"Dunia ini cuma sebentar, fikirkan akhirat dan usah bersedih. Pastinya Allah telah menyediakan balasan yang terbaik untuk sesiapa yang dikendakinya".
Ada orang mengadu, kenapa hidupnya macam ni. kenapa hati tak tenang selalu. Macam mana nak tenangkan hati ni.
senyum.
koreksi hati.
Selfie diri.
Tidak perlu bertanyakan 'kenapa?' 'kenapa'.
Carilah Allah.
"Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat". (Surah Al-Baqarah, ayat 214)
"Sesungguhnya Aku amat dekat." (Surah Al-Baqarah, ayat 186)
"Dan sesungguhnya, kami mencipta manusia dan kami sedia mengetahui apa yang dibisiikan oleh hatinya, sedang pengetahuan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya". (Surah Qaf,ayat 16)
Nah! apa lagi mahu di cari!
Tadabburi surat cinta Allah.
Pastikan ketemu ketenangan.
Itu Fitrah.
Resah dan gelisah itu sebab dosa.
Tak pun terlalu fikir tentang hal dunia.
Letakkan pergantungan pada Allah.
Sungguh, melihat alam itu sahaja sudah memberikan kita motivasi.
Inilah dia motivasi daripada Ilahi untuk mencari ketenangan.
Ketahuilah bahawa kita tidak keseorangan,
sesungguhnya, kita tidak pernah sunyi,
Mari kita lihat kehidupan yang lebih besar daripada diri kita ini,
Sesungguhnya Allah s.w.t menemani.
:-)
"Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta.Berilmu bukan beerti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan.Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan.Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa.Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi "
Monday, January 19, 2015
Nostalgia
“Terkenang
sebuah memori lalu,
Kisah
persahabatan kita bersama”
Terkenang sesuatu, sambil layan
lagu nasyid nostalgia dari Shotul Amal. Lagu ni memang sangat touching, dengan
percussionnya. Membuai-buai diri ini untuk mengingati 1 orang yang pernah
bertakhta di hati saya.
Enti…yang pernah muncul dan rapat
dengan diri ini , tak akan pernah diri ini melupai diri enti.
Cuma, ana nak ucapkan terima
kasih banyak-banyak.
TERIMA KASIH,
BANYAK TOLONG ANA.
TERIMA KASIH,
SUDI BERKASIH SAYANG DENGAN ANA.
TERIMA KASIH,
JADI SEBAHAGIAN DALAM DIRI ANA.
TERIMA KASIH,
BANYAK BERKORBAN UNTUK ANA.
TERIMA KASIH,
TEMANKAN ANA KE MAJLIS-MAJLIS
ILMU.
TERIMA KASIH, MELUPAI IKRAR JANJI
PERSAHABATAN KITA.
JANJIIIIII…..
TERIMA KASIH SEGALA-GALANYA.
Moga Allah pelihara enti dan
sekeluarga.
Jaga diri baik-baik.
Jangan tinggal solat dan
al-Quran.
Alhamdulillah, ‘ala kulli hal. Setiap
apa yang Allah hadirkan dalam hidup kita bukan sia-sia dan saja-saja. Ada sebab
yang menjadikan hati kita supaya lebih rapat dengan Allah dan manusia yang
tidak ada apa-apa pun.
Berkawanlah, bersahabatlah. Tetapi
biarlah hubungan di jadikan sebagai wasilah untuk menjadikan kita lebih
sentiasa mengingati Allah. insyaAllah.
Tuesday, August 12, 2014
Ini Barulah sahabat..
Setiap
pertemuan pasti ada pengakhirannya..
berpisah kita atas jalan dakwah..
walau bertemu cuma sedetik.. Tapi ianya cukup bermakna..
suka duka..
nangis tawa..
gurau senda..
segalanya dikongsi bersama..
mengecas semangat yang kian pudar..
berkongsi pesan dan nasihat..
..sahabat yg baik adalah sahabat yang sentiasa ada kala senang dan susah..
kala futur menjengah..saling memberi kekuatan...
kala kaki tak mampu melangkah..
saling memimpin menuju syurgaNya..
walau kita jarang bersua
ingatan dan rindu sentiasa bertamu dihati...
ukhuwahfillah..
berpisah kita atas jalan dakwah..
walau bertemu cuma sedetik.. Tapi ianya cukup bermakna..
suka duka..
nangis tawa..
gurau senda..
segalanya dikongsi bersama..
mengecas semangat yang kian pudar..
berkongsi pesan dan nasihat..
..sahabat yg baik adalah sahabat yang sentiasa ada kala senang dan susah..
kala futur menjengah..saling memberi kekuatan...
kala kaki tak mampu melangkah..
saling memimpin menuju syurgaNya..
walau kita jarang bersua
ingatan dan rindu sentiasa bertamu dihati...
ukhuwahfillah..
Sahabat…moga
kau terus thabat..
Mengharap
redha Ilahi..
U.J.I.A.N
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”
Surat Al-Ankabut: 2-3
saat ini..
kita merasa lelah
kita merasa payah
namun sekalipun
kita takkan pernah menyerah
tangisan bukan bererti kita lemah
bahkan ia menguatkan langkah
beruntungnya kita,merasa
kelebihan anugerah Allah
walau hati tersiat duka
namun terselit sejuta bahagia
merasai nikmat ujian Allah
ayuh sahabat!!
kuatkan kakimu
untuk terus melangkah
di atas hamparan
penuh duri dan darah
biarpun payah..
kita kan bersama
menempuhi segalanya........
katakan pada hati
itu bukan ujian
tapi hadiah dari tuhan
utk mereka yg sejati
berjuang di jalan illahi....
#Teruslah kuat demi Islam
#Moga terus thabat
Sunday, July 13, 2014
Duhai Sahabat.
Bismillahirrahmanirrahim.
Umi.. masak apa tu?
Whatsapp dari adik saya terima.
Cuba teka, adik kat mana?
Alunan zikir istighfar Hafiz Hamidun beralunan
menandakan whatsapp dari adik masuk lagi, memang sengaja saya specifickan
ringtones untuk orang yang teristimewa di hati saya. Lambat sikit saya balas
sebab ada kerja sikit tu yang tak dengar.
Lalu saya
membalas. “ Rumah mama? Bazar?”
Dah itu je yang selalu dia bagi tau kat saya.
“Umi..!! adik kat bazar… adik on the way nak pergi
masjid ni dengan ustaz, ustaz kena bagi tazkirah/kuliah nanti” itu jelah selalu
dia inform kat saya. Selalunya masjid yang dekat-dekat dengan rumah adik.
“Adik…umi masak bihun sup tadi”
“sedapnya…” balas adik. Untuk adik tak ada pun nak
masakkan…untuk orang lain umi masak sedap-sedap je. sambungnya lagi.
Nak kena ni..kalau adik berkepit dengan umi siapa yang
masak ea?ahaks.
Apa yang adik nak umi masak je kan..
Lalu saya dapat gambar ni dari si dia.
“Ouh…adik kat masjid Shah Alam ye?”
Aah…dengan ustaz..ustaz join daurah kitab kat sini.
Saya terkedu kejap. Dan sebak. Sebab..sebab apa…nak
tau? Kalau tak nak tau tak yah baca..errmm…(tarik nafas jap)
Dulu…masjid nilah tempat saya dan dia tiap minggu
pergi. Tiap-tiap minggu masjid ni sangat meriah dengan majlis ilmu. Kadang-kadang
sanggup tidur rumah mak cik yang rumahnye memang dekat dengan masjid shah alam. Kami berdua macam belangkas. Adik ikut
je saya ke mana saya pergi. Nak je dia ikut mana saya pergi. Banyak kenangan
saya dan dia di masjid tu. Paling tak lupa. Tahun lepas, iftar dan iktikaf kat masjid negeri dengan adik. Bermalam
kat masjid. Malam tu siap-siap cari roti untuk sahur nanti. Sebab ramai yang
bermalam kat situ. Memang meriah sangat. Kalau bukan bulan ramadhan pula. Majlis
ilmu memang tak payah cakap,banyak je. Pernah juga bawa adik masuk join program
daurah. Nak adik rasai jadi fasilitator. Lepas tu kami akan jalan-jalan tengok
baju ke. Duduk-duduk kat situ. Erm..memang adik akan ikut jelah saya. Bila saya
pergi usrah. Saya memang angkut budak kecik tu.hihi. Adik macam redha je…ikut
mana saya pergi. So…bila teringat kenangan dengan adik macam sebak. Rindu sebenarnya.
:’( Adik memang cakap. Nanti kalau nak pergi ajak dia. Yelah, sebelum dia ada
anak kan. 24hb ni saya balik Selangor.
insyaAllah. Saya nak ke sana. Moga Allah izinkan. Rindu kepada masjid negeri
sentiasa mencengkam kat hati. Cuma bila dah tak ada adik, saya bawa adik saya
yang lelaki tu. Dulu pun bawa juga.
Saya harap. Moga ukhwah fillah ini menjadi bukti di
depan Allah.
Duhai adik dan merangkap sahabat ku sayang…
Di kala ada sepasang kekasih berdating di taman, kita
pula tidak sabar-sabar berdating dengan majlis ilmu penuh keberkatan. Jika sepasang
kekasih bercumbuan dalam sembunyi di bawah cahaya rembulan berdua-duaan jau
dari orang, kita pula berkasih sayang dalam bersembunyi dan terang tanpa takut
dan bimbang penuh kesucian. Jika sepasang kekasih sering memadu rindu atas
rangsangan nafsu kita pula berkasih atas landasan ukhuwwahfillah bebas dari
dorongan nafsu semata di naungi kasih pencipta.
Adik…moga kita berdua dik. Menjadi dua orang yang
berkasih sayang kerana Allah, berhimpun atau bertemu kerana Allah dan berpisah
pun kerana Allah. Moga hadis ini menjadi inspirasi kita berdua. insyaAllah. :)
p/s: Cuma dalam bersahabat dan berukhwah atau menjalinkan hubungan dengan siapa-siapa pun. walaupun antara suami isteri nanti. Banyakkan fikirkan kebaikan pasangan dari keburukan pasangan.
sebelum mengundur diri. Ampun maaf saya pinta jika tersilap bicara. Doakan saya ye.:')
Monday, July 7, 2014
Ramadhan, Adik. Buku. Birthday girl.
Bismillahirrahmanirrahim.
Rasanya tak
terlambat untuk saya mengucapkan salam ramadhan kepada seluruh ummat Islam.
Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini, InsyaAllah. Yah, bulan yang
mulia ni juga menguji diri kita bagaimana tahap eskperasi cinta kita pada
Allah. Adakah pada tahap yang biasa-biasa sahaja. Sama ada, hanya berpuasa di
siang hari dan berbuka menjelang waktu berbuka tiba. Dan juga, sama ada kita
berada di tahap di mana kita tarasa teruja untuk menjadikan ia wasilah untuk
diri kita lebih cinta dan takutkan Allah. Bersahur,Bersedekah, berpuasa di
siang hari, bertadarrus, qiammullail dan melakukan segala kebaikan. Kerna kita
mengetahui bahawa sedikit mana pun kebaikan yang kita lakukan pada bulan yang
penuh mulia ini, Allah akan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda. Insya
Allah.
Bila
fikir-fikir balik, takut. Mana tahu ini adalah ramadhan terakhir saya. Saya
mengalami situasi di mana, saya takut tumpuan saya terjejas. Banyak sangat
kejutan sebelum ramadhan. Pindah sekolah, nak pindah rumah, cari rumah sewa.
Semua di buat dalam awal bulan ramadhan. Hampir 2 minggu lebih berulang alik
dari batu pahat ke Yong Peng sekolah baru saya. 45minit saya kira setiap hari.
Bertabahlah saya setiap hari. :’). Alhamdulillah… Allah sangat baik. Dia
permudahkan segala urusan saya. Dan sekarang saya perlu focus pada kerja saya
sekarang dan tanggungjawab saya.
Bersyukur sangat dapat sekolah yang best, rakan guru yang sporting. Tak sampai
sehari saya dapat masuk dengan mereka. Sekolah kecil, murid pun sikit. Senang
saya nak focus ajar anak-anak murid ni. J
Alhamdulillah, awal cuti hari tu Allah izinkan saya berjumpa dengan adik malah merangkap sahabat kesayangan saya. Dah lama tak jumpa. Mestilah
rindukan. Yang si adik ni pun satu. Nak jumpa pun siap nak fight dengan kita
kan. Cakapla rindu juga. :-p Alhamdulillah, walaupun dia dah kahwin hubungan
kami tetap macam dulu juga. Dah nak hampir 4tahun persahabatan kami. Rancang
nak ziarah je. Siap bawa adik-adik yang kecil ni. Keluar pukul 10.30 sampai nak
dekat pukul 3.00 petang. Sadis tak? Cari pizza homemade. Tak nak pizza hut yang
selalu keluar iklan tu. Last-last sesat. :’( . saya memang raja sesat.
Alhamdulillah, jumpa juga. Kesian adik
saya haziq yang 4 Tahun. Membebel je. Kak ina…haziq takut. Adeiii… :’). Adik…Allah
kan ada. Jangan takut.
Sampai je
rumah adik, adik cakap ustaz belum balik solat jumaat. Sebab kami rancang nak
pergi rehlah di Ulu Yam. Punyalah beli makanan berkelah.hehe. seronok tengok
adik-adik mandi dan main air. Saya just duduk atas batu dan snap gambar je.:-p.
tak rancang nak bermalam di rumah adik. Tapi depa pujuk juga suruh bermalam.
Mak dah pesan awal-awal jangan balik malam. Last-last memang dah agak dah, mak
mesti call. Saya minta adik yang cakap dan minta kebenaran pada mak untuk
bermalam. Kalau dengan si dia ni, mak okeyyyy jeee…(sambil jelir pada adik,
werkk).hehe.
Malam tu
keluar makan steamboat, dekat je dengan rumah adik. Ustaz join sekejap je.
Ustaz memang selalu bagi ruang dan peluang kami bersama. Sebab ustaz kata nanti
kalau dah kahwin susah nak macam ni laagi. Melainkan dapat suami yang memahami.
Hehe. Dan…dan.. tiba-tiba dapat ilmu sikit tentang ilmu rumahtangga.kehkeh.
ustaz cakap, nanti ambil buku kat rumah tu. Buku tu ada dua. Tajuknya surat
terbuka untuk para Isteri, dan Surat Terbuka untuk Para Suami. Terima kasih
Allah, terima kasih adik dan zauj.
Lepas
makan, pergi ke econsave. Padahal dah nak pukul 10 malam dah. Pergi bahagian
baby. Cari baju baby untuk baby adik , merangkap anak angkat saya.ngeee..hehe..
tak penat pula mak buyong ni berjalan. Tak apakan dik, bukan selalu. Yang
paling kelakarnya.
“Umi, adik
tidur dengan umi tau”
“Mana
boleh, adik dah kahwin, adik kena tidur dengan suami lah. Isteri kena berada di
sisi suami.
Tak ada. Umi tidur dengan emi dan haziq”
“tak
apalah, adik nak tidur dengan umi juga, peduli apa adik”
Yelah dik,
apa-apa aje lah kan. Dulu adik banyak berkorban untuk umi, sanggup redah KTM
semua. Naik bus untuk sampai ke rumah umi. Memang terharu. Sekarang ni tak
bolehlah. Kadang-kadang lepas kahwin adik ada juga datang tidur rumah , tapi
saya kena ambil dia. Dah isteri orangkan. Dan sekarang, saya pula akan ke sana.
Tempat adik. Kalau tiap kali cuti sekolah. InsyaAllah, moga Allah pelihara
hubungan dan ukhwah fillah kami hingga di depan Allah nanti. Biiznillah.
Adik…terima
kasih untuk buku aku ada wali karya kak Fatimah Syarha. Adik macam tahu je saya
tak beli lagi. Sebab saya tiap-tiap tahun memang beli. Saya Peminat karya Ustazah Fatimah Syarha. Buku Ni
bukan sekadar novel. Dia Padat dengan ilmu,lagi bab feqah. Cuma buku pemilik
cinta setelah Allah dan Rasul saya hilang. Tak beli-beli baru lagi. Sayang kot
buku tu. :’(. Dah banyak kali saya khatam plus hadamkan betul-betul. Sebab apa?
Buku-buku ustazah banyak mengajak remaja di luar sana membaiki diri dan menjaga
ikhtilat antara muslimin dan muslimat. Sama ada belum bertunang, dan dah
bertunang. Bila baca sokmo. Kita seperti meletakkan diri kita di dalam watak
novel tu. Serius. Ini bukan main-main. Sampaikan nak berurusan dengan lelaki
pun saya kena fikir banyak-banyak. Ni urusan atau tak. Fikir dalam-dalam, nanti
depan Allah nanti nak jawab apa? Sedar tak kita apa yang kita buat walau
sekecil zarah akan di persoalkan oleh Allah. Kalau kita ada alasan untuk di
bentangkan di depan Allah, silakan berurusan. Tak kisahlah orang nak kata saya
syadid ke tak. Dah lali. Tak apalah, Allah lebih tahu dan lebih faham. Baikkan
Allah. :’)
Ya Allah,
panjang pula saya membebel. Tengok jam dah pukul 12 lebih. Oklah nak tidur,
esok 8hb Julai pagi-pagi kena bangun. Esok kan besday girl. :p . doakan khusus
untuk diri saya boleh? norsufazreena binti sulaiman. Doakan saya kuat, sabar
dan tabah menjadi hamba Allah yang beriman. Jadi wanita solehah. Jadi anak
solehah. Jadi umi dan Isteri yang solehah satu hari nanti. Jadi manusia yang
bermanfaat untuk ummah. Semoga Allah makbulkan doa-doa kalian semua. Ameen…ameen
ya Rabbal ‘Alamin.
Tuesday, June 10, 2014
Jalan-Jalan di UIA.
Bismillahirrahmanirrahim.
Janji
dengan adik di UIA dalam pukul 11 lebih selepas dia habis imtihan saya akan
bertolak dari rumah. Tapi terpaksa di tunda masanya kerana ada kerja rumah yang
perlu selesaikan sebelum keluar rumah.
Dari rumah saya ke UIA dalam sejam lebih je , bawa kereta perlahan memang
lambat sampaila. Kalau yang bawa kereta laju boleh sampai lagi awal kot. Lepas
zohor, siap-siap semua saya pun bertolak ke UIA. Lama sangat tak jumpa adik
yang solehah ni selepas kami pernah berprogram bersama.
Niatnya nak
ziarah kejap je. Lepas tu akaN ke Shah Alam untuk bermalam di rumah mak cik,
dan esok nak ke Masjid Shah Alam. Saya rindu masjid Shah Alam. Cuti ni tak
dapat join. Mungkin cuti bulan 12 jika Allah izinkan. Biiznillah. Last-last
bermalam juga di UIA tu. MasyaAllah..banyak sangat cerita kami bualkan. Yang
bestnya bukan bual lagho-lagho dan kosong-kosong. Bual tentang Islam dan gerak
kerja dakwah. Alhamdulillah.
Kenal adik
ni masa zaman muda-muda dulu. Dia tegur saya kat FB. Dah lama dah. Dia Tanya
macam mana nak masuk Nisa’. Sebab dia duduk Sabah. Sekarang. Dia dah jadi orang
hebat saya kira. Tahniah farah!
Teringat
masa malam tu. Kami makan burger sama-sama. Kenangan yang manis bagi saya.
Sambil tak henti berbincang. :’). Walaupun
adik, dia Nampak matang dan berkaliber. Teringat satu malam tu.
Teet…teet..
whatsapp saya berbunyi.
Tengok-tengok
farah yang bagi. “Akak…farah ada hadiah untuk akak. Nah..”
Nak tahu tak
apa? sebuah lagu yang memang sweet.hehe.
Masa nak
balik tu, farah ada bagi something kat saya. Alhamdulillah...dapat buku.
Niiii…. J ( Dengan perasaan yang penuh
bahagia)
Alhamdulillah…
Allah izinkan kami berjumpa. InsyaAllah.. hujung tahun ni kita berjumpa di
Johor pula yerp. ;).
p/s:
Carilah sahabat yang benar-benar ikhlas untuk bersama kita. Yang mempunyai
matlamat untuk bersama-sama menuju redha Allah. Dan kat akhirat nanti dapat berpimpin
tangan ke syurga bersama-sama, siapalah kan yang tak nak jadi golongan VIP nanti. J
Sunday, June 8, 2014
Terharu
Bismillahirahmanirrahim.
Apa Khabar
Iman sahabat hari ini? Alhamdulillah moga sentiasa ada peningkatan. Kalau ada
rasa down usahalah untuk tingkatkan semula. Sebabnya memang fitrah dan lumrah
manusia, naik turun iman seseorang hamba itu untuk menguji diri kita. Bila rasa
kosong. Hati tak best tu. Cepat-cepat cari Allah. Cepat-cepat spend time dengan
masa yang agak lama untuk menangis dan merintih pada Allah. Minta Allah
kuatkan. Minta Allah bantu. Bukan pergi kepada manusia menangis dan
merintih-merintih. Gulp! Boleh. Tapikan..bila kita dah luah kat Allah amat
jarang kita meluahkan pada manusia.yang penting luahkan sepenuh hati dengan
jiwa ragamu. Cewwaaah..!! Toib..
Minggu cuti
sekolah ni. Hamper 3 minggu juga cuti. Tapi macam tak cuti pun sebenarnya. Ada
juga program-program yang perlu hadiri. Plus kerja yang banyak! Memang terbaik
dan best!( sila baca dengan nada memerli).
Termenung
kejap.
MasyaAllah…
rasa terharu dan bersyukur sangat
mempunyai sahabat dan kakak-kakak yang baik hati. Honestly, saya mempunyai
tabiat yang kadang-kadang payah nak bagi mesej dan call sahabat-sahabat
terlebih dahulu. Sebenarnya dah banyak kali kena marah. (nangis laju-laju).
“ Nak
harapkan ina call akak. Entah bila la kan”.
“ Nak
harapkan kak ina call dan mesej dulu, jangan haraplah”
Uwaaaa…
Egokah
saya?! Egokah saya!!??
Iye…saya
suka menunggu. isskk…isskkk..
Tapi…tapi
kan… bukannya tanda saya tak ingat dan lupa. Kadang-kadang bila dah rindu tahap
supersaiya. Memang saya call dan mesej. tengok mood sebenarnya. ><. Dari dulu kawan saya ramai yang lebih
tua usianya dari saya. Dan sampai sekarang kakak-kakak tempat saya belajar dulu
still contact saya. Rajin mereka call. Mesej. Tanya khabar. Padahal mereka dah
kahwin pun. Ukhwah yang sangat mendalam bagi saya. Lagi dalam kalau nama
sahabat kita sentiasa dalam doa kita.
Teringat
cerita di mana seorang sahabat pada zaman dahulu. Kalau sahabatnya ada 100. Dalam
doa tu dia sebut satu persatu nama sahabat tu . Masya Allah. Ajiiib. Lagi hebat
Allah. Jadi, rajin-rajinlah kita sebut nama-nama sahabat yang kita sayang dan chentai itu. Baiklah. Saya akan sambung untuk entry yang lain mengenai ukhwah.
insyaAllah. Biiznillah.
Thursday, April 3, 2014
Ada apa dengan baju.
Hari itu, seperti kebiasaannya dia bersiap-siap awal untuk ke sekolah. Minggu itu minggu unit beruniform. Maka guru sekolah di Negeri itu di galakkan untuk memakai baju Uniform. Dia mencapai bungkusan baju yang tak pernah di buka selama 2 bulan. Itu pun di belikan oleh rakan guru di situ. Dia membelek-belek baju itu. Esok nak pakai baju ni. Basuh dulu. GPK Koko pun asyik pandang lain macam sebab selalu pakai baju kurung dan t-shirt Muslimah. Seperti nak pergi jalan-jalan agaknya. Kokorikulum 2 hari. Hari ni pakai baju kurung, esok pakai baju uniform. Sebelum ni tak pernah pakai baju uniform . Pakai baju t-shirt Muslimah je untuk memenuhi syarat sempena hari kokorikilum.
Esoknya, dia menyarung pakaian tu. Nampak tidak ada ketenangan di situ. Hati mula resah. Semua tak kena. Nak menangis pun ada.
“Erm…kenapa pula ni?”
Terus sahaja dia keluar ke rumah dan menyarung kasut ke sekolah dengan perasaan berbaur.
Hari tu semua tak kena.
Aku tak biasa ni. Monolognya dalam hati. Rimas.
Rasa berdosa. Rasa dah langgar syariat Allah. Padahal tutup aurat.
Hanya kerana baju itu tidak melebihi paras bawah lutut. Jalannya kekok tidak kena. Maka pada hari itu dia mengisytiharkan bahawa dia tidak akan pakai baju itu sampai bila-bila. Jika ia tidak kena pada hati, masakan hendak meneruskan juga. Iman kamu itu sedang berbicara.
Begitulah sebenarnya kehidupan kita. Buatlah sesuatu dengan mengikut fatwa hati kita. Allah bagi kita membuat pilihan. Tetapi pilihan itu biarlah seiring dengan kehendak Allah dan pimpinan dari Allah. Bagi sesetengah manusia meletakkan pakaian tidak memainkan peranan apa-apa. Pakaian sebenar kita adalah taqwa. Tetapi ia sebenarnya memberi juga gambaran kepada si pemakai. Ketenangan hati kita. Keselesaan hati kita. Yah.. Bergantung pada diri si pemakai. Maka asalkan tidak melanggari batasan dan syariat Allah. Jagalah kehormatan dirimu wahai Muslimah.
Tentang Jodoh-Ustazah Norhafizah Musa-
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum w.b.t...
Bercakap tentang soal memilih jodoh, teringat kisah benar
Ustazah Norhafizah Musa bagaimana dia setuju untuk berkahwin dengan suaminya,
Dr Azhar Yaakob.
Ustazah ada ceritakan di dalam satu ceramah di UIAM,Gombak
di bawah tajuk “Gown & Tuxedo: The Beauty of Me.
Kata ustazah :
“Dalam bab memilih jodoh ni, ustazah ada memiliki
kepercayaan dan keyakinan sendiri yang ustazah pegang sangat. Bahawa jodoh ini,
yang terbaik, mohonlah dengan Allah Azzawajalla. Ustazah percaya sangat dengan
Allah, minta dengan Allah. Minta dari sekarang, “Rabbi Habli Minassolehin.” Ya
Allah, kurniakan aku keturunan yang soleh-soleh. Nak keturunan soleh, mak kena
soleh. Nak keturunan soleh, pasti kita dapat suami yang soleh. Sebab kita
mintak seluruh keturunan kita, ada lagi darah daging kita walaupun tujuh
keturunan, soleh belaker. Kita mohon dengan Allah, jumpa insyaAllah. Kalau tak
jumpa kat dunia, pun kat akhirat. Allah jawab kita punya permintaan.
Sebelum umur ustazah 18 tahun, ustazah bergelumang dengan
pakwe makwe, tapi lepas umur 18 tahun, memang tak de langsung dah. Takde. Duduk
belakang pintu pun dua kali je kot. Tu pun nak bagi fail. Di Yarmouk, di bawah
persatuan Permaya namanya, jika berhubung dengan lelaki, akan ada tabir. Memang
tak ada pergaulan bebas langsunglah.Ustazah harap anak-anak ustazah tak ikut
perangai mak dia yang dulu-dulu tu.
Dan selepas 18 tahun, inilah doanya.
Ya Allah Ya Tuhan, sebagaimana kawan-kawan aku yang lain,
aku nak juga jodoh yang baik. Aku yakin dengan Engkau ya Allah.
Selepas usia ustazah 18 tahun, bercakap dengan lelaki
melalui telefon pun takde langsung. Malah,setiap kali ada urusan dengan
laki-laki, Allah je yang Maha Mengetahui, ustazah rasa masa silam yang
ustazah lalui itu, cukuplah tak nak ada hubungan apa-apa dah. Berdoa saja
dengan Allah. Dalam keadaan tak kenal, mana satu Arshad, mana satu nama ni,
macam mana nak kawen? Siapalah orangnya, siapalah yang nak. Tapi Allah mengatur
jodoh ustazah. Ustazah istikharah,istikharah,istikharah, yakin dan percaya,
betul agaknya, hati tu kuat mengatakan ini jodohku. Terima sajalah, dan minta
Allah mudahkan segala jalan.
Walaupun mula-mula, datang orang ni sorang, kita kata tak
hensem, tak nak istikharahlah. Bila sembahyang kita kata, “Kenapalah aku ni,
tak jujur dengan Allah. Kata nak mintak Allah carikan. Kata nak percaya dengan
Allah.” Tapi, banyak juga campur tangan taste kita kan.
Ustazah istikharah jugak, tak kiralah sape pun. Istikharah,istikharah,
sampailah datang seorang jejaka., yang sungguh macho sekali. Datang seorang
jejaka tu, yang ustazah memang berat hati, tak naklah yang ni. Dahlah orang
jauh apa semua. Tapi, kita jujurlah dengan Tuhan, kita istikharah. Akhirnya
Allah meletakkan dalam hati tu, keyakinan yang tidak dapat digugat-gugat.
Ustazah katakan, inilah jodoh yang Allah pilihkan untuk ustazah. Dan
alhamdulillah, yang pilihan Allah itu, semakin lama kita melalui kehidupan,
semakin terserlah bahawa inilah pilihan istimewa dari Allah untuk ustazah.
Seorang suami yang boleh bangun malam, pakaikan pampers anak, ustazah nak pergi
ceramah, dia tolong buatkan nota-nota. Tak pernah komplen nak pergi mana, nak
pergi mana. Dia kata, dalam Lembah Klang, nak sampaikan dakwah, pergilah,
takpe, Anak-anak dia boleh uruskan.
Baru beberapa tahun kawen, dia hadiahkan seorang bibik.
Pembantu rumah untuk memudahkan kerja sebagai seorang isteri. Pada ustazah,
pilihan dari Allah itu, yakin dan percaya itu yang terbaik. Jadi, jangan takut,
saya tak bergaul dengan laki-laki, jadi takde jodohlah saya. Tidak. Mohonlah
dengan Allah Azzawajalla.
Subscribe to:
Posts (Atom)
~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~








