Monday, August 31, 2009

Delete sudah friendster ku..

Satu malam tu,saya buka friendster saya n tengok sape yang view saya. Tiba-tiba terkedu dan terasa mujahadah saya selama ni terganggu bila orang yang pernah cemuh saya,sakitkan hati saya, view friendster saya. Saya cuba tahan perasaan saya. Saya terus buat keputusan untuk delete fs saya. Tapi lama juga saya fikirkan,tiba-tiba laptop ni buat hal pula,tak le nk connect internet bila saya nak delete fs nie. Tp ym still lagi le guna. Saya terus bagi mesej ym kat k.jie mntak tolong delete kan..dah x tertanggung rasanya tahan perasaan ni.(rupa2nya hati aku tak kuat lagi). Tapi nampak k.jie cam bz je.Tu pun saya masih ragu2 lagi nak delete ke x nak.. Lepas tu saya bg tau k.jie,tak jd nk delete.nanti2 la…

Macam sayang je,saya ni da lah suka tengok gmbar sahabat2 yang lain..sebelum ni pun saya dah pernah delete fs. Mcm banyak pula laghonye time tu.. lepas tu saya buat balik jap,dengan sebab2 tertentu.Lepas sbb2 tertentu tu da selesai,saya nak delete. Tapi sahabat2 yang lain x bagi..ok,x pelaa..saya biarkan je.. Berbalik tentang tadi..sementara saya tunggu respon k.jie. saya call kakak classmate saya,k.ju.

"Salam k.ju…"

"Waalaikumsalam"

Terus saya serbu k.ju dengan beberapa soalan…"nape ye k.ju suruh kita delete fs dulu??"
"entah la ina,akak rasa cm buang masa je dengan semua ni,bile kita nak cari bahan untuk asgnment, Lepas tu selit2 dengan fs tu,kan da amik masa..nak carik benda lain,tapi bukak benda lain…n kadang2 akak sakit ati gak tgk fs kawan2 akak ni"

"laaaaa..nape kak…???" macam lebih kurang je cerita saya dengan k.ju ni..

"yelaaa..benda yang menyakitkan hati kita,jadi akak x nak tgk,n akak wat keputusan nak delete la.."

"Aaah…betol la tu k.ju…k.ju…sakitnya hati kite ni tgk fs die…" k.ju yang memang da tau tentang saya ni,sentiasa terus menerus bagi nasihat dan semangat kat saya. Syukron k.ju!!!

"ermmm…ina..dalam kes ina ni..akak rasa memang patut ina delete fs tu. Buat ape kita nak sakit ati tentang ni kan.. Daripada buka2 fs ni, lebih baik bukak benda2 lain yang berilmiah,cam bukak blog ke..lagi2 dalam bulan ramdhan ni,kita kena tarbiyyahkan diri kita ni…mujahadah…kuatkan diri tu…"

Alhamdulillah,dah ada yang bg semangat…"ok kak,terima kasih!!!.. yup,saya nak delete gak!! Lepas dah sesi interview dan borak2 jap dengan k.ju terus saya nk delete secpt yg mungkin.

Mana k.jie ni? Saya nie dah la jenis yang nak cepat je, saya suruh pula sahabat saya tolong delete kan.. Alhamdulillah,dia da deletekan. Syukron ustaz wan. Sambil tgh suruh nak delete tu,sempat lagi die ckp.


"Erm tu la..kan dari dulu dah suruh delete...."

"ni nape tiba2 nak delete?? X nyesal??

"laaa…wat pe nk nyesal…

"erm…tu laa,kalu nyesal pun da tak gunakan.."

Saya pun dah x kisah dah,sebabnya dah tak rajin nak bukak benda2 tu. Mcm dulu memang rajin sangat2,kalu kt sek menengah dulu, saya rasa saya orang yg pertama ada fs tu. Lepas tu,kawan2 lain mntak tlg ajar dan tlg buatkan. dan memang active sgt2 la dengan bende tu.. Tapi x pe la…tak penting pun. kepada sahabat2 saya,terutama izzati dan fazlin.. "maaf…kita terpaksa delete fs kita ni.."

p/s: Hidup perlu diteruskan,Allah sentiasa bersama kita…

Saturday, August 29, 2009

Keluarga dan Marhalah


















Pelbagai soalan, persepsi yang mnyatakan dimanakah terletaknya perjanjian kalimah kita,dan ada yang tidak dapat menerimanya kerana takut apabila membaca. Saya juga mempunyai perasaan tersebut, nasihat saya ialah, kita semua mempunyai kekhilafan akhlak dan lain-lain. Lupakan yang lama dan bermulalah dengan nafas baru yang bernama Iman. Itu yang terbaik. Jaga diri dan lihat keseluruhan, ertinya muhasabah.

Toib, hari ini ingin saya berkongsi mengenai keluarga. Apa itu keluarga? Keluarga ialah adanya kedua orang tua, adik beradik dan sebagainya. Ada yang nukleus dan ada yang tidak. Dalam konteks ini, pmbentukan masyarakat yang harmoni adalah bermula dengan keluarga. Pembentukan keluarga yang harmoni adalah bermulanya dari kita sendiri. Keluarga ini bukan sahaja pada kita sahaja. Antara kawan-kawan kita, pada orang lain, pada yang bukan islam juga, kita anggapkan sebagai keluarga. Bahasa arab dinamakan sebagai Usrah.

Apabila kita berada di universiti. Keseorangan. Selain daripada hal dunia sahaja, seseorang itu juga perlu dari segi spiritual, motivasi dan sebagainya. Orang yang berkongsi dan membantu diantara satu sama lain. Ingat tak syahadatul haq??Kita tak boleh pentingkan diri sendiri. Kita perlu bantu antara satu sama lain walaupun bermusuhan sekalipun. Musuh adakah kerana Islam??Sekiranya hal peribadi, nasihat saya setelah pelajari sosial dan emosi manusia di dalam kelas, nasihatnya ialah, lupakan dan matangkanlah iman. Sabar dan perbanyakkan zikir.



Toib. Usrah itu adalah keluarga. Dimana satu pembentukan ke arah ikatan yang kuat, ukhuwah yang manis,dimana..mengikut jalan Allah swt. Syamil wa mutakamil. Power orang kata. satu ikatan,kasih syg kerana Allah dan lain-lain yang paling padu mengikut unsur-unsur yang disemaikan di dalam keluarga tersebut atau usrah. Umpamanya, main bola sepak. Cuba lihat semangat dan keakraban apabila main bola sepak tersebut. Bagaimanakah auranya. Begitu juga perasaan kita, semangat kita terhadap orang lain.
“Akak, usrah ni,macam blaja jadi sufi ke”. Bukan. Kalau sekolah pondok melahirkan tahfiz, ulamak dan sebagainya. Usrah ini melahirkan generasi berwawasan tetapi seiring dengan pembentukan dari Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan melahirkan golongan yang mempunyai akal tetapi berdiamkan diri, tetapi melahirkan seorang muslim yang unggul yang dapat berfikir dan dapat menunaikan kewajipannya sebagai seorang umat Islam dimana duniyya wal akhiratnya dapat diseimbangkan.

Contohnya, “saya belajar kerana Allah swt”. Jawapan skema orang kata. Tetapi, adakah benar-benar kita belajar kerana Allah. Adakah kita benar-benar melupakan yang lama, dan mulakan dengan perkara baru. Amar makruf nahi mungkar. adakah benar-benar kita menjaga hati kita dari perkara-perkara yang Allah tidak suka tetapi hanya menjaga luaran sahaja. Umpamanya seperti ini.

Jadi, muslim yang lahir dari keluarga atau usrah ini akan mencari dunia tetapi dengan cara atau batasan-batasan yang disyariatkan. Maksudnya, sekiranya dia pelajar, tanggungjawab dia adalah belajar. dan pada masa yang sama, dia juga perlu tunaikan kewajipan dia dan melakukan apa yang diperintah oleh Allah swt. Saya tidak reti untuk terangkan, tetapi seperti ini, apa beza orang islam yang berjaya mendapat 4.00 tetapi tidak solat atau langgar perintah Allah dengan orang islam yang berjaya mendapat 4.00 bersama keberkatannya. Cuba renungkan.

Usrah mempunya beberapa proses. Proses pengenalan di panggil marhalah ta’rif. Kalau antum nak berkenalan dengan seseorang atau bercinta, mesti ingin tahu semuanya kan. Begitu juga dalam proses atau level pertama ini. Bunyi arab sikitlah, cuma prosesnya adalah, proses pengenalan. Mengenali Islam itu apa sebenarnya. Siapakah diri kita dan lain-lain.

Cukup setakat ini tazkhirah saya yang tidak seberapa sgt. Maaf sekiranya penulisan ini tidak dapat memberikan gambaran yang jelas di hati antum. Insya Allah, sekiranya kita dapat berjumpa. Atau inginkan lebih penjelasan, Insya Allah, sama-sama kita berkongsi dan bantu di antara satu sama lain.

Biarlah kita bermula dengan sedikit, tetapi, semangat kita pada Allah swt..iman kita..subhanallah..tidak pernah akan luntur selamanya. ameen. wassalam

Next Tag...(^_^)

Dapat lagi tag.. ni dari k.jie plak..syukron k.jie..(^_^)

1) Nama timangan anda?
Ramai yang panggil Ina..family pun panggil ina.. adik2 panggil kak Ina.. tapi ade juga kawan-kawan yang panggil 'su'..mana2 je..asalkan x panggil name yang pelik2 dah la..

2) Anda seorang yang...?
pendiam n simple person..

3) Insan yang teristimewa?
mestilah mak ayah saya n nenek saya…dan adik-adik.. istimewanya mereka k.jie..sayang sangat..hehehe..

4) Lagu kesukaan?
of course la mawaddah songs..!!! ina suka sangat lagu dorang k.jie..dan lagu yang menenangkan hati saya (^_^)

5) Makanan kesukaan anda?
Apa-apa je..tak kisah pun janji halal..

6) Sikap yang membuatkan ana stress?
Bila ada orang push saya.. automatic jadi stress.. tapi sebenarnya hidup ni tak perlu lah nk stress2 kan k.jie..

7) Warna kegemaran anda?
Suka sangat dengan colour pink..n merah..

8) Benda yang mesti ada dalam beg?
Beg apa? Kalau beg pergi kuliah…buku..purse..cermin..bedak...telekung..tisu.. macam-macam laa..Kalu handbag pun lebih kurang cm tu la.

9) Kali terakhir anda menangis?
Bila ye? Entahla..xpasti.. sekarang ni pun tengah nangis..huhu

10) Tag untuk 6 rakan anda
Tira (uia)
Ilyas(ukm)

Thursday, August 27, 2009

Menanam Benih Taqwa

aiwah!! sahabat yang saye kasihi..pernah x kita terpikir..macam mane nk timbulkan ketaqwaan dalam diri kita..pernah ke kita tertye2 kt dalam diri kita,kita ni bertaqwa x..??waallahualam..hanya Allah sjalah yang dapat menilai semua itu..dan kita sebagai hambaNYA yang hanya menumpang di muka bumi ini patut berusaha ke arah itu..berusaha..dan berusha.. sya nk share sedikit ilmu kt sini..moge2 dpt m'beri manfaat kepada saya dan shabat yang saya sayangi..insyaAllah..
Rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan adalah benih taqwa. Bagaimanakah dapat kita tanam benih taqwa ini hingga tumbuh batangnya, dahan, ranting, daun, bunga dan buahnya? Kalau kita tidak pandai menanam benih taqwa ini, bagaimanakah kita hendak dapat pokok dan buahnya? Setelah kita faham rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan, termasuk rukun-rukun tambahan atau rukun dalam rukun di dalam rukun-rukun itu, macam mana hendak kita buat supaya ianya mendatangkan hasil. Supaya Islam kita itu rendang dan lebat buahnya. Dilihat indah dan orang gemar dan rindu padanya. Kalau Islam benar-benar ditegakkan atas dasar taqwa, ia akan kelihatan cantik dan indah. Orang kafir pun akan suka dan rindu dan tidak tertahan-tahan untuk masuk Islam. Orang kafir tidak akan menghina Islam kerana fitrah manusia itu tidak menghina sesuatu yang murni dan indah kecualilah orang kafir yang hasad dengki dan berfikir kalau dia masuk Islam, dia akan rugi.

Untuk mempastikan benih taqwa itu ditanam sampai tumbuh dan melahirkan pokok dan buah, itulah kerja kita setiap hari. Dari bangun tidur hingga kembali tidur. Dalam kerja dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita oleh kerajaan dan jemaah, sama ada sebagai pengarah, pegawai, pengurus, kerani, petugas, guru dan sebagainya di berbagai bahagian dan jabatan. Kalau kita bertanggungjawab, tidak curi tulang, tidak buang masa, kerja kita sungguh-sungguh, ada kasih sayang, tetamu dan pelanggan dilayan dengan baik, bekerja pula di atas syariat Tuhan kerana takut dan cinta Tuhan, maka itu menanam benih taqwalah namanya. Ia akan melahirkan batang, dahan, ranting, daun, bunga dan buah taqwa. Itu baru tugas kita yang rasmi. Apatah lagi dalam apa yang kita buat di dalam hidup kita seharian yang berbentuk tidak rasmi. Di sini lagi banyak benih taqwa yang dapat kita tanam. Contohnya, kalau nampak sampah di premis, kita buang. Kita nampak duri, paku, serpihan kaca atau najis diperjalanan, kita buang. Kita mentadbir dan mendidik keluarga. Kita berjiran. Kita berkawan. Itu semua adalah menanam benih taqwa..

p/s:Allah menilai mnusia melalui ketaqwaannya..

Friday, August 21, 2009

Ahlan wasahlan marhaban ya ramadhan



Ramadhan al-mubarak..
Kedatangannya penuh berkat
Kehadirannya penuh rahmat
Ketibaannya di nantikan
Mari bersama meraikan
Ramadan bulan maghfiroh
Keampunannya mencurah2
Di dalamnya terkandung hikmah
Lailatul qadar pahala berganda


Isi lah rumah dan perbanyakkan amalan.
Bacala alquran…terawih kerjakan
Puasa di siang dan malam di hidupkan
Ditambah dengan segala kebaikkan

Perbanyakkan taubat di bulan ramadhan

Kerana ianya bulan pengampunan

Segala doa kita di makbulkan Tuhan

Rebutla peluang jangan disiakan.

Siapa yang bersungguh menghayatinya

Memahami dan juga mengagungkannya

Jiwa dan hatinya akan disucikan

Agar bayi yang baru dilahirkan..


Thursday, August 13, 2009

perkampungan orang asli

Assalammualaikum wbt.. harap sahabat-sahabat di luar sane dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah..insyaAllah.. Almaklumla,sekarang ni musim penyakit H1N1.. ramai yang demam-demam,batuk2,dan selsema.. termasuk saya..Walau bagaimanapun ia tidak membataskan aktiviti kami bagi pelajar2 dakwah di Usim untuk bergerak menyampikan dakwah.. Alhamdulillah,semalam saya bersama 4 muslimin dan 4 muslimat termasuk saya ke perkampungan orang asli. Pagi khamis tu,memang kelas full,x rehat pun..dari pukul 10-pukul4.. straight..tak henti2. letih??? da tak ade perkataan letih dah dalam kamus kehidupan saya. dah biasa,kalu letih nak wat cm ne,tak kan tak datang kelas kan.. balik je pukul 4 tu..siap2..kelam kabut gak lah.. tapi alhamdulillah,le siap sebelum salah seorang muslimin jemput kami..

Sampai je sane, da mula ceramah tentang "di ambang ramadhan".. kebanyakan orang asli di sana ramai yang muallaf..selepas mkn malam kami solat maghrib dan isyak bersama2..pembacaan yasin dan tazkirah pun ade.. sesi taaruf bermula selepas solt isyak.. kami berkumpul dan bermuzakarah bersama ustaz fadhil tentang kehidupan orang asli,dan non-muslim.. xlupe juga,kami di beri input bagaimana nak attract the non-muslim to convert in Islam..ya Allah..bukan senang!!! sebelum ni pun di dalam kuliah kami da di beritahu bagaimana cara untuk sampaikan dakwah kepada non-Muslim.. macam2 kami perbincangkan tentang dakwah pada malam tu.. dalam pukul 10 lebih kami pulang dengan m'bawa bermacam2 input untuk diri kami bakal pendai'e.. insyaAllah.. masuk je dalam kereta,saya terus syahidah.. sahabat2 yang lain rancak berbual. saya dah x peduli daa..hehehe.. Pape pun destinasi kami x terhenti setakat di sini..ade lagi!!! insyaAllah... doakan kami.. moga2 dipermudahkn.. ameen.

Wednesday, August 12, 2009

!!! Heart Spiritual!!!















Salam ukhwah kepada sahabat-sahabat yang baru menziarahi blog saya.Alhamdulillah pada 7,8,dan 9 Ogos yang lalu group saya telah menganjurkan kem "Heart Spiritual" bertemakan "Jiwa Rabbani Pemacu Kegemilangan Islam".. Destinasi dakwah kami di sek Darul Mujahidin. Sebelum tu..saye nk ucapkan terima kasih sangat2 kepada sahabat-sahabat muslimin yang banyak membantu kami dalam m'jayakn program ni.. untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang lain..dalam group saya tak ada muslimin..jadi kena cari juga muslimin yang lain untuk membantu kami. Kalau tak susah juga,tak tau sapa yang nk conduct pelajar-pelajar muslimin disana..syukron sekali lg kepada ustaz razie yg msih balajar kt mesir..tp skang tgh cuti.. halif dari ukm..yang sekarang tengah praktikal..n zaini dari usim.. dan exco-exco tertingi untuk program ni… midah..pinaz,saya,k.tasya n madah..kami berada di sana dalam 2 hari 3 malam.



Hari pertama disana kami hanya melakukan slot taaruf dengan adik-adik di sana.. alhamdulillah, seramai 70 lebih orang pelajar di antara mereka yang berada di tingkatan 1 hingga 5 berasa gembira dengan slot tersebut...xkenal maka xcinta kan...setelah cinta terbit, maka dengan itu elemen da'wah mudah untuk menembusi hati2 mereka...dan slot seterusnya,sebelum tidur pelajar beramai-ramai membaca surah Al-Mulk..

Hari ke2, kami mengadakan riadah untuk adik-adik disana.. sukanya mereka.. =).
Selepas riadah,kami mengadakan slot Charecteristics of Muslim,yang disampaikan oleh sahabat saya,ustaz razie. Dan slot seterusnya kami mengadakan LDK Mengenai sirah nabi2.. Kami akan beri 1 nama nabi pada setiap kumpulan,dan mereka ditugaskn untuk menceritan kisah nabi tersebut. Kenalah diorang,tiap2 kumpulan saya Tanya soalan.hehehe..Slot seterusnya pada petang itu ceramah mengenai "Dunia untuk akhirat". Selepas itu kami berhalaqoh dengan mengadakn bengkel solat,segala kemusykilan adik-adik tentang solat mereka berkongsi dengan kami. Slot seterusnya pada waktu petang pula adalah riadah. Tentatif program ni memang penuh,tapi alhamdulillah,mereka sangat seronok..walaupun penat.. Seterusnya pada mlm itu,kami mengadakan slot "muhasabah diri". Bukan untuk adik-adik di sana je..malah untuk diri kami sendiri.. pada awal slot ni, ada yang tak ambil peduli,lepas itu madah memulakan dengan meminta adik-adik diam dan memejamkan mata. Lepas tu,giliran saya menyampaikan pula..lama gak saya membebel dgn adik-adik ni. saya da tak tahan,saya menangis juga kt depan adik-adik tu,ttbe sebak lak.. Adik-adik ni pun teresak-esak nangis. Masing-masing tunduk menahan sebak.. mengenangkan banyaknya dosa kepada ibu bapa kita. Saya pesan kepada adik-adik tu,kerana sebahagian mereka terasa di paksa oleh ibu bapa untuk belajar di sek agama ni." adik-adik ku sayang,Allah sayangkan kamu,kamu beruntung sangat kerana dapat menuntut ilmu di sek agama ni.kamu semua insan terpilih dik…..ibu bapa adik2 nak adik2 jadi anak yang soleh dan solehah" banyak la kalu nk cite..huhuhu..saya midah bergilir2 dalam memberi penyampaian.dan akhir sekali,ustaz razie menyampaikan hingga akhir slot ni. Seperti biasa,malam sebelum tdo,kami bersama adik2 membaca surah al-Mulk.



Hari ke3..kami mengadakan explorace " Al-Ilmu Fis Sudur ". penat memang penat,kesian adik-adik ni.. Tp alhamdulillah..banyak respon positif yg kami terima..selepas penyampaian hadiah dan sedikit jamuan,usai zohor kami pulang ke nilai. Esoknya kami ada kuliah.. Pape pun,dakwah kami tidak berhenti setakat ni saja.Ade keja lain lagi yang menanti kami samua.. Doakan kami semua..(^_^)

Sunday, July 26, 2009

Moga-moga di permudahkan..

Ya Allah..permudahkan urusan kami dalam m'cari ilmu-Mu..
Berkatilah ilmu yang kami pelajari..
Subjek untuk sem ni..
-Dakwah Tatbiqi
-khitobah ala'm (pengucapan awam)
-sociology of dakwah
-human resource management
-Akhlakul amal fil Islam(etika kerja Islam)
-Creative Media Writing
-pengajian halaqoh
nampak macam senang kan subjek ni? Ni baru teori…belum lagi practical.. sem ni memang banyak practical..Banyak ke? Tapi bagi saya memang banyak juga la.. Ya Allah.. bila saya fikirkan,boleh ke saya bawa ni.. yang teori mungkin kita boleh baca, hafaz dan faham kan. Tapi untuk yang practical bagaimana pula?? " Mampu ke aku m'jadi seorang da'ie ni"?? InsyaAllah..Allah akan tolong aku..tu kata hati saya. Saya masih ingat lagi pesanan Dr.Radhi,masa tu nak berbincang mengenai proposal untuk program kami yang bertemakan "jiwa Rabbani pemacu kegemilangan Islam"." MasyaAllah…cantiknya tajuk ni..harap,jangan berdasarkan tajuk sahaja.Orang yang membawa tema ni kena juga bersifat rabbani dahulu sebelum mengajak org lain kearah itu.. kalau diri kita sendiri tak dapat nak bawa dulu,macam mana nk bawa orang lain?" kami semua tersenyum dengan nasihat-nasihat Dr. "InsyaAllah Dr.." tu je jawapan yang saya berikan, disamping usaha untuk kearah itu. Memang setiap kelas,Dr akan memberi peringatan kat kami mengenai itu..
Bila dah betul-betul terlibat dengan aktiviti dakwah..baru la tahu bukan senang nak jadi dai'e ni. Semoga saya dan sahabat-sahabat saya di beri kekuatan hati untuk terus tsabat dalam meneruskan perjuangan ni… InsyaAllah..

Calon Solehah



Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.

Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
“ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ke?” eh, tiba-tiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar.
“Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.


Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.
“Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.
“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”
Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga?
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”
Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.
“hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya.

Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.

Syukur Ya Allah.

Thursday, July 16, 2009

BILA DIRI BANGUN DI PAGI HARI....

Assalamu'alaikum wbt...

sedikit muhasabah buat kita...

BILA DIRI BANGUN DI PAGI HARI....

Bila diri bangun di pagi hari ...

titipkanlah rasa syukur di hatimu kepada Allah ...ya Allah, terima kasih
kerana menghidupkan lagi aku hari ini. Lantas ucapkanlah doa warisan
Junjunganmu SAW;
“segala puji bagi Mu ya Allah yg masih menghidupkan aku selepas
kematianku dan hanya kepada Mu tempat aku kembali ..."

Bila diri bangun di pagi hari...

Bangkitlah dengan rasa kerdilnya diri kepada Allah ...dengan izinNya engkau
mampu bangun untuk meneruskan lagi kehidupan. Sucikanlah hati dan zahir
dirimu dengan berwuduk...rebutlah peluang di akhir sepertiga malam untuk
sujud kepadaNya .... meraih kasih jua rahmatNya ...moga dipimpin hidupmu di
dunia.

Bila azan bermandang...

Bersegeralah wahai diri ...tunaikanlah kewajipanmu...hadapkanlah diri
beserta hatimu kepadaNya...dengan penuh rasa kerdilnya diri, lemahnya diri
ini ya Allah....sedarilah hakikat dirimu sebagai hambaNya ...
dan ketahuilah sesungguhnya solatmu di pagi ini disaksikan oleh para
malaikat. Lalu di sujud yang terakhir, mohonlah kepada Allah ...semoga
dosa-dosamu diampun olehNya , semoga hatimu tidak akan goyah dengan dunia.
Mintalah kekuatan kepada Allah utk menghadapi hidup seharian ini dengan
penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya, moga bertambah sifat kehambaan dalam
dirimu ...moga kan bersinar cahaya imanmu.

Bisikkanlah jua di hati nuranimu ...

Rasa pengharapan agar diberi nusrah dalam menjaga kewajipanmu ... bersegera
dalam menunaikan solat beserta rasa khusyuk dan takut kepadaNya semata
...dimudahkan dalam melakukan amal soleh sebagai bekalmu apabila tiba hari
pertemuan denganNya di akhirat nanti. Mohonlah perlindunganNya agar
dijauhkan dirimu daripada hasutan dan bisikan syaitan laknatullah,
kejahatan manusia yg tidak beriman dan keburukan sifat mereka yang munafik... dan merintahlah lagi kepada Allah...
berilah kekuatan kepada dirimu dalam melakukan amal bakti terhadap orang
tuamu dan kaum kerabatmu, moga terpelihara lidah jua tanganmu daripada
menyakiti hamba-hambaNya ....dan mintalah kepadanya hati yang cekal dan
tabah ...moga kuat semangatmu dalam bermujahadah .. moga tidak luntur roh
perjuanganmu dalam membela agamaNya…

Dan insafilah wahai diri...

tidak ada yang lebih berharga selain daripada redhaNya, tidak ada yang lebih
bahagia selain daripada cintaNya dan tidak ada yang lebih bermakna dalam
kehidupan di dunia ini selain hidayah jua pimpinanNya ...

Sekian.



" TAQARRUB ILALLAH PENYELESAI SEGALANYA..."


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...