Thursday, February 3, 2011

Sekejap...memberi kesan...T_T

Pesanannya masih Haura' teringat2.. di hadapan skrin laptop Haura'.


“Haura’ jangan lupa bangun tahajud ketika orang lain di buai mimpi dan banyak-banyak solat taubat. Ana mahu ke masjid sekarang.. nanti kita sambung perbincangan ni ye…ana dah lambat ni”. itu kali terakhir kami berhubung sebelum dia ke masjid untuk solat zohor.


Keesokannya….


Pagi-pagi lagi mesej Haura’ berbunyi. Haura’ biar kan dulu. Dalam beberapa minit Haura’ buka inbox.


“kak…abang dah tak de…abang dah tinggalkan adik selama-lamanya..”


Haura’ tekan butang reply…


“abang pergi mana dik?”


“abang dah tak ada kak…abang dah tinggal kan adik..abang dah pergi selama-lamanya”

Haura’ anggap mungkin ini satu gurauan. Haura’ bertanya lagi.


“adik…adik jangan main-main dik…abang pergi mana? Cakaplah betul-betul..apa dah jadi sebenarnya dik..”


“kak…abang dah meninggal dunia, tak kan adik nak tipu…akak…adik nak abang…”


“innalillahi waillaihi rojiu’n…ya Allah…adik..cerita kat akak,..apa yang dah berlaku sebenarnya”


“ malam tadi, pukul 11.30 abang telefon adik.. abang suruh adik tidur dulu..jap lagi abang balik abang tengok adik dalam bilik. Macam-macam abang pesan, cuci kaki, ambil air sembahyang, bce doa..baru tidur. Pastu pukul12 kawan abang call makcik, cakap abang kena langgar lori, masa nak melintas jalan, pastu terus bawak pergi hospital mandi dan kapan kat sane..sebab kepala abang dah hancur…”


Ya Allah… Haura’ terus call adik… tapi x di angkat. “akak..Baru hari selasa hari tu kitorg sambut birthday sama-sama…sekarang abang dah tak ada.”


Haura’ bagi kata-kata semangat yang termampu haura’ bagi pada adik ni, sedangkan diri dia pun tak terdaya. Tetapi Haura’ tak nak tunjuk lemah pada adik ni.


“kak…ada benda yang abang tak sempat nak bagi tahu kat akak dan ada benda yang abang x sempat nak bagi kat akak…”haura’ terima sms dari adik tu lagi.


“ apa dia dik?"


“nanti adik bagi tahu… mungkin ada hikmah kan abang tak nak bawa adik…selalu abang tak pernah tinggal kan adik kalau abang keluar ceramah lama-lama. Abang tahu adik tak ada kawan kat umah. Banyak kenangan dgn abang… akak jangan la tinggalkan adik juga…mak dan abang adik dah tinggalkan adik, adik dah tak ada tempat bermanja.”


Air mata haura’ jatuh bercucuran…ya Allah…tabahkan hati adik ini ya Allah… dia sangat manja dengan abangnya…


“dik…macam mana pun…kuatkan hati ye…cakap pada diri yang adik cukup dengan Allah… apa-apa pun berlaku bahkan kalau kita kehilangan mak ayah pun, kita rasa kuat sebab Allah ada untuk kita..”


Haura’ terus mengambil wudu’ dan sedekahkan beberapa surah di dalam ayat-ayat Allah…moga ketenangan berada di dalam diri Haura’.


Pertemuan di dalam sebuah program membibitkan sebuah ukhwah antara kami. Ya Allah…cucurilah rahmat ke atas roh nya ya Allah…moga ia berada di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh. ameen.. al-fatehah...


sajak kali terakhir....T_T


kalau dulu ku tahu nikmat iman itu sgt manis.semanis madu...
sudah lama ku titipkan dalam hati ini dgn cara Islam..
sudah lama ku sarungkan kaki ini dengan sarung stokin yg comel...
agar tidak nt aku berpijak di atas landasan api yg panas kela...k..


andai ku tahu bertapa selamatya bertudung labuh...
sudah lama ku jadikan tudung yg berkain jarang itu..bukan dr sebahagian jemuran di ampaian..
bila ditiup angin...terbang entah ke mana
habis mengundang bencana..


kalau ku tahu permata dan berlian itu indah
indah dipandangan mata hingga mengundang petaka
sudah lamu ku jadikan tudung yg bertahtahkan permata n berlian itu sebagai..pengalas meja...bukannya menjadi p'lengkap m'singkatkan lagi hingga menampakkan yg tak sepatutnya..subhanallah..


andai ku tahu bunga mawar itu cantik..
mudah menjadi panahan lelaki..
kelak membinasakan diri..
seharusnya aku harus menambahkan duri2 mawar
agar tidak mudah aku terjebak dgn londakan nafsu...
agar tidak mudah daki-daki kotor berpaut pd pautan itu..

1 comment:

  1. salam takziah buat ina dan seluruh ahli keluarga beliau..syahdu akak bace n3 nih..pe pun kita same2 doa semoga rohnya di cucuri rahmat..Ameen

    ReplyDelete


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...