Tuesday, December 21, 2010

universiti tarbiyyah..



Masjid universiti di Shah Alam dari jauh nampak tersergam indah, dari dekat apatah lagi..SubhanaAllah…ramainye mujahid dan mujahidah di dalam masjid ni. hampir 700adik-adik..Jam menunjukkan ke angka 8.00pagi. Masing-masing sedang meluru ke dalam masjid, adanya sedang mengambil wudu’ dan ada yang sudah berada di dalam kedudukan saf. Comel-comelnya mereka. Kecil-kecil lagi dari umur 6 tahun hingga ke 16 tahun sudah di ajar tentang solat dhuha. Sambil menunggu adik-adik yang lain..kelihatan Ustaz Mahmud sedang mengetuai nyanyian nasyid zikir munajat dan selawat burdah. Selepas solat dhuha mereka akan breakfast sebelum memulakan kelas.


Khaulah memerhatikan setiap tindak tanduk anak buahnya. Bukan senang nak menjaga anak-anak yang seramai 300 lebih. Itu belum masuk untuk sekolah menengah. Hampir jam 10 pagi, khaulah kena bersiap sedia untuk ke kelas. Dia tak boleh lewat, adik-adik di dalam kelas sedang menunggu. Takut huru hara di dalam kelas yang kebanyakannya yang hyper active. Semuanya 30 orang. Khaulah dan ustaz rahmad diberikan tugas untuk menjaga 1 kelas yang sama. Masakkan khaulah senang dengan situasi ini. Sangat susah dia nak bekerjasama dengan ustaz yang baru balik dari morocco tu. Hanya sebab dia seorang lelaki dan malu yang sangat menebal dalam diri khaulah,lagi-lagi bila berurusan dengan seorang akhi. Tapi, alhamdulillah, selepas di brain wash time postmortem, dah le jadi flexible.


~sempat bergambr ~

Sebelum pembahagian kumpulan, ustaz rahmad memberi cadangan supaya adik-adik mujahid dan mujahidah di gabungkan. Khaulah bersuara tidak bersetuju. Kerana sebelum ini khaulah mendapat tahu tidak ada pencampuran. Dengan alasan yang rasional yang diberikan oleh ustaz Rahmad, akhirnya khaulah setuju.


Kebiasaannya, sebelum kelas bermula, khaulah akan membuat persiapan dengan mencari apa sahaja pengisian untuk diberikan kepada adik-adik. Khaulah adalah sejenis manusia yang mesti melakukan persiapan sebelum melakukan sesuatu, tak buat…hancur….apa-apa pun kembali pada Allah…kita tak tahu, Allah juga boleh memberi ilham kepada kita walaupun kita tak bersiap sedia. Allah itu maha Tahu dan Berkuasa.


Khaulah membuka pintu masuk dengan lafaz basmallah.

“Assalammualikum adik-adik”

“waalaikumsalam ustazah…”


Seperti biasa, sebelum memulakan majlis ilmu ini, khaulah meminta adik-adik khaulah membaca surah al-fatehah sebagai pembukaan majlis. Dan khaulah mengambil ruang dengan berkenalan dan bermesra-mesra dengan adik-adik yang comel di hadapan khaulah.


“baiklah, akak nak tanya,siapa kat sini yang dah baca quran. Akan tangan..” Alhamdulillah…hampir 98% yang sudah baca al-Quran. Dan khaulah lebih senang untuk menggelarkn diri dia kakak walaupun adik-adik ni memanggil khaulah ustazah. Yang masih baca iqra’ dan belum lagi boleh baca al-Quran, tugas itu diberi kepada Ustaz Rahmad.


“baiklah,,,akak nak adik-adik semua salin surah yang akak tulis ni. Dan adik-adik semua wajib hafaz, lepas dah hafaz…datang kat depan ,akak tasmi’ sorang-sorang” alhamdulillah, mereka mendengar kata. Setiap orang tekun menulis dan berebut-rebut untuk menghafaz..


Seperti kebiasaannya, adik-adik ni akan balik dalam pukul 5 petang. Dan sesiapa sebagai fasilitator akan datang ke masjid dari awal pagi hinggalah pukul 11 malam. Tak rehat. Lepas maghrib mesti ada meeting dan akan create modul untuk keesokannya. Balik dari masjid khaulah akan menyambung kejanya yang yang tertunggak…tesis.. Yup, ilmu baru yang khaulah dapat di sini. Rasa di tarbiyyah dan mentarbiyyah. Tegur-menegur sudah menjadi lumrah. Awal-awal lagi sudah di pesan supaya bersiap sedia untuk berlapang dada menerima kritikan.


Khaulah menjaga adik-adik di ruang solat Muslimah. Adik-adik ada yang sedang bermain-main. Khaulah cuba membetulkan sebaik mungkin. Tiba-tiba…seorang adik memanggil khaulah.


“ustazah, siapa nama ustazah…”


“nama akak…kak khaulah…”


“akak dah kahwin ke belum…”


“sudah….akak dah kahwin dah…dah ada anak dah…”khaulah tergelak-gelak sipu. Niat nak bergurau je.


“mana anak ustazah…??”


“ini lah anak ustazah,…”entah anak sapa entah khaulah tarik. Dan khaulah terus usap-usap kepala dia dan cium die.


Terus dia panggil saya ummi…”ummiiiii……”

Ya Allah…manja dia…comel pula tu… nama ummi akhirnya da sebati untuk diri khaulah. Ooohh…sayang nur natrah…sedapkan nama dia…tapi hanya dapat bermesra dalam 3hari sahaja.


Hari-hari last di masjid itu, sangat sayu sebenarnya. Adik-adik dah mula rapat dengan khaulah. Dan sebelum khaulah mengundur diri dari program itu. Ustaz rahmad meminta khaulah memberi sedikit wasiat untuk adik-adik. Tiba-tiba hati rasa sebak. Dan akhirnya…adik-adik menangis teresak.Allah... Khaulah menangis tak khaulah?? Allah….khaulah…khaulah…siapa tak kenal khaulah yang terkenal air mata yang murah…


Sampai di bahagian ruang muslimat.


“kak khaulah, adik-adik kak khaulah menangis,diorang kata akak hari ni last, diorang sedih…”


Allah…khaulah mendapatkan adik-adik tersebut…dan terus memeluk adik tersebut,serta memberi pujukan.


SubhanaAllah…alhamdulillah…semoga ilmu yg khaulah dapat di masjid universiti ini akan dapat memberi manfaat kepada orang lain insya-Allah.. esok khaulah akan ke program jambori nisa’ pula.. moga khaulah kuat…keletihan yang khaulah hadapi tak mematahkan semangat khaulah untuk berjasa pada org lain…insya-Allah…

~hidup biar berjasa~



~sempat merakam time suruh adik-adik selawat burdah bila masing-masing x le dok diam..hihihi~

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...