Sunday, May 31, 2009

cintakan Allah anak kunci keselamatan


salam sume..



Tahukah sahabat2 yang saye sayangi..( ceh..skema lak ayat..ihik3)bahawa perpaduan, kasih sayang, rasa bersama dan bekerjasama akan berlaku bila cinta jatuh pada tempatnya iaitu cintakan Allah. Hanya Allah patut dicintai, selain itu tidak boleh dicintai. Dunia hanya untuk ditadbir, diagih dan digunakan untuk berkhidmat bagi mengikat hati orang. Bertolong bantu akan mengikat hati dan manusia akan jatuh hati antara satu sama lain.

Kunci supaya dunia tidak porak-peranda ialah cintakan Allah. Allah layak dicintai. Kalau Allah tidak jadikan kita, kita tidak ada di dunia ini. Kalau Allah tidak jadikan bumi, kita tidak punya bumi. Kalau tidak dijadikan khazanah bumi, kita tidak miliki kekayaan seperti emas, minyak dan kayu balak. Kalau tidak diberi nafas lagi teruk sebab kita akan mati. Waktu itu kalau ada kereta atau harta pun, tidak ada erti apa-apa.

Bila Allah tidak dicintai, kita akan jatuh cinta kepada makhluk. Segala yang ada pada kita akan digunakan untuk makhluk. Ini akan membawa kepada huru-hara dan porak-peranda. Untuk lahirkan perpaduan, untuk amankan dunia, mesti ajak manusia promosikan Tuhan. Kalau ada pemimpin ajak rakyat bersatu tetapi tidak pandai mendidik rakyat sampai rakyat tidak jatuh hati dengan dunia, dia akan gagal.

Tuhan mesti dikenalkan supaya orang jatuh hati kepada Tuhan. Takut dengan Tuhan hingga merasakan apa yang diberi adalah untuk Tuhan dan makhluk-Nya. Inilah rahsia keamanan dan perpaduan. Semua orang mahu berpadu dan berkasih sayang tetapi tidak tahu kaedahnya. Anak kuncinya sudah hilang.

Tepatnya perkataan Rasulullah iaitu, "Cintakan dunia ibu segala kesalahan." Rupanya kesalahan itu beranak menjadi kejahatan. Rasulullah begitu berhati-hati dalam penggunaan istilah yang betul. Ilmu ini kalau benar-benar diamalkan dan diaplikasikan akan menjadikan dunia aman damai, selamat dan menyelamatkan...

Waallahualam..

Monday, May 25, 2009

TIBA LAH MASA BERBUKA


Dalam tadarrus nurani
Kukirim tinta cinta ke langit tujuh
Merisik naskhah rahsia
Menjilid kitab percintaan

Tuhan,
Dalam sujud tertunduk
Labuhkan rindu dendamku
Pada dermaga perkasihan
Yang tercipta untuk seorang Adam
Untukku temu dalam rentang
sejadah pernikahan.

Saya kesat hangat air yang mengalir di pipi. Selendang sutera bertenun emas saya labuhkan ke bahu. Cincin emas berhias kemilau permata tiga menggamit mata. Lama saya tenung jari manis tirus yang akhir dipaut satu ikatan yang separuh mengikat diri saya dengan seorang adam. Benar, dia adam yang membayangi dalam mimpi, memanggil dalam samar dalam bersih jubah putih suci lantas membisik-bisik dengan parau suara yang menggetar nurani.

“ Aku adalah akidahmu, sebutlah nama TuhanMu bahawa kau akan kusantuni”.

Lalu dia menghilang dalam renung bening mata yang berbekas dalam ingatan.Saya tersedar, istighfar dan syukur basah di bibir. Gelora cinta mula membuak, dihambat rindu yang mengasak dada. Mengapa sekarang sungguh kurasa bagai musafir haus dalam tandus padang pasir mengharap setitis air. Begitulah rasa seorang pencinta yang dahagakan redup pandang kekasihnya.Sungguh pertemuan yang singkat tadi telah Allah campakkan sejuta kecintaan yang benar-benar hidup!

“ Enti, diri enti baru separuh milik ana, tapi ini bukan bermakna Allah izinkan kita bercinta. Ana harap enti faham, ana serahkan enti dalam jagaanNya, belum halal kita untuk berhubung walau ana jujur, hakikat hati bahawa tiadalah sabar untuk bersama enti.”

Dia berjeda. Matanya kerap dilarikan ke kiri ke kanan apabila menatap wajah saya buat pertama kali. Saya relakan niqab dibuka moga tuntutan hadith nabi bisa dipenuhi. Mohon saya, agar wajah ini bakal dia senangi untuk saya hiasi hari-hari hidupnya yang mendatang. Debar saya beralun dalam debarnya dan saya menghambatnya dengan zikir di hati.

“andai rindu dan cinta meruntun hati, lekas-lekaslah enti berwudhu’, bukalah mashaf dan bacalah dengan sekhusyuknya. Kerana itu bukanlah kerinduan yang halal untuk kita, bahkan syaitan yang cuba memesong hati agar ikatan kita mendasari nafsu yang merosakkan”

“ ana faham, insyaAllah.”Sekadar itu. Hanya sekadar itu saya membalas. Kelu berkata tanda ada hati yang sedang berbicara. Namun ia tidak terlafaz pada bibir yang tekekang untuk bersuara. Duhai adam, andai kau tahu segunung syukur kupanjatkan atas lamaranmu, betapa hadirmu bagai bulan yang menyimbah gelap bumi di malam hari.Dan nikmat tuhan yang mana yang kamu dustakan!Saya berlalu ke bilik air untuk berwudhu’.

Sesekali dingin air yang mengalir menyumsum ke dalam tulang mengaliri hati setenang aliran Nil mengutus Musa ke mahligai Firaun, lantas bayi mungil itu mengukir sejarah agung menundukkan seorang Thaghut yang menyesatkan. Tuhan, andai saya adalah ibu Musa,
maka nikmat Tuhan mana yang saya harus dustakan!

2 rakaat saya tunaikan solat syukur. Ya Illahi, akanku penuhi tempoh pertunangan ini sebagai persediaan terakhir untuk membina sebuah baitul muslim bersama seorang lelaki yang akanku persembahkan segala ketaatan, agar kecintaan yang berbuah-buah ranum dalam cinta buat suami yang bakal kami lahirkan zuriat yang menjadi kader-kaderMu kelak.Sungguh Illahi, impianku agar aku bisa menghadiahkan kepadaMu seorang lagi Salehuddin Al-Ayubi, seorang lagi Al-Farouq yang memimpin dunia, seorang lagi Al-Siddiq yang hatinya lembut mengasihi seluruh insan, seorang Muaz bin Jabal yang menjadi kerinduan kekasihMu, Muhammad.

Maka kurniakanlah aku suami seperti Zubair bin Awwam sebagaimana Umar mengagumi anaknya kerana didikannya. Ya Illahi, kau peliharalah diri dan hati aku dan dia dari pesongan nafsu yang mengundang laknatMu hingga akhirnya kau tarik kembali semanis-manis nikmat ini.
Mata saya semakin sarat dengan air mata. Gentarnya andai nikmat ini adalah ujian untuk saya memiliki cintaNya.Saya bangun dan duduk di birai katil, lalu mencapai diari . Bagaimana akhirnya saya menerima dirinya, membuat keputusan setelah hampir setahun dilamar. Saya akur, memilih suami bukanlah seperti memilih bunga atau buah. Cukup hanya terpikat dengan tarikan warna luaran lantas kita terus memetiknya.Sedangkan memilih suami ibarat memilih aqidah, yang nanti bakal menentukan bagaimana akhirnya hayat saya. Sungguh saya tidak mahu menyesal memperhambakan diri pada seorang lelaki yang akan saya persembahkan segala milik diri. Hanya satu yang amat saya harapkan agar lelaki ini bakal memandu langkah saya menjadi tetamu Allah di syurgaNya.Dan Akhirnya kami kembali menyemarakkan segala cinta dan kasih dalam anggun taman syurga.Saya membuka sehelai demi sehelai tulisan diari. Saya terhenti pada satu halaman yang dakwatnya sudah mengembang. Kesan basah air mata yang entah bila saya tumpahkan.‘

Tuhan, andai benar satu hari akan kau serahkan diriku buat seorang Adam, biarlah dia seorang yang punya fikrah yang kuat berdakwah, yang tidak redha dengan kemaksiatan, yang lincah mentarbiyyah umat, yang tidak langsung berlengah untuk menyerah harta dan jiwanya pada jalanMu, yang tenaganya tidak sedikit pun berbaki untuk dia mengejar dunia, yang hatinya tertaut pada masjid, yang malamnya hidup untukMu dalam tahajud yang menyuci jiwa, yang apabila aku memandang wajahnya, bertambah-tambah pujianku buatMu, yang apabila melihat akhlaknya, melimpah-limpah kerinduanku pada KekasihMu, dan tidurnya dalam dakap kitab suciMu kerana letih mentadabbur Al-Zikr, yang bibirnya tidak sunyi dari lantunan zikir dan hafazan surah-surah penghibur hati, yang apabila katanya penuh nasihat dan guraunya adalah sedikit kerana gentar akan kematian yang bila-bila masa sahaja menjemput.."


PERNIKAHAN IBARAT BERBUKA PUASA,LAFAZKANLAH HAJAT JIKA TERASA SUDAH TIBA MASANYA, IAITU SETELAH BEKALAN UNTUK MENAKHODA BAHTERA PERNIKAHAN CUKUP SEISINYA, USAH IA DILAFAZKAN SEAWAL SAHUR, KELAK BASI CINTA DAN RASA LANTAS KAPAL AKAN KARAM KERANA HAMBAR ANGIN CINTA YANG MEMANDUNYA.

Sunday, May 24, 2009

blajar kepimpinan..=)‏

Assalammulaikum..

Alhamdulillah..saya masih diberi kesempatan utk menulis walaupun beberape hari ni saya sebuk terlibat dengan beberpa aktiviti di USIM..antaranya pada 18-20 Mei..saya telah diberi peluang untuk pergi ke kursus "kepimpinan dan pemantapan intelektual". Alhamdulillah,byk yang saya pelajari dari kursus ini. Dan bila balik dari kursus ini la saya cuba mempraktikan apa yang saya blajar sepanjg di situ..sbb..tiap2 minggu saya akan jd fasi untuk pelajar2 tahun 1 yang terlibat dalam kursus pemantapan bahasa arab.. Macam sebelum ni..saya cam malu2,segan2 nk conduct pelajar2 yang semuanya hampir sebaya dgn saya =p. Bila da sertai kursus tu..mcm dpt la perbaiki kelemhan saya walaupun sikitkan..heheh. dan boleh la juga saya mempratikkan untuk program orientasi pelajar2 baru yang mane saya juga akan terlibat nanti..

Melalui kursus itu juga..saya diberi cara untuk meningkatkn keyakinan diri kita.. Ok,whatever yang kite lakukan kita kene jd confident..dan kak nora dan puan zurainah yang masa tu jadi fesi kami berpendapat. bila kita da dlm 1 skop pekerjaan atau pembelajaran. kita jgn la selalu tunding jari ke arah ar-rijal bila di suruh m'jd pemimpin..dan pelajar2 lain di belakang berbisik2..m'nyatakan..lelaki lbh afdal untuk jadi amir..hehe.. pastu fasi agaknye terdgr kami ckp2 mengenai tu..die pn m'jwb..ye mmg..tp dalam skop ni,perempuan pn boleh jadi ketua, x kisah la dlm persatuan ke..pekerjaan ke..ape pandangan sahabt2 kalian? dan kami juga sentiasa kena ke depan setiap seorang untuk melakukan presentation..ni untuk melatih kami supaya jadi berani dan m'bina keyakinan diri..dan kami diberi penerangan mengenai 3 kuasa kepimpinan..ok..sampai disini sahaja.. ade masa..saya akan beri penerangan mengenai 3 kuasa kepimpinan tu.. =)

Saturday, May 23, 2009

Tentang 'Couple': Perlukan Penerangan

ni saya copy je..=p..berkate tntg soal ni..saye ingin berkongsi ilmu yang saye ade..mudahan dapat mmbantu korang..



KEINGINAN untuk cinta orang lain dan rase dicintai...

mmg la naluri setiap antara kite. Ia akan tetap begitu...lelaki akan tertarik pade perempuan dan perempuan pun same. samade orang tu dah lame kite kenal, atau baru je jumpe, naluri tu tetap ade. mgkn atas pelbagai sbb: die baik, lawa, pemurah, periang, peramah dan macam2 lagi..takkan adenye yang tak rase perasaan ni..mustahil! sbb dah menjadi fitrah manusia...jgn cube menafikannye tapi yang perlu adalah mengawalnye.



SALAH ke kalo suke kat seseorang?

takdela..mane ade salahnye..dah rase cinta tu..Allah yang bagi. tak salah menikmatinye. kalo tak, takkan adenye yang bernikah dan berkahwin untuk elak maksiat atau menyempurnakan separuh agamanye. tak salah kite suke, sayang, rindu kat seseorang...tapi, kesalahan2 yang dilakukan semase bercinta yang salah tuh! kesalahan camner? korang pun leh pk..berangan2kan orang tu, lebihkan die lebih dari Allah..satu care je nak jamin kite tak buat kesalahan..camner? bercinta lepas kahwin la, kgkwn! (susah2 gak..tapi, kalo korang tak nak buat kesalahan dan dapat kemurkaan Allah..kite mesti sanggup tunggu) kite sanggup buat ape2 saje demi die..tapi ingat, Allah paling penting dalam hidup kite..nak buat pape, Allah mesti kite consider. walaupun terpakse berpisah dgn awek/pakwe kite. mane lebih penting..cinta kite pade kekasih kite yang amat kite sayangi atau cinta kite pade tuhan kite (Allah) yang amat menyayangi dan memaafkan kite?



TAPI...aku sayang sangat kat die.......

satu hadis mengatakan...

"jika seseorang hamba Allah menahan keinginannye dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"


tula...nak tahan, mmg la susah. tapi, korang bacela hadis ni n renungla...pasti korang takkan ragu2 untuk memutuskan cinta (pade kekasih) untuk CINTA (pade Allah). Allah tak pernah dan tak akan mungkir janji. pernah dgr kisah pade zaman dahulu tntg seorang ayah yang berpihak pade Islam dan seorang anak yang berpihak pade musuh islam?

camni..dalam perang badar, Saydina Abu Bakar r.a. yang berpihak Islam berperang dgn musuh Islam termasuklah anaknye yang pade ketika tu tak masuk islam lagi. waktu perang sedang berlaku, anaknye selalu elak dari bertembung dgn ayahnya. takut2, die terpakse bertaruh dgnnya.
lepas beberape thn berlaku perang tu,
anak Abu Bakar ni telah peluk Islam dan luahkan isi hati die "ayah, waktu perang badar, anakanda slalu elak dari bertembung dgn ayahanda sebab anakanda sayang ayah walaupun beza kenyakinan"
ape yang Abu Bakar jawab?
"demi Allah, kalo ayah bertemu dgn kamu, pasti ayah tak teragak2 untuk pancung kepalamu"
tu la CINTA Abu Bakar pade Allah...sampai sanggup bunuh anaknya sebab anaknye tak percaye pade Allah dan menyekutukanNya.
kgkwn...untuk dapat CINTA, kite kene korbankan cinta. percayelah, setiap perbuatan korang untuk mengelak dari yang tak baik (couple terutamenye), Allah takkan sia2kan pengorbanan dan ketaatan korang.

dalam ayat Al-Quran...

"sesungguhnye sume kebaikan dapat menghapuskan kesalahan2 kamu.." [11:114]

"sesungguhnya nafsu itu selalu dorong kepada kejahatan" [12:53]


itu sajela yang dpt saye kongsi buat kali ni..kalo ade mase lagi, saye akan tulis lagi.
saye harap, dgn ape yang saye tulis ni sebagai peringatan bagi saye dan pengajaran bagi yang lain.

Friday, May 15, 2009

Cintai Tuhan

Thursday, May 14, 2009

dapatkan 2 perkara sebelum masuk waktu sembahyang‏

Salam semua..

Cuti semesta selalunya saya byk m'habiskan waktu bersama rakan2 mawaddah.. seronok sangat kalu saya dduk ngn diorang.. sentiasa bercerita tentang Allah..keagungan Allah.. dan paling menarik,sebelum waktu sembahyang tepat waktunya!!! 15 minit sebelum azan..da bersiap sedia dah kt tikar sembahyang.. itu adalah didikan yang wajib dilakukan and pelajar akademi seni dan budaya mawaddah mmg terlatih ngn semua itu.. yang paling menyentuh hati.. kehidupan berkasih sayang sentiasa di terap dalam diri masing2.. bersesuaian la dengn tema mawaddah.."CINTAI TUHAN SAYANGI MANUSIA"..dan dilarang sama sekali untuk bercinta2.bila saya sje tye knapa?.jawapannya,blh merosakkan hati..solat tahajud pula sudah m'jadi ibadah wajib.. dan remaja2 disitu boleh dijadikan idola remaja sekarang.. dan sebelum masuk ke studio recording..msti kena solat sunnat dan merintih dgn Allah.. supaya apa yang kita nak sampaikan kepada pendengar dapat masuk ke hati..=)..

Baikla..sebernanya saya nak bercerita mengenai 2 perkara yang perlu kita buat dan bersiap sedia lebih awal sebelum masuk waktu sembahyang..Sebernanya bersiap2 awal di tikar sembahyang adalah bertujuan untuk dapatkan 2perkara:

1) RASA KEHAMBAAN
Rasa kehambaan itu seperti;
-Rasa rindu bertemu dengan Tuhan.
-Rasa malu kepada Tuhan
-Rendah diri
-Takut,bimbang dan gementar
-Rasa meminta dan m'harap
-Rasa lemah dan dhaif
-Rasa bermanja2
-Rasa dikuasai dan diketahui-Nya
-Rasa dilihat dan didengarNya
-Merintih kedhaifan dan kelemahan diri
-Mengakui dosa dan kesalahan diri
-Mengutuk dan menghina diri di hadapan Tuhan

2) RASA BERTUHAN
-Rasa Tuhan itu Maha Agung,Maha Besar,Maha Berkuasa,Maha Mengetahui,Maha Mendengar, dan Maha Melihat,Maha Berkuasa
-Rasa takut dengan kemurkaan Allah
-Rasa takut Allah tidak beri hidayah
-Rasa malu banyak nikmat nikmat tidak disyukuri
-Rasa bimbang tidak selamat di Akhirat
-Merasai rahmat dan kasih sayang Allah
-Merindui Allah yang Maha Pengasih.

Moge2 kita sentiasa dalam keredhaanNya..dan sentiasa berusha untuk mendapat rasa2 kehambaan dan berTuhan dalam diri kita ni..InsyaAllah..=)

Kehidupan Harian Anak Soleh dan solehah =)

Jadual harian anak soleh dimulakan dengan memebesarkan Tuhan. Sebaik shja bangun daripada tidur, anak soleh akan duduk bertafakur seketika bersyukur kerana Tuhan masih memberi m'beri nikmat kepada kita untuk meneruskan kehidupan didunia ini.Hari dimulakan dgn memasang niat sebyk2nya untuk berbakti kepada Tuhan dan m'hiburkan seluruh makhluknya,baik manusia, binatang mahupun tumbuh2an.

Sesudah selesai mandi dan m'bersihkn diri, anak soleh akan bersiap2 dgn pakaian yg kemas dan wangi-wangian untuk menunaikan sembahyang tahajud yang sudah menjadi kemestian baginya. Ini adalah salah satu amalan para salafussoleh yang tidak putus2 m'hidupkan mlm berqiyamullail dan m'p'byakkan solat sunat semntara menunggu masuknya waktu solat subuh. Anak soleh yakin waktu sembahyang tahajud ketika orang lain sedang tidur dibuai mimpi ini adalah waktu yang paling sesuai untuk die mengadu,meminta,merintih,mengenang dosa dan memohon ampun kepada Tuhan.

Selesai sembahyang subuh berjemaah bersama keluarga,anak soleh membaca alquran untuk mengelak daripada tidur selepas subuh. Anak soleh amat yakin orang yang tidur selepas subuh tidak akan m'dapat rezeki yang berkat.malah Rasulullah SAW juga tidak suka orang yang tidur selepas subuh dan juga seleps asar.

Pada waktu petang pula dia akan membantu kedua ibu bapanya. Selepas asar adalah waktu yang sesuai utk beriadhah menyihatkan bdn. Di sebelah mlm pula,setelah selesai mkn mlm bersama keluarga adalah waktu untuknya mengulangkaji pelajaran. Anak soleh akan tidor awal kerana ingin bangun awal pada keesokan harinya. Sebelum tidur anak soleh akan mengenangkankembali apa yang telah dibuat sepanjang hari. Apaka perkara dia buat menghampirkan diri dengan Tuhan atau semakin jauh dirinya dengan Tuhan..

Waallahualam..

Monday, May 11, 2009

hatiku dalam proses...??

"...Em..xpe la ina.. tak payah fikir la yang lepas ye... kite kan hidup untuk masa hadapan. Banyak yang kite kena tempuh lagi.. InsyaAllah pengalaman memantangkan diri..selalu doa ye..Akak yakin ina kuat sebernanya..Lembut bukan lemah. Tp dalam kelembutan ade kekuatan..." terharunya saya bila dapat mesej seorang kakak ni..saya panggil dia kak.bai (baidura).. Terima kasih kak Bai.. memang hati kita ni kena kuat,dan kena bermujahadah untuk menolak anasir2 jahat masuk dalam hati kita, terutama untuk jauhkan hati kita dari ditiup ngan syaitan terkutuk tu..(Astaghfirullah) dan sebelum ni pun saya terima mesej dari k.fatim ashaari..dari kumpulan mawaddah.. "...ina kene lupakan,untuk kebaikan ina juga kan,kuatkan jiwa,ina cakap pada diri ina yang ina cukup dengan Allah. Apa yang berlaku,bahkan kalau kita kehilangan mak ayah pun,kita rase kuat sebab Allah ada untuk kita..." lepas tu saya reply balik mesj k.fatim. "...Terima kasih kak..ina tak tau nk cakap cm ne,ina terkejut dengan sume ni..lagi2 seminggu be4 exam..akak doakan la ina dikuatkan jiwa ye.." pastu k.fatim reply balik. "...k.fatim tumpang sedih.moge ina diberi kekuatan untuk hadapi ujian yang Allah berikan ni. k.fatim yakin,pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Ujian datang semakin kita dekat pada Allah. Ina mengadula kt Allah,Die maha mendengar dan diala tempat bergantung..." itula kata nasihat yang kakak2 kesayangan saya bg.. Alhamdulillah..terkesan juga hati saya ni.. Bukan senang saya nak pulihkan hati saya yang dah disakiti oleh orang yang saya percaya selama ni.. Tp saya cuba kuatkan hati..kuatkan jiwa dan sentiasa minta Allah bagi kekuatan dan ketenangan. Alhamdulillah..Allah lebih mengetahui dari hamba2nya dan Allah la perancang sebaik2 untuk makhluknya..Bila berlaku macam ni,ia betul2 mentarbiyyahkan diri saya..Terima kaseh Ya Allah.. kepada "dia"..saya doakan semoga Allah sentiasa memberi petunjuk hidayah dan sentiasa berbhagia bersama orang tersayang.. moga sentiasa dalam keredhaan..ameen.. dan untuk Ina..kejarla cinta Allah dulu dan sentiasala perbaiki diri..InsyaAllah..

Rakan2 Seperjuangan.. Da'wah and Islamic Management.. Nur Briliant Dua't..





ish..macam2..

salam sume...

Erm... tadi duduk relax-relax kt bilik terpikir...nak masak ape ye tok tengah hari ni??? selalu cm tu.. and pe lagi..saye pn bagi la mesej kt kak hanis.. lebih kurang cm ni la mesejnye..
-salam kak..ngah wat pe tu? masak ape ye ari ni?huhuhu.. tak lama pastu k.hanis reply.. waalaikumsalam.. akak nk masak kari ikan dengan,sayur rebus dengan sambal belacan and ikan goreng...wah2!!! sedap tu... cm ni la kami,kalu dah kebuntuan tak tau nak masak ape..yela..cuti2 sem ni kene la jadi suri rumah sementara =p.. kalau tak dengan k.hanis..pinaz la jadi mangsa saya..peace comot..=p. Lepas solat dhuha n bce mathurat saya ingat nak pergi library before amik adik..yang memang da menjadi rutin harian saya time cuti2 cam ni.. Erm..ustaz luqman pernah cakap...banyak kali la dia pesan kt anak murid2nya.. and sebelum ni pn nenek saya dah pesan juga kat saya..rajin2 buat solat dhuha..dan bace yasin setiap hari.. InsyaAllah..ada kelebihannya.. rajin-rajin la buat ye kawan.. kita pun bukannya rajin sangat pun..huhuhu.. tapi sentiasa cuba berusaha ke arah itu..insyaAllah..

Ok.berbalik pada cerita td.. saya nk g library tu bukan apa,13hb ni ade MUET... speaking.. doakan kita ye.. malangnye slip exam hilang..uwaaa!!!.. cam mana saya boleh lalai ni..time dalam bus nak blik kolej tu memang da teringat2 dah..sampai meja study terus selongkar..habis meja study...ish3... lepas tu termenung jap.. and bagi tau kt kawan.. "...Ya Allah...cm ni midah..kita punye slip tak ada dalam beg kita.. kita rasa da masukan dalam beg.." time tu memang risau la sangat2 and gelabah.. midah tu roomate kita.. "...cuba awak cari betol2..ade tu..kot2 terselit ke.." "dah..saye da carik dah.." pastu saya pun cari lagi.. memang x ada pun!!! sedihnyeee...

After tu..fikir2..cam ne ye?? haaa!!! madah dengan pinaz x blik lagi kan.. saya terus kol pinaz.."...pinaz,kt ne ni...?" "..pinaz kat kfc ni...". wah2..dah la saya tengah kelaparan ni..makanan pula da habis di jual...ish3...cam ni la nasib kita.. "...pinaz..cam ne ni..kita punya slip muet hilang..tertinggal kat stadium kot.." kalau nak tahu..pelajar2 USIM..exam kt dalam stadium..sejuk kt dalam tu... lepas tu pinaz cakap.. "....abis tu cam ne...??" waduh2 pinaz..nak mintak tolong la ni...tp saya tak cakap pun..segan..pinaz ni paham2 je laa... "..alaaa...cam ne ye..?" "pinaz ngah makan ni.." "...urm..alaa...xpe la...xpe2..g la makan..jangan lupa tok ina..."hehehe. Pastu cakap kt midah balik..."...midah..cam ne ni..diorang kt kfc..takut menyusahkan je.." wah..da risau sangat laa.. saya call kawan2 lain nak tanya diorang ada kt mana dan sape yang still dekat kat stadium tu.. last2..pinaz bagi mesej...nanti kita pergi ye.. madah x larat ni.. so..petang tu saya pergi la ngan pinaz naik motor.. dah sampai stadium,cari2 x ade...risau sangat... tp tak apa la..redha jela..n cube tenangkan hati,nnti print dari internet je,x tau la le ke tak.dari tak ade kan..kang x pasal2 x le amik exam..=) pastu kitowg pg kfc n jalan2 jap kt nilai beli stok makanan.. mkn je ina ni!!!huhuhu.. Itula..pengajarannye jgn sambil lewa ya ina..=)

Ish...td cite pasal nk masak apa..ttbe membebel pasal slip..ish3.. and semalam HARI IBU..seronok..selamat hari ibu..!! macam2 ada pizza..kfc..ish2..boikot3.. tp nk wat cm ne..masing2 da beli untuk sambut ibu2 kt umah ni,makan je laa..membazir kalu x mkn..hehehe.. pape pun selamat hari ibu... Ina sayang kt mama sgt2.. terima kasih bagi sokongan kt ina selalu

Erm..sebaik cuti sem ni x ade la kosong sangat.. coz,ade program2 kt USIM.. cm mulai 16hb ni..saya da mula untuk jadi fesi bagi pelajar taun 1 yang kene short sem.. Tp tiap2 hari sabtu je.. =). lepastu 18hb-20hb mei ni ada kursus kepimpinan dan pemantapan intelektual kat Pahang..n bulan 6 ni pulak jadi fesi untuk pelajar baru tahun 1,ok la kan...x ade la terperap n m'hadap laptop ni sentiasa..sakit gak mata ni..x pasal2 nnti speck kne tambah power..ish3.. nak wat cam ne,cuti2 ni keje saya menjelajah blog orang jela..huhuhu..masuk kali ni da berapa kali dah kursus2 kepimpinan ni da saya sertai..moga2 sikap kepimpinan ada sikit kat saya..hehehe... lembut bukan sebarang lembut tau!!! tak ada laa..kawan2 saya ramai yang cakap yang saya ni lembut lembik...huhuhu.. ada je yang mengajuk2 kan diri saya ni cam tu,siap buat gaya lg...amboi2..sampai hati korang buli kita..ish3...xpe2.. sekurang2nya kita tau kita ni cam ne pada pandangan korang..=)..

ok...berbalik pada cite yang pasal program ni.. ttbe 1 hari tu my roomate bg mesej tye nk join g MASUM kt UUM, kedah x? kedah...?? naaakkk...!!! erm..ELSP (language support programme) cm ne? yang tok pelajar2 taun1 pye ni.. alahai,nak ke x nak,nak ke x nak.. "..pinaz..nak g ke..??." si midah ni da pujuk2...ish2..cm ne ek? "..Pinaz x g kot...." last2 hasil perbincangan saya dan pinaz x pergi la kitorg.. x dpt jpe Dina..alahai...x pe..lum ade rezeki.. Pape pun ina teruskan perjuangan dalam segala hal..insyaAllah.. doakan saya yee..


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...