Tuesday, September 14, 2010

jemputan perkahwinan norsufazreena..????=)

Salam lebaran kepada seluruh umat Islam yang menyambut lebaran. Moge-moge ramadhan hadapan kita akan bertemu kembali…insyaAllah.. raya tahun ni tak semeriah seperti tahun-tahun yang lepas. Kenapa? Adalah…hehe.. sahabat-sahabat yang bertanya secara terperinci,saya akan cerita. Kalau tak..tak la..ehe..

Kenapa ek, ke mana-mana saya pergi, ada je orang tanya bila saya nak kahwin. Allah.. kalau boleh saya nak esok juga..hehe.. semua tu urusan Allah. Kalau dah datang seru,dah ada calon..go je la kan.. perlu kita tahu yang tiga perkara sudah dijanjikan Allah SWT yang tertulis di Lohmahfuz atas kesemua umat manusia adalah rezeki, JODOH, dan ajal. Perjanjian ini akan terlaksana tanpa sedetik pun lewat apabila tiba masanya. Usahkan ribut, taufan sekalipun tidak boleh mengganjakkan janji ini.Hanya DOA yang mampu kita pinjam sebagai pena untuk mencoret kepada kisah pengakhir janji Tuhan itu. Untuk persoalan jodoh, saya rasa saya kena betul-betul mempersiapkn diri. Kita semua nak yang terbaik dalam hidup kita kan, walaupun saya rasa memang saya tak mampu nak dapat semua tu.. hanya pada Allah yang mampu saya serahkan, kerana DIA lah yang mengetahui mana yang terbaik dan layak untuk saya.

Termenung seketika,mengimbas kembali kejahilan yang pernah di lalui, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika ini, hanya pengharapan pengampunan sahaja saya minta dalam membaiki diri ni. Bila memikirkan soal jodoh, saya mesti akan terfikir, macam mana kalau ada anak nanti nak didik anak-anak ni jadi anak yang soleh dan solehah. Kalau nak anak-anak kita yang akan datang jadi soleh dan solehah kenalah bermula sebelum kita mendirikan rumah tangga lg kn. Ya !!! peribadi si ayah dan si ibu sebelum itu. Allah..hati ini merintih..pimpinlah aku dalam membaiki diri ini ya Allah. (“erk…apasal tetibe cerita tentang anak ni..kahwin x lagi…=p”)

Teringat perbualan saya bersama seorang kakak usrah saya yang saya panggil kak long. “tau tak yang perkahwinan ni sebenarnya menambah beban sebenarnya” saya tersenyum dan setuju dengan pendapat itu. Sebab beban itu lah bagi saya menjadikan kita belajar lebih untuk bertanggungjawab dan mempunyai peranan yang sangat besar sebenarnya antara satu sama lain. Teringat saya buku penulisan ustaz pahrol, apa yang sebenarnya kita perlu ada sebelum menempuh alam perkahwinan? ~ILMU~ itulah jawapannya. Ilmu apa? Macam-macam ilmu yang perlu kita pelajari selain ilmu rumah tangga.

Saya tersenyum sendiri, dan tergelak sendiri bila ada yang bertanya bila saya hendak mendirikan rumah tangga. Nak tahu tak jawapan apa yang saya bagi? “ insyaAllah..hujung tahun ni atau tahun depan..” dan saya tersenyum. “jangan lupa jemput ye…” saya menjawab semula. “insyaAllah…mesti”.. dan kalau ada yang siapa-siapa tanya saya ni dah berpunya ke belum saya akan jawab “ maaf..saya dah bertunang..”.=p. ni jawapan kepada lelaki yang tiba-tiba tanya tentang saya,.dan “gatal”…hihihi.. minta maaf lah ye…sesiapa yang berkenaan tu…huhu..tapi kan,sememangnye pun kita sudah bertunang dengan kematian, hanya menunggu saat bernikah sahaja.

Masa berlalu dan terus berlalu, moga Allah permudahkan saya dalam segala perkara. Ya Allah yang maha pengasih dan maha mengetahui.. hamba ini perlukan petunjuk-Mu ya Allah dalam setiap perkara. Bantulah aku..pimpinlah aku dalam membaiki diri ini. Jadikan masa yang lepas itu sebagai guru untuk menjadikan aku manusia yang sentiasa membaiki diri dan mensyukuri nikmat-Mu.ameen.. hati ini bermonolog:segala yang terjadi..aku tahu ada kasih sayang Allah di situ.. moga Allah sentiasa pelihara hati ini untuk menghadapi semua ini,biarlah org yang pernah kenal aku dulu judge aku cm ne. pandangan Allah yang utama dari pandangan manusia. Tiba-tiba teringat sebuah lagu mawaddah ni…huhu..”ku pinta redha-Mu”..

Jika redha-Mu Kau beri padaku,

sekalipun seluruh dunia menghinaku..

Aku tak peduli….

1 comment:


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...