Tuesday, February 1, 2011

::Pujuklah Hati::


Bijak pandai pernah berkata, “we can’t direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita. Inilah kelebihan manusia, sebagai khalifah.



Ingat,setiap kali sesuatu menimpa kita, sama ada baik atau buruk… itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan kita hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti kita akan mencapai kebaikan secara berterusan pula.



Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri… aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku. Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.

~external~ belajar melalui environment ....but...perlu ade internalnya..(memandai2 je saya,hehe)^_^..


Wahai Ina...Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.


sumber: ustaz Pahrol Juoi

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...