Sweet sangat gambar ni. lagi sweet kalau kita berazam ikut apa yang Allah telah aturkan..:)
Satu
persatu air mata aina menitis. Tak tahu bagaimana nak meluahkan
perasaan hatinya dalam situasi sekarang. Al-Quran, keychain, pyramid.
beg dompet, frame dan buku. ya Allah, malam ni hatinya betul-betul sayu.
lain dari yang lain. Astaghfirullah...
Kenangan
itu,sesuatu yang tak dapat di lupakan. Cepatnya, mudahnya... pantasnya
dia berubah hati. Betul lah, hati manusia memang mudah berbolak balik.
Maha suci Tuhan, Aina bingkas bangun dengan segera mengambil air wudu'
dan menunaikan solat tahajud dua rakaat. Inilah penawar yang paling
mujarab untuk dia mengubat hati yang luka dan terhiris dek teringat
kenangan yang lalu. Astaghfirullah, sepatutnya tidak wajar aina untuk
mengingatinya lagi kerana dia sedang berbahagia bersama insan lain.
Segera Aina muhasabah diri balik, Allah dah nampak kan pada aku yang
hatinya cepat berubah, di takdirkan tiba-tiba aku dengan dia, belum
tentu lepas kahwin nanti dia akan setia dan jujur dengan aku. Tak naklah
aku macam ni. Aina bermonolog.
Akhirnya
aina tersenyum bila dia membaca al-Quran kesayangannya. Sangat terhibur
dengan kalam-kalam Allah. Hatinya terpujuk. Sweetnya Allah. Dia pandai
pujuk hati hambanya yang gundah gelana dan tidak tenang.
Lantas
Aina melipat telekung usai dia membaca al-Quran. Hatinya lebih tenang
dari sebelum ini. Dia bercadang untuk membuka emel. Melihat apa-apa yang
patut. Dunia tanpa sempadan. hanya di hujung jari sahaja banyak
maklumat di perolehi. Walaubagaimanapun, dia perlu berhati-hati supaya
maklumat yang diperolehi adalah sahih.
**********************************************************************
Teet...teet... Isyarat menandakan mesej masuk.
Segera Aina padam mesej tersebut. Berkali-kali mesej ini masuk bertanyakan perkara-perkara yang bukan urusan bagi diri Aina.
Aina
tahu, hatinya semakin serik. Suatu perkara yang kita pendam
bertahun-tahun kadangkala tak mungkin dapat di luahkan. hanya Allah
yang tahu bagaimana hati hamba-hambanya. Rahsia hati, hanya Allah yang
tahu.
Ya Allah...Bantulah hambu yang lemah
ini. Hanya pada-Mu Tempat aku bergantung berharap. Hanya Engkau sahaja
yang memahami rahsia hati ini.
*******************************************************************************
Setahun kemudian....
"Mabruk
Aina...moga berbahagia hingga ke syurga. jadi isteri Solehah tau. Maaf
sangat-sangat akak tak dapat hari berbahagia Aina. hanya doa yang mampu
akak titipkan"
Menitis lagi air mata Aina menerima
banyak ucapan yang mendoakan diri dia dan zaujnya. Kak Hanani lah yang
banyak membantu ketika Aina berasa perlukan bahu untuk menumpang
keperitan hati.
Sekarang, Aina sudah dimiliki dan
memiliki seorang lelaki yang ‘sudi’ melengkapi kekurangan dirinya.
Sungguh,jodoh itu rahsia Allah.
******************************************************************
Hampir
bertahun lamanya Aina cuba untuk memahalkan dirinya. Menyekat hati
untuk memikirkan soal jodoh selepas dilukai dek kerana terlalu
memikirkan soal itu. “Haa itu kisah lalu. Kisah kebelum matangan aku”
Hatinya terus bermonolog. Dan hari ini,dia mendapat khabar bahawa si
dia yang pernah singgah di hatinya juga sudah dimiliki oleh seorang
zaujah yang solehah sesoleh dirinya. Aina tersenyum.
Selama mana
Aina cuba untuk memahalkan dirinya,Aina cuba bermuhasabah diri. Usia
yang masih muda ini sedaya upaya diurus ke jalan yang bermanfaat. Aina
sibukkan diri mencari ‘apa-apa’ untuk dimasukkan ke dalam dirinya agar
menjadi lebih berharga. Manusia ini kalau tidak punya apa-apa,tidak
berhargalah dia.
Mengembaralah. Beri peluang pada diri kita untuk
‘membesar’. Yah,Aina pegang akan itu. Selama mencuba untuk memahalkan
diri itu,Aina belajar untuk membebaskan diri daripada melihat segala
filem,drama dan novel cinta agar diri tidak terlalu ‘kemaruk’ untuk ikut
sama seperti dia. Itu usaha Aina untuk menjadi mahal.
**************************************************************
Kringg..
Kringg.. Deringan telefon Aina menganggu tidurnya. Pantas dia mencapai
telefon yang berada di atas meja sebelah katinya.
“Assalamualaikum Aina,Kak Hanani ni. Jom dating petang ni. Akak tunggu tempat biasa. Okey,tidak boleh tidak. Assalamualaikum”
Erkk.?Aina
tidak sempat untuk berkata apa-apa,kak Hanani sudah pun menamatkan
panggilan telefonnya. Aina tersenyum. Kak Hanani itulah insan yang setia
disisinya saat dia perlu. Kak Hanani sentiasa menghiburkan Aina.
Sungguh,kak Hanani sudah ada tempat di ruang hatinya.
Petang itu
seperti biasa kak Hanani menanti dengan sabar kehadiran Aina di tempat
yang telah dijanjikan. 15 minit kemudian sosok tubuh yang sangat
dikenali itu muncul di depannya.
“Maaf akak,Aina lewat 15 minit,jalan jamged” Aina mencari-cari alasan sambil tersenyum.
“Takpe,dah biasa” Kak Hanani membalas sambil mengenyitkan matanya ke arah Aina.
Aina cepat-cepat duduk di sisi kak Hanani dan mencubit pipi kakak yang sentiasa menghiburkannya.
“Ada apa akak nak jumpa Aina nih.?Macam ada hal penting je” Aina memulakan perbualan.
“Oh sekarang nih kalau nak jumpa kena buat appoiment ye.?” Kak Hanani terus menyakat Aina. Aina mencuit peha kak Hanani.
“Akak
sebenarnya ada hal sikit nak bincang dengan Aina. Akak straight to the
point je lah. Sebenarnya ada seorang muslimin nak masuk merisik Aina.
Tapi Aina jangan risau,dia tak paksa Aina pun. Dia bagi ruang dan
peluang untuk Aina membuat pilihan.”
“Aina bukannya tak nak bagi
ruang dan peluang pada muslimin tuh,tapi hati Aina nih masih belum
sembuh sepenuhnya. Aina takut benda yang sama berulang lagi. Aina tak
kuat” Aina mula berbicara.
********************************************************
Malam
itu tidur Aina tidak lena. Hati dan fikiran Aina memikirkan apa yang
telah kak Hanani sampaikan petang tadi. “Kak Hanani takkan sesekali
kenalkan aku dengan muslimin yang tidak jelas orangnya,pastinya kak
Hanani sudah cukup mengenali dia” Aina buntu. Lalu dia bangkit dari
katil dan mengambil wudu’ serta mengerjakan solat isthikarah. Hatinya
berasa tenang. Damai. Jarang sekali dia merasakan perasaan seperti itu.
Mengira setiap tarikan dan hembusan nafas. Ada senyum menguntum di
bibirnya.
Beberapa minggu kemudian.
Rumah Aina dipenuhi
kereta yang amat asing dilihat. Aiman serius dengan lamarannya,lantas
Aiman menyuruh ahli keluarganya menyunting bunga di taman. Saat itu kak
Hanani lah manusia yang paling bahagia. Tidak putus senyumannya semenjak
mendapat jawapan persetujuan daripada Aina tempoh hari. Kata sepakat
sudah diberi,tarikh walimah juga sudah dicadangkan,malahan agihan tugas
sudah mula diagihkan. Semangat sungguh keluarga ini.
Aina sudah cukup kuat dan bersedia untuk hidup mendua setelah bertahun
lamanya memberi peluang untuk hatinya menerima orang lain. Yah,Aina
yakin akan semua itu. Kak Hanani lah orang yang bertangunggjawab akan
penyembuhan hatinya selama ini. Allah lah tempat dia mengadu.
Sungguh,Allah itu sangat baik kerana sudi mengirimkan kak Hanani masuk
ke dalam kehidupan Aina untuk menghiburkan dia.
Allah yang izin.!
10 November 2012. Yah,itu tarikh
keramat Aina dan Aiman. Mereka selamat di hijab kabulkan di Masjid Jamek
berdekatan dengan rumah Aina. Sungguh,Aina tidak dapat menipu
perasaannya saat itu.
Aiman,walaupun nama itu masih asing di dalam
dirinya tapi Aina yakin,Aiman lah yang selayaknya mendapatkan cinta dari
dirinya. Dan dia ingin sekali menyerahkan cintanya selepas Allah dan
Rasul kepada Aiman. Kini Aina dan Aiman sudah pun bergelar suami isteri.
Aiman
mencuit pipi isteri kesayangannya. Sungguh,isthikarahnya memberi
jawapan yang tepat. Aina tersipu malu. Bersama Aiman,Aina rasa disayangi
dan selamat. Dia teringat akan kak Hanani,insan yang sentiasa membuat
kebaikan kepada dirinya. Patutlah kak Hanani beriya menjodohkan Aina dan
Aiman,rupanya Aiman itu adalah adik sepupu kak Hanani yang baru pulang
dari Mesir. Pantas Aina tidak pernah mengenali Aiman sebelum ini.
Kini
Aina sedar mencintai seseorang itu bukan bermakna harus memiliki.
Namun,apabila sudah dimiliki maka menjadi kewajipan dirinya untuk
mencintai suaminya. Yah Aiman Azlan lah insan yang kini Aina Zafira
cintai. Aina percaya cinta bukan syaratnya.
copy paste dari seorang sahabat...sangat sweet...;)