Sunday, February 13, 2011

tegur menegur..

Saya rindu kat dia. Saya rindu kata-kata nasihatnya yang lembut...yang sentiasa sabar dengan karenah adiknya ini yang banyak ragam dan karenah ni...hehe.. Teringat malam tu sebelum tidur…saya berborak dengan seorang kakak mengenai tegur-menegur. Kak husniyah, senior USIM. Sekarang dah ambil PHD, dalam Quran dan hadis di UM.. Umur 24tahun, muda lagi. Sejak 2 menjak ni saya di pertemukan sahabat-sahabat baru yang kebanyakkan ambil master n PHD. Kak husniyah kata, kalau kita nak tegur orang…kita fikir…” eh, aku ni sayang dia x? kalau sayang aku mesti tegur…kalau tak sayang memang kita tak tegur” .


“kak…kalau kita tegur gurau-gurau boleh x?takut dia terasa pula kalu secara direct”


“tak sampai mesej kalau macam tu, nak tegur biar direct tp secara berhikmah,… memang pedih..tp kita sayang dia kan…jadi nak tak nak kita hadapi semua tu”


Tiba-tiba kak jue menyampuk…


“ dengar tu ina…siapa yang selalu tegur kau selama ni…”


“waaaahhhh….kak jue sayang kita ye….”


Kak jue da termalu-malu dah..

kenangan last-last sem...

Seriously, kak jue memang banyak bagi nasihat kat saya, macam-macam dia tegur saya.. Allah… kenangan yang tak dapat di lupakan…


Saya rindu kak jue…rindu dengan nasihat-nasihat dia. Upss…da nak nangis tiba-tiba…T_T..


“kak…kalau kita dah tegur dia buat lagi cam mana?nak tegur lagi ke?”


“ kena tegur walaupun dah banyak kali kita bagi nasihat… manusia kan cepat lupa dan iman pun naik turun. Jangan jemu untuk menegur. Itu pun kalau kita sayang kat dia.”


“tengok mak ayah kita…dia sentiasa tegur kita bila kita wat silap. Tak pernah jemu nak bagi nasihat kat kita. Sebab dia sayang kat kita.”


Akhir-akhir penghujung sem, saya semakin rindu…rindu sangat-sangat… masak sama-sama.. bergurau-gurau.. sakat menyakat…solat jemaah.. kenangan.. ya ALLAH…peliharalah ukhwah kami…


"Kalau awak salah saya tegur awak, kalau saya salah awak tegur saya. Saya nak masuk syurga dengan awak"

Hati diusik rasa terlalu tingginya gunungan dosa. Tegurlah andai terdapat cacat cela, nasihatlah andai diri terjauh menyimpang. Semoga sentiasa terpandu ke arah yang haq dan menjauhi dari keburukan
.


No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...