"Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta.Berilmu bukan beerti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan.Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan.Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa.Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi "
Monday, February 21, 2011
::mencari kenalan mudah...mencari kawan susah::
Mencari kenalan mudah, mencari kawan susah,
Kawan di dalam Islam bukan sekadar satu agama,
sama-sama beragama Islam;
Kawan itu selain seagama ia adalah sama-sama mempunyai cita-cita agama;
Kawan adalah seperjuangan di dalam satu jemaah di bawah satu pemimpin menuju satu cita-cita, cintakan Tuhan,
Sikap kita dan dia adalah sama,
Kesusahan kita kesusahan dia, kesusahan dia kesusahan kita,
Kegembiraan kita kegembiraan dia, kegembiraan dia adalah kegembiraan kita,
Kita dan dia bela-membela, keluarganya keluarga kita, keluarga kita keluarganya,
Masing-masing mengambil berat satu sama lain, tengok-menengok, bantu-membantu sesama,
Seolah-olah kita dan dia satu keluarga, satu ibu dan satu bapa,
Mati keluarganya diziarahi, kita mati, keluarga kita diziarahi, silaturrahim berterusan dan berpanjangan.
Aib dia kita tutup, aib kita dia tutup, sayang-menyayangi, kasih-mengasihi,
Lama tidak berjumpa rasa rindu bila bertemu susah hendak berpisah,
Mana ada orang yang kita bertemu semacam ini,
Di sini baru kita faham mencari kawan itu susah, hampir mustahil,
Mencari kenalan mudah berlaku,
Di sinilah rahsia mengapa umat Islam di hari ini tidak boleh bersatu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~
No comments:
Post a Comment