Sunday, December 5, 2010

::kehidupan 2::


Saya melangkah keluar dari dewan perlahan-lahan selepas bertungkus-lumus menjawab paper yang terakhir ,berjalan dengan hati yang penuh keharuan. Melepaskan nafas perlahan-lahan. Selesai sudah pengajian saya selama 7sem,hampir 4 tahun berada di USIM. Perancangan saya selepas ini insya-Allah..akan praktikal pula..lepas praktikal??? waAllahu’alam cadang nak sambung study lagi..insyaAllah… moge diberi kesempatan dan rezeki selagi saya masih hidup di bumi Allah ini. Imtihan saya tadi berakhir dengan subjek adab ikhtilaf. Setiap kali keluar dari hall, mesti saya di tanya .. “ina…senang tak tadi…??” saya tersenyum. Tawakal je kak. “ina…jangan tengok akak ye…akak nak buka buku.. check jawapan..”saya tersenyum lagi. “ akak..tak yah check da…insya-Allah…betul semua apa yang akak jawab tu..”saya tergelak-gelak kecil.


Teringat subjek adab ikhtilaf tadi. Menjelaskan cara kita nak bagi pendapat dan menerima pendapat orang lain. Saya tersengeh-sengeh membaca subjek ni time study malam tadi. Semuanya terkena pada saya. Apa-apa pun,kalau ada khilaf antara kita..back to basic.. jaga dan kekal kan ukhwah. Teringat juga kata-kata angah. “jaga ukhwah yang x ternilai”. Seronok lak baca buku ni, ada gak word yang saya tak faham,sebab buku ni bahasa arab. Saya bukannya terer arab pun…hehe.. Bukalah kamus ya ukhti ina..memang dah buka, kadang-kadang maknanye lain..tak kena pula 2..hihihi…banyaknya alasan…;p.. owh…saya sangat jelez dengan orang yang terer dalam bahasa arab ni. Jadi, Sile lah berusaha ye ina…^_^.. buku ni juga mengatakan, Berhati-hati ketika nak jawab kembali jawapan atau pertanyaan dari seseorang. Jangan putus asa kalau orang tak terima pendapat kita. Bila orang tu bagi pendapat,kite berterima kasih, dan kalau kita bagi pendapat orang tu tak terima, bersabar, dan cuba lagi pada waktu lain…jangan tergesa-gesa ok.. dan jangan biarkan diri kite rasa kuat dan hebat.yang penting jaga ukhwah. Itu yang Islam titik beratkan.


Alhamdulillah,imtihan dah lepas. Nak jalan-jalan…nak siapkn tesis dan siapkan apa-apa yang patut… ya Allah…permudahkanlah segala urusunku..


Selepas lunch, saya dan seorang kakak menghadap laptop sama2. Share laptop,tengok facebook…x de keje…huhu.. mentang-mentang dah abis exam.


“ina…ya Allah… akak nak deactivate FB la…akak tak kuatlah nk tengok “fb” tu, ko rasa cam ne ina??”

“kenape nak tutup kak??, ape2 pun back to basic..”


“ina…ko ingatkan akak balik la.. akak da janji yang akak tak nak tutup , dulu akak tutup dan bila akak fikir2 balik…tak yah tutup balik…ignore je semua tu…tp sekarang akak tak kuat la…ya Allah…ntahlah ina…ntahla…”kata akak sambil menahan sebak.


Saya diam…


“ina…macam mana ni…??”


“senang je kak.. kalau akak rasa akak tak tenang…tutup je FB tu.. kalau dah rasa ada kekuatan..nak bukak balik,buka. tak yah fikir ape orang cakap..kite tau ape yang hati kite nak,ikut gerak hati akak. Ina pun macam tu gak sebenarnya,ina kalau bukak tutup semua tu bukan saje2..ape yang akak rasa, ina alami gak sebenarnya.”


“ ok!!! Ina…bukak FB akak jap…n deactivate kn sekarang…biarlah kawan-kawan akak nak cakap apa-apa”amboi, mengarah nampk…kui3..


Astaghfirullah…astaghfirullah…astaghfirullah… begitulah hati…kite hanyalah insan yang lemah. Hati manusia berubah2, ada kala hari ini baik, esok pula belum tentu, hari ini angin yang bertiup itu sepoi-sepoi bahasa, namun x mustahil blh b’tukar m’jadi puting beliung yang m’ganas.


Oleh itu, semua penilaian mengenai sseorg itu sifatnya relatif, boleh berubah-ubah seprti kenyataan Rasulullah SAW yang m’akui bahawa manusia dicipta dengan hati yang berbolak-balik sehingga Baginda mengajarkan umatnya supaya berdoa dengan sabdanya yang bermaksud:


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-Mu.” (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Ahmad)


Ya Allah...Engkau ampunilah daku...sesungguhnya aku lalai dan tidak upaya...malah aku insan yang lemah. kuatkanlah semangatku. berikanlah kekuatan untuk aku beramal ibadat kepada-Mu.. permudahkanlah ya Allah...ameen..


No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...