Monday, February 28, 2011

“Solat is Best”

Alhamdulillah…22 dan 23hb Februari kami diberi peluang untuk ke kursus ”Solat Is best” anjuran modal pembangunan modal insan Selangor di masjid negeri Selangor. Saya dan kak hanis jadi wakil consultant untuk syarikat smart excel. Terima kasih sangat-sangat kat kak ju dan kak bai kerana sudi menumpangkan kami untuk bermalam selama 3hari 2 malam di hostel politeknik sallehudin alam shah.. free of charge la..hehe,…layanan pun terbaik laaa….=).. mekaceh banyak2.. kali ni berlainan sikit…sikit je. Kami ke shah alam dengan sendiri…naik ktm…selalu abi yang hantar..


Hari pertama..Kami orang yang paling terawal sampai di masjid. Semangat kan?hihihi.. kami dah di didik oleh abi supaya menepati masa. Selepas breakfast, saya dan kak hanis nak masuk ke dewan. Tiba-tiba terdengar nama di panggil. “kak ina…!!!” jerit seorang adik junior kt SAMTTAR dulu. Sekarang study kat Mesir.


“eh…kenapa macam kenal je korang ni…”sambil bersalam-salaman.

Borak-borak jap…. Rupa-rupanya ramai juga pelajar-pelajar Mesir anak negeri Selangor yang kebanyakannya ex-students SAMTTAR terlibat dengan kursus ni. Macam reunion pula di buatnya. Hampir 100 pelajar Mesir yang terlibat. Dan kebanyakkan dari ex-student SAMTTAR.

Alhamdulillah….penceramah untuk program kali ini di sampaikan oleh Ustaz Abu Sakan dari Indonesia. Terlalu banyak perkara yang perlu di baiki untuk mencapai khusyuk dalam solat.

Khusyuk dalam Solat memang sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-

Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya” [Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


Allah… Jiwa kite mestilah sentiasa positif,,,,hidup lah hati kita sentiasa di dalam keadaan bertuhan.. bagaimanakah hati kita selepas bersolat? Pernah kah kita muhasabah diri kita? Kita melakukan solat…tetapi masih marah2…masih mengumpat.. masih melakukan maksiat…. Adakah kita bersolat hanya di sebabkan tuntutan wajib? Alhamdulillah…belajar benda yang baru yang selama ni kite ambil sambil lewa.


Hari kedua pula banyak bercerita tentang umrah dan hubungan kita dengan Allah. Alhamdulillah…


Teringat ketika hendak menurun tangga . Tiba-tiba saya ternampak seorang kakak yang saya rindui. Dulu masa kat asrama,satu dorm dengan dia… selalu sakat saya. Saya amati betul…betul ke ni? Nape mcm lain je… saya try tegur..


“kak sarah!!!!”saya menjerit kecil…dari jauh saya dah terjerit…hihihi… tak salah orang lah…


“eh…ina… akak betul-betul tak perasan…da lain da sekarang ye…”saya tersengeh je la..borak-borak jap. Time rehat masa tu. Tak pasal-pasal kak sarah kenal kan dengan semua kawan-kawan dia.


“ni adik 1 dorm dulu….kenal kn…kenal kn….”kata kak sarah. Seronok jumpa kak sarah yang tak habis-habis dengan selambe nye…

sempat berposing dgn k.ejat..isteri ustz zuhaili..bak kate kak ejat..amik berkat pengantin baru...;p
rindu kak ju n kak bai...


Alhamdulillah….ukhwah terjalin…. Moga ilmu yang dipelajari diri ini dapat di praktikkan.. bukan senang untuk mencapai khusyuk .. mujahadah dan kekuatan dalam melawan nafsu dan syaitan serta merasa Allah sahaja di hati kita lah yang dapat membantu kita capai khusyuk. Rasakan…Hingga kita merasa roh kita yang menggerakkan setiap pergerakan fizikal ketika kita solat. Ya ALLAH …bantulah aku untuk menggapai redha-Mu…amen…

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...