Monday, September 20, 2010

Ya Allah...izinkan aku ya Allah...

“Jgn meletakkan kemahuan hati kita yg pertama, letakkan kemahuan Islam terlebih dahulu dan adik akan berbahagia dengan keputusan adik..” saya terpaku dan berfikir-fikir dengan kata-kata kak long…dan hati terus terasa sayu. Terus bangun dari menghadap laptop dan menyembamkan muka ke bantal.

Allah..bila jiwa kacau macam nilah… kekuatan perlu di cari. Macam mana nak cari? Mestilah dengan meminta kepada Allah, dengan sentiasa memperbaiki hubungan dengan Allah. Hanya Allah sajalah yang dapat memberi kekuatan kepada hamba-hambanya. Bukan time dah terkena baru nak minta sesuatu dari Allah. Bila dah ok.. Allah di tinggalkan…moga kita semua bukan dalam golongan itu. insya-Allah.. saya bangun dan menghadap laptop semula.

“Allah maha mengetahui dik, jgn sakit2, jiwa kacau”

“adek kene belajar utk membandingkan diri adek ngan org lain..nnt adek akan rasa tenang dgn keadaan adek sendiri”

“ tapi, cukuplah kalau adek dapat memahaminya, dan aplikasikannya. adek kejar ape yg sepatutnya adek kejar.insya Allah, benda lain akak datang nnt.

Kata-kata kak long terus bermain di hati ni… dan mula la mata ni….addoooiii… macho ina..macho…hihihi.. tak boleh buat macho cam kak long laa..huhu. mesej2 kak long masuk bertalu2, puisi yang menyentuh hati membuatkan hati ini teresak-esak..mata dah berkabur …apakah tandanya? Fikir sendiri la ye…=p.

Ya Allah,

Izinkan aku menangis,

Atas kelemahan aku pada ketetapanMU.


Ya Allah,

Izinkan aku menangis,

Atas kesedaran aku pada kekuasaanMU.


Ya Allah,

Izinkan aku menangis,

Atas ketidak berdayaanku pada ketentuanMU.


Ya Allah,

Izinkanlah aku meratapi,

Betapa Engkau yang Maha Berkuasa,

Meletakkan ketetapan ini padaku.

Betapa Engkau punya hak,

Untuk aku menyedari kerdilnya diriku,

Atas jawapanMU ini.


Ya Allah,

Izinkan aku melihat dua bintang hatiku,

Yang telah mencuri hatiku,

Yang telah menyiatkan jiwaku,

Yang kerap kali singgah di akal fikiranku,

Yang aku tiada kudrat untuk menidakkannya.


Ya Allah,

Izinkanlah aku meratapi,

Betapa Engkau yang Maha Berkuasa,

Meletakkan ketetapan ini padaku.

Betapa Engkau punya hak,

Untuk aku menyedari kerdilnya diriku,

Atas jawapanMU ini.


Ya Allah,

Izinkan aku melihat dua bintang hatiku,

Yang telah mencuri hatiku,

Yang telah menyiatkan jiwaku,

Yang kerap kali singgah di akal fikiranku,

Yang aku tiada kudrat untuk menidakkannya.


Ya Allah,

Izinkan aku mengalirkan air mata ini,

Atas ujian perasaan,

Yang aku hanya mampu merelakannya hadir,

Walau aku ingin menjauhinya,

Dan aku hanya mampu mengadu padaMU.


Ya Allah,

Betapa lemahnya aku,

Sehingga aku tak mampu untuk mengatakan TIDAK,

Sehingga aku hanya mampu melihat dia pergi,

Dan aku masih kekal di situ.


Ya Allah,

Kau duga aku dengan fitnah,

Dan aku hanya berlari,

Membiarkan soalan itu sepi.


Ya Allah,

Aku adalah hambaMU,

Yang teramat lemah,

Terlalu kerdil,

Dan terlalu penat dengan dunia ini.


Ya Allah,

Izinkan aku merayu padaMU,

Izinkan aku bercerita padaMU,

Izinkan aku mengadu padaMU,

Kerna,

Aku tidak mampu memendam lagi.


Ya Allah,

Sesungguhnya hati ini hakMU,

Dan aku hanya mampu bertanya padaMU,

Tenangkanlah jiwaku dalam membiarkan dia pergi.



“kak..ina penat kak…ina penat dengan semua ni…penat sangat”

“jgn penat dik, semua ni akan datang dan terus datang selagi adek tak memahami apa yg DIA telah janjikan, tarbiyah adek barangkali berbeza dgn akak”

Yup, beralah untuk kebahagiaan orang lain. Itulah yang lebih tepat. gunakan dgn sehabisnya tubuh ni untuk mengumpulkan setiap kebajikan yg diberi. tubuh ni mmg perlu dihancurkan untuk kesejahteraan roh di dalamnya.

“adek rasa camne akak hadapi semua ni??

“rase la kak...tp ttbe mlm ni semua terhembur keluar…Allah…”

“Allah sedang berbicara dgn adek”

“so....jgn pening2 kepala.. bek fikir ape yg perlu kita buat tok habiskan masa..

jgn sia2kan n fikirkan tuk islam..”

Dan akhirnya hati ini terhibur dengan telatah kak long yang menghiburkan hati saya.. hati ini perlu bangun untuk Islam. Hasil kefahaman yang di terapkan sedikit demi sedikit oleh kak long. Akhirnya saya mendapat kefahaman…apa sepatutnya kita kena buat…dan sepatutnya kita lakukan.. Allah..izinkan aku ya Allah..

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...