunyi.

Fasihah bangun mengambil baldinya. Dia keluar ke tandas yang berada selang beberapa bilik dari bilik kediamannya, D643. Usai memberus gigi, membersih muka dan meratakan air wudhu’, dia menapak ke biliknya.

Fasihah membuka mushaf kesayangannya, menyelak tali oren, tempat tanda Surah Al-Mulk. Usai membaca habis surah itu perlahan-lahan, dia menutup mushaf itu, mengucup, mencium dan meletakkan ke dadanya. Erat.

“ Zah, Hah tidur dulu ea. Em, Zah jangan tidur lewat sangat tau...nanti ada black circle..nanti hilanglah keayuan Zah..hehe..”


Izah senyum pada Fasihah.

“..Baiklah..kite pun dah ngantuk jugak ni..”

Fasihah sudah lena dibuai mimpi. Dia tidur mengadap kiblat, dengan rusuk kanan berada di bawah. Desahan nafas halus berirama perlahan.

Pukul 12.30 malam, Izah masih di hadapan laptopnya.

“Ahh..belum solat Isya’ lagi..tapi ngantuk la pulak.. Em..tidur dululah. Bangun pukul 4, baru Solat Isyak..”

Izah terus merebahkan badannya ke atas tilam empuk bercadar pink bunga merah itu, sambil menetapkan alarm telefon bimbitnya pada pukul 4 pagi. Tidak lama untuk dia mula belayar di lautan mimpi...

Pukul 3 pagi, Fasihah bangun. Menyucikan diri, menyucikan hati dan nawaitu. Menyegarkan diri dengan air wudhu’, Fasihah mengenakan telekung solatnya. Sengaja dia menggantung telekung di hujung katilnya, agar terbangun sahaja, dia dapat melihat telekung itu seraya mengingatkan dirinya untuk solat malam.

Ahh..solat malam. Nabi Muhammad S.A.W yang maksum, dicintai Allah dan pasti masuk syurga itu saja solat hingga bengkak kakinya. Sedang aku ini.. Maksum? Jauh sekali. Dicintai Allah?? Tak pasti... Syurga??? Ahh..aku yang hina begini..entah lah Ya Rabbi... Justeru itu..izinkan aku bangun di dini hariMu ini.. meratap sendu di kakiMu Ya Ilahi Rabbi..memeluk bayanganMu Ya Habibi Qalbi.. bersimpuh tulus di hadapanMu Ya Naasiri..Ya Waliyyi..Anta Maqsuudi..Waridhaaka Mathluubi..

Sekejap sahaja air mata penuh di tubir mata Fasihah. Sendunya berlagu perlahan.. bimbang didengari teman sebilik. Dalam doa dia bertawakkal. Bulat, penuh. Usai berzikir perlahan, membaca Al-Qur’an barang tiga muka, solat witir, Fasihah merebahkan badan kembali, dengan mata yang masih basah.

Baru sahaja dia ingin melelapkan mata, handphone Izah berbunyi. Lagu Lady Gaga.

"Bunyi call? Atau alarm? Tapi biasanya kalau call... bunyinya macam lain.."
Fasihah terkejut.

"Emm, pukul 4 pagi. Bangun bertahajjudkah?" Fasihah berteka-teki.

"Alhamdulillah.."

Sudah 3 kali handphonenya berulang dering. Namun Izah hanya bergerak-gerak tanpa memberi tindak balas apa-apa.

“Mungkin dia tidur lewat. Penat benar..”
terka Fasihah.

Atas dasar sahabat, dan mungkin niat yang baik di disisi Izah, Fasihah menggerakkan Izah. Mungkin benar dia mahu bertahajjud, kasihan dia jika terlepas. Atau ingin mengulangkaji.. tidak kisahlah. Yang pasti tentu dia ada maksud tersendiri untuk bangun di dinihari itu. Jikalau tidak, masakan dia set alarm handphonenya.

“Zah.. Em.. Izah... Izah. Izah nak bangun ke?”
Fasihah menyentuh kaki Izah lembut. Kemudian, Fasihah berhati-hati menggoncang bahu Izah.

“..Ha..Emm..Ya..Ya..”
Izah menggosok-gosok matanya. Dia bangun dan duduk di birai katil. Mematikan alarmnya.

Fasihah kembali merebahkan badannya di katil. Cadar warna ungu muda itu dikemaskan sebelum dia merebahkan badannya. Dia tidak tahu bahawa Izah sebenarnya terlena kembali.

Tepat jam 5.30 pagi, Izah terbangun kembali.

"Aduh!! Solat Isya’!"

Mengerling handphonenya sekilas, Izah buru-buru ke tandas untuk mengambil wudhu’. Fajar Subuh akan menyinsing sekejap lagi.

Usai solat, itupun cuma 2,3 minit, Izah melepaskan kelelahannya yang berbaki.

“Ah..nasib baik sempat. Tak pasal-pasal aku kena ganti nanti...macam dua hari lepas...”


Bukan tak selalu Izah begitu. Qadha' solat disebabkan kebiasaannya melewat-lewat dan menangguh-nangguhkan solat. Itupun jika rajin dan teringat. Sudahnya dibiarkan sahaja tanpa menggantinya. Dalam remang bulan dan cahaya lampu mejanya, Izah tertangkap pada helaan nafas halus. Cukup teratur. Ia begitu mendamaikan. Lantas Izah menyoroti pula wajah itu. Ia tambah mendamaikan jiwa.

“Tak banyak beza antara aku dan dia.. Rambutnya ikal panjang, lebih kurang sama saja dengan aku. Aku lebih cerah. Aku juga lebih kurus dari dia. Tapi, kenapa dia sangat menawan hati? Renungan matanya bening dan cerah. Kalau aku pun dah fikir begitu, entah apalah pandangan dan fikiran lelaki lain.. Agak-agaknya dia ada tak pakwe? Tak pernah sekali pun dia cakap pasal lelaki. Kalau kawannya datang, tak pernah pun bincang pasal topik tu.. habis-habis tentang kuliah-kuliah agama, usrah, isu-isu semasa... tarbiyyah...apa tu?? aku??..”
Izah bermonolog dalam hati sendiri.

“..Waktu tidur, Fasihah lagi cantik. Sangat puas menatap wajahnya yang lembut dan bersih itu. Aku? Entahlah...Ahhhhh...” Izah membanding beza lagi. Menjerit kecil dalam relung hati sendiri.

Pandangan mata Izah tertancap pada tangan Fasihah. Lengan bajunya tersingkap ke paras siku. Ada garis di situ. Garis di pergelangan tangannya jelas kelihatan.

“Ah..jarang sekali untuk melihat lengannya begitu, apatah lagi sering berkemban macam aku.. Ya Allah, dia sebenarnya sangat putih. Cuma tangannya je yang sedikit berlainan. Inilah bukti dia menutup auratnya dengan baik sejak dahulu.. sedang aku? Selesa berlengan pendek ke sana ke mari..” Izah mula sebak.

Dia memandang kembali wajah Fasihah. Garis yang sama juga kelihatan di sekeliling wajahnya yang penuh itu. Ini kerana dia istiqamah dengan tudung labuhnya sejak di bangku sekolah rendah lagi. Menurut foto yang dilihat Izah di atas meja belajar Fasihah.

“..Ya, dia sebenarnya lebih putih dari aku..lebih cantik dari aku. Aku sahaja yang perasan lebih sebelum ini. Tapi aku akui melihat dia mengenakan telekung solat atau tudung labuhnya, begitu mendamaikan jiwa..”


Izah segera teringat. Waktu itu Fasihah tertinggal bakul bajunya di bilik. Asalnya mungkin dia berkira-kira untuk membasuh baju tersebut. Ada dua helai semuanya. Jubah dan tudung labuhnya Kebetulan mungkin dia terdengar suaraku di bilik mandi itu. Ahh..aku juga sebenarnya yang mulut luas, bising sahaja berborak dalam bilik air itu. Kebetulan aku terjumpa Zura, roomateku sesi lepas. Apa lagi, tentunya topik itu menjadi bualan. Aku tentang Dzikry dan Ikhwan, dan Zura kecoh sekali menceritakan mengenai teman chatting yang baru dikenali, Faiz. Baik dan romantik katanya.

Selepas Zura berlalu membawa bersama pinggan-pinggan dan mug yang katanya tidak berbasuh sejak dua hari lepas, Fasihah segera memanggilku dari dalam bilik air. Dia meminta tolong supaya mengambil bakul baju tersebut. Aku tidak kisah. Bukan aku tidak pernah meminta tolong darinya sebegitu.

Saat aku menyuakan bakul tersebut, dia membuka pintu bilik airnya. Dia berkemban, dan kelihatan agak kekok. Buru-buru dia mengambil bakul tersebut dan mengucapkan terima kasih padaku, lantas menutup kembali pintu bilik air. Sedang aku seperti tersihir. Dia amat cantik!!

Air mata Izah mula bertakung.

“Aku ini, nama sahaja Hafizah, Yang Terpelihara.. tapi tidak pun menggambarkan peribadiku.. entah apa yang terpelihara.. Auratku kah? Pergaulanku kah? Ibadahku kah? Ahh..semuanya tidak!..” Air mata Izah tambah melebat. Dia sedaya upaya menahan esakan tangisnya.

Dia merasa sudah lelah pada permainan dunia. Yang pasti, dia bukannya bahagia begitu. Ada juga dia berbincang-bincang dengan teman-teman se‘kepala’nya. Hasil muzakarah, mereka mencapai kata sepakat : “Untuk apa menjadi hipokrit. Jadilah diri sendiri!” Awalnya dia bersetuju. Lama kelamaan dia mula goyah dengan doktrin itu. Itupun setelah bermesej dengan seorang ustazah, Ustazah Sakinah namanya. Ustazah Pendidikan Islam sekolah menengahnya dahulu.

Kata ustazah, “Hipokrit yang bagaimana dimaksudkan? Contohnya begini, kalau kita boleh memilih..telur, beras, gred Exam umpamanya, mesti kita mahu yang gred A. Justeru itu juga dalam kita memilih halatuju hidup kita. Tentunya kita mahu semuanya yang terbaik, gred A. Ibadahnya, pergaulannya, pemakaiannya, semuanya gred A. Gred A dan sebagainya itu tentulah sudah ada dalam suluhan agama. Hanya kita selama ini yang hipokrit, memilih gred B, C dan sebagainya sedangkan hati kita sebenarnya mahu Gred A. Fitrah kita asalnya cenderung pada Gred A, kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah. Cuma kita yang menjadi hipokrit pada diri sendiri, menafikan kemahuan hati sendiri, ego pada kata hati sendiri!”

Selepas banyak berbincang dengan Ustazah Sakinah, aku seringkali memikirkan mengenai perkara ini. Cuma, untuk bertanya pada Fasihah, aku sebenarnya rasa malu. Dalam erti kata lain, egokah aku?? Ya, aku sebenarnya ego. Ternyata aku memandang rendah pada pelajar jurusan Pengajian Islam. Fikirku, aku jurusan Perubatan. Bagai langit dan bumi. Melangkah keluar sahaja dari universiti aku bisa memilih untuk bekerja di hospital manapun. Tiada istilah menganggur dalam kamus kehidupan seorang graduan perubatan. Namun aku lemah, aku kalah dalam menaksir makna sebenar sebuah kehidupan. Maka, jadilah aku seperti sekarang.

Mataku sudah menjadi umpama empangan yang pecah. Air mata tak tertahan lagi. Ternyata selama ini aku mengingkari fitrah, suara hati sendiri. Aku sebenarnya amat dengki pada mereka. Entahlah, susah untuk kugambarkan. Mereka manis dan sopan menjaga aurat. Persahabatan mereka bukan retorik, malah susah sekali untuk mendengar kata-kata kesat keluar dari bibir mereka. Apatah lagi untuk bergaduh, bermasam muka sesama mereka. Bergaduh kerana lelaki? Mempermainkan perasaan lelaki?? Ah..untuk mendengar nama seorang lelaki dari bibir mereka pun amat payah. Yang pasti, lelaki yang soleh tentulah untuk mereka. Mereka-mereka yang meletakkan agama dan Allah di tempat teratas, lebih dari segala-galanya. Sahabat, aku juga ingin sepertimu. Dalam ketenangan menghadapi hidup ini....

Di saat itu aku merasa akulah insan yang hina di hadapan Fasihah. Apatah lagi, aku merasakan akulah manusia yang paling kerdil dan hina di hadapan Allah. Umurku sudah 22 tahun, seperti juga Fasihah. Namun ku amat pasti, dia sudah jauh belayar ke lautan cinta Allah, dan mungkin sudah sampai ke pantai kemanisan iman. Sedang aku masih tersekat-sekat jauh di atas gunung sana. Muara masih jauh dalam genggamanku, apatah lagi untuk mula belayar di lautan cinta Ilahi dan tiba ke pantai kemanisan iman..

Fasihah bergerak-gerak. Aku segera menyapu air mataku, dan berpaling ke sisi lain. Fasihah bangun, melipat selimut, dan mengemaskan katilnya. Dia segera menuju ke bilik air bersama baldi dan tualanya. Tak lama kemudian, dia kembali ke bilik. Mengambil bakul bajunya. Azan Subuh berlagu syahdu bagi jiwa-jiwa yang hidup.

“Emm...... tak ke surau ke.....” tuturku lambat-lambat.

"Emm..tak boleh solat pulak. Baru je.. Cadang nak basuh baju.. kenapa Zah.?” Fasihah terkejut.

“Haa...takde apa-apa..”

Fasihah berlalu, dan aku berbelah bahagi. Cadangnya aku ingin bersamanya ke surau. Aku merasa tak kuat dalam keseorangan.

Tiba-tiba aku bangun. Kekuatan menerpa ke dalam jiwaku. Lalu mulai saat itu aku tekad! Saat aku melangkah kaki ke surau, meninggalkan bilikku pada fajar yang hening itu, aku bertekad untuk meninggalkan jua segala fitrahku yang songsang. Walau aku harus sendiri, aku ingin merasa indahnya hidup bertemankan Allah dalam setiap langkahan kakiku, dalam setiap hela nafasku. Ya! Inilah jalan hidupku yang ku cari-cari.

Sedang dari jauh ada sepasang mata memerhatikan. Ada air hangat mengalir di situ...

Nukilan,
Tinta_Kejora


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...