Saturday, June 2, 2012

:Aku berdosa, apa aku nak buat?"




“Aku berdosa, aku berdosa, bagaimanakah aku?” T_T


♥ ♥ ♥ "Apabila diri terjerumus dalam dosa, janganlah hal itu membuatmu putus asa dalam meraih Istiqomahmu (berterusan memohon ampun) dengan Tuhanmu. Kadang-kadang, siapa tahu, itulah dosa terakhir yang ditakdirkan oleh Allah padamu."




(dari Syeikh Ibn Athaillah al-Sakandari رحمة الله تعالى عليه)


^_^ ~ "jangan berputus asa, jangan berputus asa, Allah sentiasa membuka ruang dan peluang buat hamba-Nya yang ingin menjadi baik, yang ingin berubah menjadi mulia, yang ingin mencintai Allah, yang ingin merindui Allah, istiqomahlah ia, insya Allah."



Friday, June 1, 2012

"Tanyalah fatwa dari hati kamu"

"mintalah fatwa dari hatimu dipetik dr sabda Nabi SAW" inilah pesanan Nabi kepada kita.

Khaulah… aqilah nak kenal kan kat awak dengan seseorang. Awak nak tak? Kawan-kawan kita semua dah kahwin. Awak sepatutnya dah fikirkan dah semua ni. Umur awak semakin meningkat. Awak kenal-kenal lah dengan si dia ni. Mana tau lepas ni boleh rancang-rancang dan bolehlah terus nikah. Orangnya alim, baik. Aqilah kenal sangat dia.



Allah…Allah…Allah… khaulah merintih… hatinya tiba-tiba terguris, terhiris dengan cadangan sahabatnya ini. Ini bukan kali pertama dan kali kedua.



“Baiklah khaulah akan lakukan istikharah dulu. Khaulah meraikan permintaan sahabatnya Aqilah”. Khaulah tidak mahu di katakan terlalu memilih, sehinggalah saat ini dia belum mempunyai sesiapa lagi malah kawan lelaki.



Hatinya bukan terhiris di sebabkan tidak laku, bukan terhiris sebab tidak ada sesiapa yang menginginkan dirinya. Hanya Allah yang tahu. Khaulah hanya mampu berserah seratus peratus kepada Allah.


“Khaulah…kita nak cari jodoh ni kenalah berusaha. Kenalah cari juga, tak boleh nak duduk je tunggu. Sampai bila?” Aqilah memberi nasihat.



“betul tu aqilah, kita memang kena berusaha, tapi kena tengok juga, usaha kita macam mana. Usaha awak mungkin cara begini, mungkin dengan cara ini menenangkan hati kamu. Usaha saya lain pula, ber”sms”, berbual-bual dalam telefon bukanlah cara saya. Tanyalah fatwa hati masing-masing. Allah dah beri rasa-rasa dalam hati kita. Cuba awak rasa betul-betul dengan mata hati awak sendiri. Tak salahkan saya nak berusaha dengan cara saya sendiri, saya nak usaha persiapkan diri saya menjadi isteri dan wanita solehah dulu.



“macam mana Aqilah tau dia baik dan alim. Sedangkan Khaulah yang kawan baik Aqilah sendiri baru tau yang Aqilah ada kawan baik yang Aqilah kata baik dan alim tu. Aqilah dah kenal sangat ke dengan dia?”

“mama Aqilah dan mama dia kawan baik, mama dia selalu cerita kat mama Aqilah yang dia tak pernah tinggal kan solat, dan rajin”

“Aqilah, sebenarnya awak tak kenal lagi dia macam mana sebenarnya. Nak tau perangai dia sebenar macam mana, ikut apa yang Saidina Omar gariskan, pergilah bermusafir dengan dia. Kita tak boleh terus menilai seseorang dan mendengar cakap-cakap orang yang kononya kita kenal sangat tentang perangai dia. Memilih suami seperti kita memilih kehidupan akhirat kita tau, bukan senang."

Aqilah terdiam.


Hati raja segala raja di dalam diri kita. Pemilik hati yang hakiki lah yang akan pimpin hati kita dan tuntun hati kita. Kalau nak DIA terus pimpin kita, pegang hati kita. Jagalah betul-betul dan bersungguh-sungguh. Ikut syariat yang telah di gariskan, patuhlah. insyaAllah, yakin lah...di mana-mana kebahagiaan menanti.


Bagi muslimat-muslimat di luar sana yang masih risau-risau, put ur trust in Allah... banyak cara yang bersyariat untuk mendirikan Baitul Muslim. gunalah orang tengah, lebih selamat dan terpelihara. Baiki diri, jaga hubungan Allah dan manusia,. InsyaAllah... moga-moga dunia akhirat Allah pelihara kita.:)

Saturday, May 19, 2012

Pena lebih tajam dari mata pedang...^_^


Tahun ni, saya ke bookfair bersama adik saya zulhelmi yang berumur 8tahun dan adik saya perempuan laily nor shafinaz.. Azam saya,Mahu menanamkan cinta dan sayang akan ilmu dalam hatinya. Semua itu kenalah didik dari kecil kan.



Tahun ni tak banyak sangat beli buku macam tahun-tahun yang lepas..sebab buku-buku tahun lepas pun tak habis lagi saya baca tau.


Majalah-majalah pilihan saya...^_^







Apa yang menyebabkan saya beli buku jawi ni?? nak belajar jawi ke? ye...saya nak belajar kaedah yang lebih tepat untuk mengajar anak-anak murid di sekolah. Alhamdulillah, jumpa juga buku ni. boleh lah bagi latihan dalam buku ni kt anak-anak kat sekolah tu. Seronok tau mengajar. lagi-lagi bila mereka faham apa yang kita ajar. dan lagi-lagi mereka jadi pandai dan amalkan apa yang kita ajarkan.




buku ni pun saya beli, tak baca lagi. insyaAllah, akan curi masa untuk membaca.




Jom iqra!!!!!!

Sunday, May 13, 2012

sahabat membuat sesuatu yang kurang senang...apa yang kita nak buat?

Alhamdulillah...baru selesai berbual bersama dengan nenek saya yang tercinta.. memandang muka nenek saya yang tenang, membuatkan saya sentiasa tenang di sisi nenek. bagi saya nenek adalah nenek yang solehah untuk cucu-cucunya yang hampir 40 orang. dan saya adalah cucu yang sulung.:). sedikit perbualan bersama nenek..

saya :
"nenek, apa perasaan nenek kalau seseorang tu, sahabat baik nenek, tapi kemudian 'menikam belakang nenek', berbuat jahat kepada nenek, menghina nenek, memburuk-burukkan nenek?"




nenek jawab ;


"kehidupan di dunia ini adalah ibarat hiasan di dinding di rumah kita..


bila sampai satu masa, hiasan itu mungkin ia masih cantik, atau tidak cantik..jika ia buruk, kita tolong bersihkannya untuk jadi cantik lagi..tapi jika ia masih tetap buruk, maka tinggalkannya buat sementara, berdoa-lah kepada Allah, mudah-mudahan ia menjadi cantik nanti..


maka begitulah kehidupan kita ini cucuku..


kawan, sahabat, teman datang kepada kita, menghiasi kehidupan kita..


mereka mencantikkan kehidupan kita..


dan, sampai satu masa, atau kadang-kadang mereka berkelakuan buruk kepada kita, menjadikan hiasan itu buruk, maka kita yang sedar, insya Allah, bantulah, tolonglah sedarkan mereka untuk kembali berkelakuan baik..


tapi jika mereka tetap seperti itu, maka tinggalkanlah buat sementara waktu kerana bimbang dirimu akan mengikuti mereka pula, dan berdoa lah kepada Allah, mudah-mudahan mereka kembali berkelakuan baik, dan tempatkan kita semua di kalangan hamba-Nya dicintai-Nya..


jangan sedih, dan jangan berduka, sahabat ini ada yang membantu perjalananmu, dan ada yang cuba menghalang perjalananmu..


jika ia membantu perjalananmu, ucaplah terima kasih padanya, kerana membantumu, terutama mengingatkanmu pada Allah..dan jika ia menghalang perjalananmu, ucaplah terima kasih padanya, kerana membantumu jua, kembali berharap kepada Allah..




Sesungguhnya segala-gala yang Allah ciptakan itu sungguh indah, sungguh sempurna, sungguh bijaksana..maka gunalah akalmu dan hatimu untuk memahaminya.."



terima kasih nenek..sayang sama nenek..terlalu banyak nasihat yang nenek bagi pada saya..doakan cucu mu ini menjadi anak dan cucu solehah...=') ♥ ♥ ♥

Sunday, April 8, 2012

jom koreksi hati dengan teman-teman-mu...=)


Masalah perempuan yang selalu sahaja ada masalah dengan kawan perempuan. Perkara ini sebenarnya mudah sahaja diatasi:-

1. Amalkan konsep, "Yang berlalu, biarkanlah berlalu. Yang di depan biar baik selalu."


2. Berlapang dada. Lupakan saja kisah dia menyakitkan hati anda, anda terasa, dia bersalah, emo sana sini. Tutup sahaja cerita.


3. Berjumpa. Bersemuka. Kelebihan wanita berbanding lelaki. Wanita bila jumpa kawan wanita dapat peluk dan cium kawan wanitanya. Itulah masanya anda meminta maaf dan jangan harapkan dia melafazkan maaf. Minta maaf bukan untuk apa-apa kesalahan. Cuma hanyalah "minta maaf".

4. Jalinkan kembali persahabatan. Buang sahaja di fikiran, "dia salah, aku tak salah." Letakkan di fikiran, "Persahabatan yang berjarak kemudian putus, bukan sunnah Nabi. Aku nak ikut Sunnah, biar apa orang kata."


5. Berdoalah moga hati sentiasa tenang. Hati tenang dari Allah. Bukan dari mana-mana punca. Bukan dari sahabat. Sahabat yang terbaik tiada masa senang, ada masa kita menangis, di sisi waktu kita susah. "Astaghfirullahaladzim."

Dari saya...moga Allah memimpin diri ini untuk mencontohi Rasulullah kekasih Tuhan kita..ameen...Rasulullah sentiasa memberi maaf dan sentiasa meminta maaf terlebih dahulu, indahkan sifat nabi kita.^^. orang buat jahat...orang khianat pun dia tetap terima orang tu,malah mendoakan dan sentiasa berbuat baik kepada yang sentiasa melakukan kesilapan.memberi tunjuk ajar..manusia tak pernah buat kesilapan.kalau kita betul-betul hayati kisah Rasulullah yang di mana Rasulullah sentiasa memberi maaf terhadap orang yang membuat jahat kepada dia,kita akan rasa malu.. Betapa pemaafnya Rasulullah,..sentiasa menjaga sillaturrahim sesama manusia. jangan mudah terluka dan terguris dengan manusia sekeliling.


sumber: Facebook

Teringat ketika mempelajari adab ikhtilaf di USIM, kata prof saya kebanyakan manusia mempunyai perselisihan pendapat kerana tidak berlapang dada untuk menerima pandangan orang lain. malah hanya mendapat gelakan dan di balas dengan sindiran. maka....di sini pentingnya untuk mempelajari adab ikhtilaf supaya diri kita terdidik untuk menjadi orang beradab ketika bersama dengan orang lain,lagi-lagi ketika bersama-sama bertukar tukar pendapat dan berbual. moga diri ini sentiasa mendapat pimpinan di bawah rahmat-Nya.. janganlah mudah melabelkan dan memburukan-burukan orang. yang lepas biar lepas... Allahuakhbar...Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullah...


::utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia..::
::tenangkan hati dengan ragam manusia, kerana semuanya dari Allah juga kan...^^..doakan kesalahan teman kita kepada Allah,Allah kan Maha memahami, baikkan Allah::


Saturday, March 17, 2012

::time interaksi..::

Alhamdulillah…interaksi pertama di ipg sudah selesai. Banyak benda yang saya tak tau tentang ilmu perguruan, akhirnya dapat juga tahu. Ini lah pentingnya menuntut ilmu kan. Di rezeki kan menuntut di salah sebuah maktab yang terkenal di mana sahsiah pelajar-pelajarnya cukup indah membuatkan saya seronok belajar di situ. Pernah kawan mengadu.. “saya di tegur kerana pakai tudung pendek ”. Memang kat sana di ambil titik beratkan tentang semua tu.


Hari first di maktab..kelas sampai malam. Jadual memang padat. Boleh jem otak ni.hehe. tapi seronok. Lect pun ramai yang sporting-sporting. Tak boring. Kalau dah sampai tengah hari memang ada yang dah tersengguk-sengguk macam burung belatuk.^___^. Sampai kawan di sebelah cuit saya.


“ kau ni tak mengantuk ke ina?”


“mengantuk memang ngantuk, tahan laa…tak boleh nak layan sangat. Kalau ngantuk cepat ambil posisi yang membolehkan kita tak ngantuk. Tulis la apa yang lect cakap kat depan tu. Tulis apa saja.”

“ko makan vitamin, memang la tak ngantuk…”

“erk…ada kena mengena eak?”hehe..

“ada la...akak dah penah dah cuba makan vitamin,memang tak ngantuk…”

“ye ke kak? Tak juga…tak juga…”nak menang juga…;p.

Ok…interaksi pertama kali ni. Ramai lect yang minta kami jadi guru di depan, tapi tak semua. Mula-mula segan , lama-lama ok. Seronok,Alhamdulillah… masa subjek pendidikan Quran Ustaz minta setiap kumpulan buat presentation. Kumpulan saya masing-masing tolak menolak. Last-last saya yang kena present kat depan sorang-sorang mewakili kumpulan. Memberanikan diri, kan dah biasa pergi ke depan kan ina. Awat nak segan-segan. Bila lagi nak cuba, dan mendapat kritikan lect?hehe. saya paling muda kot dalam group saya,yang lain umur 26 ke atas. Memang set kat kepala ni, kawan-kawan kat depan ni adalah anak murid. Memang guru-guru di sana sangat sporting kot!!!


Hari ketiga..rabu tu sepatutnya ada usrah. Kami memang dah di tentukan naqib dan naqibah sendiri. Tapi, tak jadi pula. Ada meeting katanya. Seingat saya first usrah berjalan time orientasi. Naqibah pun sangat best Siap pesan lagi, jadikan group usrah kita yang best..

Ok, BIG nanti akan buat di pulau pangkor. insyaAllah, dalam bulan 4 ni. Masing-masing tak sabar. Saya biasa je…J. Apa-apa pun assignment bertimbun. Jangan lupa siapkan ye ina.. selamat bertugas!!

Assalammualaikum...

aku bukan Abu Bakar..



Penduduk Mekah gempar lagi. Orang ramai berkumpul di hadapan Kaabah. Abu Bakar yang mendengar kekecohan itu turut tertarik untuk pergi. Dia mencelah-celah di kalangan kelompok orang ramai yang berkumpul di situ.



“Apa yang berlaku?” soalnya kepada salah seorang penduduk kota Mekkah yang ada di situ.

“Muhammad berdusta lagi. Dia mengatakan bahawa semalam dia telah pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke sini dalam waktu semalam sahaja. Sedangkan kita semua tahu tempoh perjalanan dari Mekkah untuk ke Baitulmaqdis memakan masa selama satu bulan.” terang lelaki tersebut. Mereka semua sedang mencemuh Nabi Muhammad.

Kehadiran Abu Bakar di situ disedari oleh Abu Jahal. Pantas, pemimpin di Mekah itu mendapatkan Abu Bakar, sahabat Rasulullah.



“Wahai Abu Bakar. Temanmu ini benar-benar sudah gila dan hilang akal. Mana mungkin seorang manusia biasa mampu pergi ke Baitulmaqdis dan pulang semula ke sini dalam masa satu malam sahaja. Sudah pasti Muhammad ini seorang pendusta.” teriak Abu Jahal. Dia semakin galak untuk menjatuhkan Nabi Muhammad.



“Aku percayakan dia.” sebaris jawapan Abu Bakar ternyata mengejutkan ramai orang.

“Muhammad ini ialah sahabat aku. Dan dia ialah seorang Rasul. Bukan setakat Baitulmaqdis, aku percaya dia mampu untuk pergi lebih jauh dari itu.” keyakinan dan kepercayaan Abu Bakar terhadap sahabat yang dicintainya lebih daripada dirinya sendiri ternyata sukar digugat.



Itulah dia putera Abu Quhafah. Sentiasa teguh pendiriannya menyokong Rasulullah. Tanpa mempedulikan dirinya sendiri, Abu Bakar rela bertaruh nyawa demi sahabatnya. Demi menegakkan Islam. Bersama-sama sahabat sampai syurganya, Nabi Muhammad.

***************************************************

“Ummi, janji dengan adik satu perkara.” Ummi mengalih pandang kepada Adik.

“Apa dik?”

“jangan tinggalkan adik. Kongsi segala-galanya. Dan,kita akan sama-sama masuk syurga. ” Adik mengucup pipi ummi nya.

Buat seketika, ummi terdiam. Manakala Adik menanti dengan penuh pengharapan. Perlahan,. Akhirnya ummi memeluk adik perlahan-lahan. “ye sayang, ummi janji..adik pun sama tau.” Air mata menitis perlahan-lahan. Ummi jangan lah menangis. “adik pun sama menangis”

“adik…nanti tolong ummi ya kat “sana” nanti…”

“ummi yang kena tolong adik..”balas adik.

“kita sama-sama tolong ya”

akhirnya masing-masing tenggelam dalam dunia mereka berdua. Bergurau senda dan saling bertukar cerita.

******************************************************

Matanya terpaku melihat perkataan-perkataan di papan skrin laptopnya. Sungguh, ummi sedang keliru dengan apa yang di bacanya. Baru sahaja tadi, kawan adik menceritakan tentang perihal mengenai adik. Kebetulan ummi sedang berkomunikasi dengan salah seorang ahli keluarga adik. Terus dia forward kan mesej-mesej tersebut untuk meminta kepastian. Betul ke adik begini? Keraguan menimpa. Aku tak kan mudah mempercayai kata-kata orang lain sebelum aku dapat kebenaran. Ummi bermonolog di dalam hati.


“ betul kak…dia tu macam ni…macam tu…” lagi sekali mesej diperolehi dari kawan adik.


Tutt..tuutt….tuutt,,..ummi segera mencapai hpnya, bunyi yang menandakan mesej masuk . Dari adik. “Sampai hati ummi, adik dah tahu dah apa yang ummi borak kan dengan dia. Adik buka fb ummi. Adik tahu adik tak sebaik dia.ummi tak payah nak rahsia-rahsia kan dari adik”


Terus ummi membuat panggilan untuk bercakap dengan adik. Hanya esakan tangisan sahaja yang kedengaran. Selepas itu talian terputus. Membuat panggilan sekali lagi. Tiada respon dari adik. Tanpa berputus asa talian masih di teruskan. Akhirnya adik menjawab panggilan. Hanya tangisan yang kedengaran.


“Adik…dik..dengar sini. Walaupun dia cakap macam-macam tentang adik. Tapi ummi tak pernah ambil peduli. Ummi tak percaya. Sebab ummi dah tanya tentang adik pada orang yang ummi percaya.”


“Betul ummi tak percaya apa yang dia cakap?”


“iye sayang…ummi kenal adik yang ummi kenal sekarang. Jangan fikir ummi akan percaya kata-kata orang lain. Adik percaya kan ummi kan, ummi pun kena percaya kan adik.”


Sudah tiga minggu adik dan ummi tidak berhubung. Tapi ini bukan lah penghalang untuk ummi lupakan adik. Tak mungkin.


Jauh di sudut hatinya, ummi sentiasa mendoakan agar ukhwah mereka tidak akan putus walaupun mereka berjauhan dan tidak berhubung. Dalam sebuah persahabatan, perlu ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain dan sentiasa jujur kerana ummi tahu, dia bukanlah seperti Abu Bakar, yang sentiasa teguh bersama sahabat sampai syurganya, Nabi Muhammad.


*********************************************************************************




Cemburu dalam berukhuwwah.. Wujudkah cemburu itu andai kita benar-benar berukhuwah kerana Allah? Nah.. Inilah kekhilafan kita dalam berukhuwah.. Mudah sungguh syaitan itu menyuntik helah...


Dalam berukhuwah, bukan kesempurnaan yang kita harapkan.. Juga bukan kerana kebaikan persahabatan itu dijalinkan. Sesungguhnya, sebuah ukhuwwah itu akarnya keikhlasan. Selagi kita ikhlas bersahabat kerana Allah, tanpa dihubungkan pertautannya semata-mata kerana keperluan dunia, nescaya kita mampu mengelak sebarang konflik dalam ukhuwah, InsyaAllah.


Bukanlah sebuah kehidupan, andai perjalanannya tanpa sebarang kekhilafan. Begitu juga ukhuwah.. Hati manusia sungguh rapuh. Mudah goyah dengan hanya secebis ujian. Bagaimana ujian dalam berukhuwah? Dalam ukhuwah, kadangkala kita mudah terasa, tersinggung, kecil hati dan bermacam-macam lagi perasaan yang mampu menimbulkan keregangan dalam tali persahabatan..sedangkan berlapang dada merupakan tahap rendah ukhwah selepas ithar. Namun itu lumrah.. Kerana manusia tidak sempurna, dan bukan serupa fikrahnya..


Waallahua’alam..

pukul 4.30 pagi.

Wednesday, March 7, 2012

sahabat itu....


Bismillahirahmanirrahim…
Allah…dah lama sangat teratak saya ini bersawang tanpa di bersihkan oleh tuannya. Tuannya sibuk sampai tak sempat nak bersihkan ye… InsyaAllah…akan di bersihkan sedikit demi sedikit…^^.

Baru-baru ini saya bertanya seorang demi seorang teman. Apakah yang di maksudkan ukhwah lillahi Taala? Tapi…saya tak dapat jawapan yang boleh dapat memuaskan hati saya. Kecuali dengan membuka alquran dan kitab-kitab yang saya rasa lebih memuaskan hati saya. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?



Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.

Dan saya juga pernah terbaca buku yang bertajuk “guru jutawan akhirat”. Di dalam bab sahabat, ia menyatakan adakah kita sebagai sahabat sanggup berkorban nyawa untuk sahabat yang kita sayang itu. Mampukah kita mengorbankan nyawa menjadi sahabat seperti itu? Ya seperti saidina Ali menggantikan tempat tidur Nabi, ketika nabi di buru oleh arab quraisy Mekah.di sebabkan kecintaan Saidina Ali kepada Nabi, beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya..

Sukar sekali untuk mendapat sahabat seperti itu sekarang. Masing-masing hanya mementingkan diri sendiri. Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini.

Sungguh…hati ini menangis mengingatkan sahabat tersayang saya. Pernah seorang adik menegur saya. “akak…saya dapat rasakan ukhwah akak dengan dia terlalu kuat…saya cemburu sangat”. Ya Allah..Engkau berilah kesihatan dan sembuh kan lah dia jika dia dalam kesakitan. Engkau mudahkanlah,tabahkan lah hatinya dalam mengharungi ujian-Mu.Allahumma amen.

Teman-teman silih berganti datang. Tetapi hanya dia seorang sahaja di hati saya. Yang setia bersama saya. Yang susah untuk berasa hati dan mengungkit. Yang sentiasa menegur jika tersilap. Sebak bila mengingatkan. Kenangan-kenangan manis yang sentiasa di hati ini tak akan pernah dilupakan. Walaupun baru setahun perkenalan. Tetapi sudah terasa lama bertahun-tahun.

Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada hari kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah.

Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?Jawab Nabi: Mereka itu golongan yang cinta-mencintai dengan roh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita.

Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita (hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah. Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ada udang di sebalik mi. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w. menyebut: Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah (riwayat al- Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).

Ya Allah…kekal kan kami ukhwah kami hingga di akhirat nanti…amen..


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...