Sunday, February 13, 2011

berkasih sayang....=)

“Umi…adik nak minta sesuatu boleh x?”

“apa dia dik?” saya menjawab.

“adik nak panggil umi sampai bila-bila boleh? “ Auni tersenyum memandang mesej itu.

“bagi 4 sebab kenapa nak panggil umi?” saya menyakat adik ni.

“pertama..nak latih akak jadi umi sebelum jadi umi betul-betul….kedua. Umi macam mama adik….bla…bla…blaa..bla….”

“ok…panggil laah… umi x kisah pun…”

“Betul ni Umi tak kisah…?”

“yee…umi tak kisah pun…”

“Umi…adik ada buatkan sesuatu untuk umi…nak bagi Umi….”



Ya Allah…

Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi SAW,

Sahabat Nabi setia di sisi,

Sahabat saya datang dan pergi,



Ya Allah…

Saya muhasabah,

Menerawang sendiri,

Dari kecil hingga ke saat ini,

Ramai sudah bertandang di hati,

Ramai juga yang datang dan pergi.


Ya Allah…

Engkau temukan aku dengan seorang umi,

Umi ketawa,

Saya gembira….

Umi sayu,

Saya syahdu….

Umi layu,

Saya pilu…

Ya Allah…

Umi saya,

Sahabat saya,

Rahmati lah kami,

Meniti usia,

Terpisah kami di alam nyata,

Temu kan kami semula di taman syurga…

Ya Allah…

Umi saya buah hati saya,

Mesra kami penawar duka,

Rajuk kami membuah ceria.



Ya Allah…

Silaturahim kami,

Ukhwah fillah,

Bermusuh kami,

Na’uzubillah…

Berpisah mati,

InsyaAllah…pengubat hati…

~Doa Rabitah~




Khas untuk adik…


Adikku sailormoon….

Gantikan lah gelaran ini dengan gelaran srikandi-srikandi Islam,

Hebat adik seperti mereka…tabah adik seperti mereka,

Kau bunga-bunga Islam yang sedar mekar di taman…

Kau berkongsi serba sedikit persamaan dengan diriku…

Sifat kemanjaan mu…keanak-anakn mu…

Tetapi di sebalik semua itu, wujud kematangan di dalam dirimu yang tidak kau sedari,

Lagi ketara setelah Allah memberimu pelbagai ujian di dalam hidupmu…


Adikku….

Bila kau merajuk…umi memujuk…

Bila umi merajuk…kau tidak memujuk…

Tetapi ia menceriakn suasana kita..

Kita sama-sama suka…



Adik…

Jangan adik tangisi apa yang bukan milik adik,

Kerana itu bukan milik adik,

Bersihkan hati adik. Ikhlaskan lah hati dan redhalah dengan ketentuan-Nya..

Kerana kita adalah sebenar-sebenar hamba..

Jadilah hamba yang tahu kenal diri, serta sentiasa bersyukur kepada Tuhannya..

Sampai di sini sahaja nukilan umi…

Pertemuan kita ada titiknya…

Bersiap sedialah wahai adikku…

moga bertemu kita kembali di negara yang kekal abadi…

amen….

1 comment:


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...