"Untuk apa meraih kecintaan manusia andai diri dimurkai Sang Pencipta.Berilmu bukan beerti menunjukkan kepandaian tetapi hanyalah utk diamalkan.Tiada berguna memperoleh sanjungan disisi ramai andai diri hina disisi Tuhan.Aku hanyalah seorang hamba hina yg sering diselubungi dosa-dosa.Hanya mampu merayu dan mengharap agar diri ini kembali bersih sebelum pergi mengadap Illahi "
Sunday, September 19, 2010
Jalan-jalan cari makan 1 (^_^)
Raya ke-7
Pagi tu Mak saya terima panggilan dari nenek saya,minta saya bersiap-siap. Dalam jam 9 lebih nanti akan bertolak. Tapi mak saya macam tak bagi je. Mak siap ckp lagi..”ermm…siapa nak masak tengah hari nanti? Kalau nak ikut pergi masak sekarang.” Dan saya pun melihat jam,errmm.. nak dekat pukul 9. Ermm..sempat ke ni? Tak apa lah…masak jelah.. dengan kelam kabutnya,masak simple2 jela kn. Tapi dalam hati tu dah cam sedih sangat,sebab memang rasa tak sempat pun. Last-last, siapkn bahan masak..terus masuk bilik and buka laptop.. tiba-tiba dapat YM dari kak iman,kakak usrah saya dan saya menceritakn ape yang terbuku kat hati ni. Kak iman kata..
“ sekarang, ina g masak dulu…”
“tapi kak..macam tak sempat je…”
“pergilah masak dulu, adik akak boleh..!!!”
Dan saya pun dengan semangatnya ke dapur semula. Alhamdulillah, siap dalam 9.30.hehe.. memang tak sempat. Tapi mak saya macam pujuk-pujuk saya lagi..
“laaa..cepatla siap..nanti nenak datang kang”
“erm..tak pe lak mak..tak nak pergilah..macam tak sempat je. Dorang mesti dah siap.” Dengan nada merajuk..hihihi. ina ngade2!!!
“ngada-ngadanye…cam budak kecik..sempat…cepat siap…!!” Dengan lambat macam kura-kura..saya pun bersiap-siap..sebab nye saya cam tetibe je rase x bez,n tak nak pergi.huhu..
“laaaaa…lambatnye ko ni siap ina…cepatlaaa”mak saya dah bising dah…hehe.
“erm…takpelah…malas kot nak pergi…”
“betul ni..erm…suka hatilah”
Sememangnya saya paling tak suka siap dalam keadaan kelam kabut. Kalau dengan kawan-kawan pun, bile ada yang ajak last minute , memang saya susah nak pergi.dan tetiba saya dapat panggilan dari sahabat saya izzati.
“ina…nak ikut kitorg pergi PD x? lin dengan Nisah sekali…”
“ha…erm…wt pe pergi sana?”
“alaaa…jomlah jalan-jalan je..”
“erm…jap..kena tanya mak dulu…bagi ke x..”
bersambung.....
Tuesday, September 14, 2010
jemputan perkahwinan norsufazreena..????=)
Salam lebaran kepada seluruh umat Islam yang menyambut lebaran. Moge-moge ramadhan hadapan kita akan bertemu kembali…insyaAllah.. raya tahun ni tak semeriah seperti tahun-tahun yang lepas. Kenapa? Adalah…hehe.. sahabat-sahabat yang bertanya secara terperinci,saya akan cerita. Kalau tak..tak la..ehe..
Kenapa ek, ke mana-mana saya pergi, ada je orang tanya bila saya nak kahwin. Allah.. kalau boleh saya nak esok juga..hehe.. semua tu urusan Allah. Kalau dah datang seru,dah ada calon..go je la kan.. perlu kita tahu yang tiga perkara sudah dijanjikan Allah SWT yang tertulis di Lohmahfuz atas kesemua umat manusia adalah rezeki, JODOH, dan ajal. Perjanjian ini akan terlaksana tanpa sedetik pun lewat apabila tiba masanya. Usahkan ribut, taufan sekalipun tidak boleh mengganjakkan janji ini.Hanya DOA yang mampu kita pinjam sebagai pena untuk mencoret kepada kisah pengakhir janji Tuhan itu. Untuk persoalan jodoh, saya rasa saya kena betul-betul mempersiapkn diri. Kita semua nak yang terbaik dalam hidup kita kan, walaupun saya rasa memang saya tak mampu nak dapat semua tu.. hanya pada Allah yang mampu saya serahkan, kerana DIA lah yang mengetahui mana yang terbaik dan layak untuk saya.
Termenung seketika,mengimbas kembali kejahilan yang pernah di lalui, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya ketika ini, hanya pengharapan pengampunan sahaja saya minta dalam membaiki diri ni. Bila memikirkan soal jodoh, saya mesti akan terfikir, macam mana kalau ada anak nanti nak didik anak-anak ni jadi anak yang soleh dan solehah. Kalau nak anak-anak kita yang akan datang jadi soleh dan solehah kenalah bermula sebelum kita mendirikan rumah tangga lg kn. Ya !!! peribadi si ayah dan si ibu sebelum itu. Allah..hati ini merintih..pimpinlah aku dalam membaiki diri ini ya Allah. (“erk…apasal tetibe cerita tentang anak ni..kahwin x lagi…=p”)
Teringat perbualan saya bersama seorang kakak usrah saya yang saya panggil kak long. “tau tak yang perkahwinan ni sebenarnya menambah beban sebenarnya” saya tersenyum dan setuju dengan pendapat itu. Sebab beban itu lah bagi saya menjadikan kita belajar lebih untuk bertanggungjawab dan mempunyai peranan yang sangat besar sebenarnya antara satu sama lain. Teringat saya buku penulisan ustaz pahrol, apa yang sebenarnya kita perlu ada sebelum menempuh alam perkahwinan? ~ILMU~ itulah jawapannya. Ilmu apa? Macam-macam ilmu yang perlu kita pelajari selain ilmu rumah tangga.
Saya tersenyum sendiri, dan tergelak sendiri bila ada yang bertanya bila saya hendak mendirikan rumah tangga. Nak tahu tak jawapan apa yang saya bagi? “ insyaAllah..hujung tahun ni atau tahun depan..” dan saya tersenyum. “jangan lupa jemput ye…” saya menjawab semula. “insyaAllah…mesti”.. dan kalau ada yang siapa-siapa tanya saya ni dah berpunya ke belum saya akan jawab “ maaf..saya dah bertunang..”.=p. ni jawapan kepada lelaki yang tiba-tiba tanya tentang saya,.dan “gatal”…hihihi.. minta maaf lah ye…sesiapa yang berkenaan tu…huhu..tapi kan,sememangnye pun kita sudah bertunang dengan kematian, hanya menunggu saat bernikah sahaja.
Masa berlalu dan terus berlalu, moga Allah permudahkan saya dalam segala perkara. Ya Allah yang maha pengasih dan maha mengetahui.. hamba ini perlukan petunjuk-Mu ya Allah dalam setiap perkara. Bantulah aku..pimpinlah aku dalam membaiki diri ini. Jadikan masa yang lepas itu sebagai guru untuk menjadikan aku manusia yang sentiasa membaiki diri dan mensyukuri nikmat-Mu.ameen.. hati ini bermonolog:segala yang terjadi..aku tahu ada kasih sayang Allah di situ.. moga Allah sentiasa pelihara hati ini untuk menghadapi semua ini,biarlah org yang pernah kenal aku dulu judge aku cm ne. pandangan Allah yang utama dari pandangan manusia. Tiba-tiba teringat sebuah lagu mawaddah ni…huhu..”ku pinta redha-Mu”..
Jika redha-Mu Kau beri padaku,
sekalipun seluruh dunia menghinaku..
Aku tak peduli….
Monday, September 13, 2010
ISTIKHARAHKU MEMBISIKKAN SESUATU…
Persoalan Lazim Remaja

”Bagaimana kita nak tahu si dia terbaik untuk kita atau tak?”
”Lepas istikharah mesti nampak dalam mimpi ke?”
”Dia kata, dia akan tetap cuba dapatkan saya sebab dia nampak saya dalam mimpi lepas buat istikharah. Macam mana tu? Perlu ke saya terima dia padahal saya tak yakin pun dengannya?”
”Saya takutlah nak buat istikharah. Takut nanti nampak apa yang saya tak kenan.”
Apa Itu Istikharah?
Istikharah merupakan suatu doa dalam membuat sesuatu pilihan samada dilakukan dengan cara berdoa sahaja ataupun sebaik-baiknya solat sunat terlebih dahulu kemudian diikuti dengan doa. Ia dilakukan bukan dalam urusan memilih jodoh semata-mata bahkan dalam apa jua urusan yang melibatkan dilema membuat pilihan.
Contohnya, nak beli kereta VIVA atau Myvi bila dah mula kerja nanti, nak balik kampung atau ikuti program keusahawanan ketika cuti semester depan, nak pilih course Undang-undang Sivil atau Undang-undang Syariah, dan sebagainya. Serahkan kepada Allah dalam membuat pilihan dengan istikharah dan musyawarah (berbincang).
Namun, tiada istikharah dalam menolak perintah Allah atau melakukan larangan-Nya. Contohnya, nak pakai tudung ke tak? Nak pakai jeans ke baju kurung? Nak pergi dating atau study? Dan sebagainya.
Istikharah Menghapus Unsur-unsur Ramalan
Islam datang memancarkan sinar ketika masyarakat Arab jahiliyah sedang tenggelam dengan amalan menilik nasib, dukun, mentera dan meramal masa depan. Pelbagai kretiviti direka-reka untuk menilik nasib ketika itu seperti meramal dengan bintang, meramal dengan sial burung dan mengundi dengan undian belahan-belahan kayu yang keras yang telah dihaluskan. Mereka meramal untuk mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk memulakan perniagaan atau meramal kalah menang dalam peperangan dan sebagainya.
Firman Allah SWT, maksudnya: ”Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (Surah al-Maiah: 90).
Sebagai pengganti kepada unsur-unsur ramalan seperti ini, Allah SWT mensyariatkan istikharah yang mengandungi benih tauhid dan kebahagiaan di dalamnya. Tidak akan menyesal orang yang memilih untuk beristikharah sebelum memutuskan urusannya.
Doa Istikharah
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
Galakan Istikharah
Melihat galakan istikharah yang tinggi dalam Islam hingga ada yang menganggapnya wajib. Namun, ulama salafussoleh bersepakat bahawa istikharah itu sunnah bukan wajib.
Kata Jabir bin Abdullah: Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini…” (Hadis Sahih Riwayat Bukhari).
Imam al-Syawkani berkata dalam Naylul Awtar bahawa istikharah disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya.
Rasulullah SAW bersabda: ”Salah satu sumber kebahagiaan anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukan anak Adam ialah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telah ditentukan kepadanya.” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)
Petunjuk Istikharah Melalui Mimpi?
Petunjuk istikharah tidak semestinya dalam bentuk mimpi. Ia boleh hadir dalam bentuk ketenangan hati. Demikian pendapat Imam Nawawi r.a. dan disokong oleh kebanyakan ulama. Setelah beristikharah dan berbincang kemudian diteguhkan pendirian dan dipermudahkan jalan ke arahnya, itupun suatu petunjuk. Jadi kenapa perlu takut untuk istikharah?
Jika seseorang itu mengalami mimpi yang menenangkan hatinya setelah istikharah, ianya hanyalah satu bonus daripada Allah SWT buatnya. Petunjuk tidak semestinya melalui mimpi!
Jangan terpedaya dengan seseorang yang berhujah dengan mimpinya sendiri untuk memaksa orang lain menerima dirinya. Mimpi orang lain tidak boleh menjadi hujah bagi kita!
Hatta kalau kita sendiri yang bermimpikan seseorang setelah istikharah, kita mesti memastikan terlebih dahulu mimpi itu tidak dipengaruhi oleh kecenderungan tertentu akibat tidak menjaga hati dan membiasakan diri dengan banyak perkara yang melalaikan.
Imam Ibnu Hajar al-Asqolani menekankan supaya jangan cenderung kepada salah satu antara dua atau lebih pilihannya sebelum membuat istikharah. (Fath al-Bari, 11/223).
Jangan sandarkan keputusan sepenuhnya kepada mimpi tanpa mempertimbangkan hujah yang jelas dengan perbincangan melalui petunjuk al-Quran dan al-Sunnah .
Wanita Hanya Perlu Menunggu dan Beristikharah? Perlu ke Wanita Berusaha Mencari Jodoh?
Ye, wanita juga perlu berusaha. Tapi bagaimana caranya?
1.Berusaha menyediakan diri sebagai produk ‘solehah’ yang diidam-idamkan. Biasanya produk ‘solehah’ yang bermutu tinggi dari segi agama dan akhlaknya mempunyai permintaan tinggi di dunia dan di akhirat. Apabila sesuai masanya dan tepat orangnya, serahkanlah ‘kesedian hati’ anda untuk dirisik dan dipinang dengan jalan yang syarak.
2.Berusaha mengawal diri supaya jangan gedik, mudah menyerah dan mudah melayan kerana wanita sebegini biasanya begitu senang untuk dimiliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja. Biasanya wanita yang senang dimiliki (hanya dengan sedikit godaan berupa sms, call, puji-pujian dll), senang pula untuk dipersia-siakan.
3. Berkawan dengan rakan-rakan sejantina yang solehah. Jodoh anda mungkin di kalangan abang mereka, saudara mereka dsb yang soleh-soleh juga. Jelaskan niat bahawa itu bukan matlamat tapi wasilah semata-mata.
4.Jika anda terpikat pada agama dan akhlak seorang lelaki dan anda ingin memulakan, pilihlah cara melalui orang tengah yang soleh. Jangan menghantar hasrat terus kepadanya kerana ia boleh menjatuhkan martabat dan kemuliaan ‘malu’ anda di matanya.
5.Minta ibu bapa, abang atau saudara-mara yang mencarikan untuk anda.
6. Jika anda dirisik secara langsung oleh seorang lelaki dan anda memang menyenangi agama dan akhlaknya serta berkeyakinan dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yang lebih mulia iaitu dengan terus melibatkan ibu bapa, bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia. Ingat cara yang menggunakan orang tengah dan menjauhi fitnah itu adalah cara yang dilakukan oleh Rasullah SAW.
Saturday, August 28, 2010
iftar jamai' TAA4.
“Shah…kawen nanti jangan lupa jemput…” kata seorang sahabat. Kami semua da tergelak-gelak. N sakat menyakat pun bermula. Tiba-tiba bab kawen pula jadi topic kami.Haaihh…macam-macam. Kami kelas yang paling kecoh n banyak kerenahnya.detik-detik perpisahan semakin hampir. Tapi bila diingat-ingat kan balik kata-kata ni,mungkin ia akan menjadi ubat kerinduan kami pada suatu hari nanti, Sahabat bukanlah semestinya sentiasa dekat jaraknya. Tetapi yang sentiasa di hati dan di ingati dalam bisikan doanya.. Moge ukhwah ini sentiasa di rahmati Allah..(^_^)..insyaAllah..
::Pencarian::
Suatu kisah,Kisah benar belaka
Seorang lelaki dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Bukan calang-calang calon yang di usulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa arab
Pendek kata tip top!
Si lelaki mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si lelaki menjenguk laman web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Bergambar sakan…
Aduh!!!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Hanya kerana gambr di tayang
Pemilihan terbatal
Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur
Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si lelaki tetap tidak berganjak dengan keputusan
Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada seribu lelaki yang tidak soleh.
Thursday, August 5, 2010
kehidupan 1
“Ina…cuba tengok kat depan umah kita tu…asyik dating jeee…”kata seorang kakak kepada saya. Saya diam, dan masih menghadap laptop. Tak nak tengok..hihihi
“eeeiii… aku nak solat ni pun cam susah nak solat. Asyik dating je..” saya diam dan tersentap. Aik…kenapa pula susah nak solat..solat jela.. tapi cakap kat dalam hati jelah…kui3.. Bukan saya tak nak bangun melihat dan membalas apa yang di rungutkan itu. Tapi hanya mampu merintih dan berdoa. Di samping menjadi peringatan kepada diri saya.
Kenapa ye, dia tak nak mengambil pengajaran dengan apa yang dia lihat. Tau pun ye rasa jelik bila tengok orang dating-dating. Tapi ambil pengajaran tak.. saya masih diam..
“ina..ko tak nak ke siapa-siapa ambil ko? Tiap kali nak pergi balik umah di ambil”saya faham maksud dia.
“tak nak lah kita,kita ada sapa je pun. tak apalah kalau ayah kita yang amik. Dia pun teristime gak.”
“alaaa..bukannye tak boleh,ina je tak nak”
“takpelaaa…kita nak tunggu suami kita yang ambil kita nanti, barula best”. Terus dia terdiam dan saya terus keluar bilik. Tolonglah, saya tak nak jadi macam dulu”AKU PERLU BELAJAR DARI PENGALAMAN YANG LALU!!!. Ya Allah, jadikan aku seorang yang sabar dan tabah dalam menghadapi orang di sekeliling aku.
Teringat pagi sabtu yang lepas. Pagi itu saya perlu ke kelas memandu dan saya mengambil keputusan untuk menunggu di luar pagar. Sambil menunggu saya mendengar lagu di hp saya. Tetiba sebuah motor berhenti di depan jiran rumah saya. Saya yang terpandang sekali jadi tertoleh 2x. “eh,cam kenal je…”
“weii…ko ke? Wat pe kat sini…haaa…nak jumpa sape ni? Makwe ekkk?”. Haaa…selambanya saya berkata demikian. Nampak muka dia dah cuak dah.hahahha. “eh..ina..ko duduk sini ke? Patut la tadi cam kenal je..” sambil motornya ingin menuju ke depan saya. Hati saya dah berdebar-debar dah..hahaha.. bukan berdebar apa pun..takutlaah. orang cakap apa kang.
“haa…yelaa..kita dok sini la…ooo…ko la yang selalu dating ye…” upppss…selambenye ko ina kalau berkata.
“eh..taklah,kadang-kadang je…ni adik angkat aku la..” dan ketika motor dia nak hampir dengan saya. Hp saya berbunyi.. haa..alhmdulillah.. maka,berpatah balik la motor dia ke tempat arah tujuan dia yang sebenar..hohoho..
Begitulah kan, macam-macam. Sejak saya masuk sem ni saya lebih banyak diam dan mendengar. Mungkin sejak kenal kak tiqah.. banyak tarbiyah-tarbiyah yang dia masukkan kat dalam diri saya. Entah nape ntah tiap-tiap pesanan dia saya asyik terngiang-ngiang je. Hehe..Terima Kasih ya Allah kerana mempertemukan pertemuan ini.(^_^).
“dik..kita jangan cepat terasa dengan orang lain. Nak jadi daie kena berlapang dada. Jangan mudah terasa. Kalu kita terasa ingat lah kebaikkan yang pernah dia buat kat kita”
“ dik..ingat..adik kena tegas. jangan biarkan sahabat kita mengata-ngata tentang sahabat yang lain.”( lebih kurang cam suka mengata,mengumpat la).
Didik lah diri kita menjadi seorang yang tegas. jangan mudah terpengaruh. Bila orang mengumpat, kita pun nak join. Kita pun nak mengapi-apikan. Kata-kata ni sungguh berkesan di hati saya. Bila perkara ini berlaku kepada saya. Saya hanya mampu diam dan focus dengan apa yang saya lakukan pada waktu itu, walaupun pada watu itu sahabat saya sedang bercerita yang tidak patut. Dan automatik, sahabat saya akan tukar topic bila saya mendiamkan diri. Kadang-kadang kita tak sedarkan, Bila kita tak puas hati dengan kawan-kawan yang lain mulalah kita membuka pekung di dada. Bercerita kepada kawan-kawan yang lain, dan dari situ kita membuka aib kawan kita sendiri. Ya Allah…baiki hatiku…
“dik..utamakan yang lebih utama dulu dik. Banyak lagi tanggungjawab kita kat luar sana tu, jodoh semua tu akan datang, insyaAllah. Banyak-banyakkan doa. Lakukan yang utama dulu ye.” Kerap kali saya di nasihatkan tentang perkara itu..=)
“ dik, ingat…kita jangan mengata lecture yang mengajar kita tu..jangan merungut.. semua tu ade sebab napa die lakukan semua tu”
“dik,jangan cepat merungut ye…sentiasa bersangka baik dengan Allah”
Semuanya tergiang-giang di hati,akal fikiran saya. Bila saya ingat-ingat balik, sedikit sebanyak saya mengaplikasikan dalam hidup saya. Saya sedar semakin lama saya hidup kat dunia ni, saya rasa semakin sikit ilmu yang saya belajar. Walaupun saya dah tahun4 di Usim. Banyak yang saya kena belajar lagi tentang kehidupan ni.
“akak tengok Adik kurang memerhati, sebab tu akak nak kena tanya banyak soalan kat adik.” Toing3..kan dah kena. Saya ni suka sambil lewalah pulak..ihik3.. Apa-apa pun saya kena usaha menjadi seorang manusia yang sentiasa ada usaha untuk membaiki diri.. untuk mendapat yang terbaik..kena lah berusaha ke arah tu gak kan..ngengeengeee… doakan saya ye…(^_^)
Wednesday, July 28, 2010
Alarm...
Berhati-hati saya masuk ke dalam bilik kak bai dan kak ju. Dari awal pagi tadi hati saya macam tak tenang dan tenteram. Rasa serba salah semakin menjadi. Saya duduk sambil melihat kak bai mengemas tempat tidur,dan menyusun bantal-bantal sambil memikirkan ayat apa yang patut saya gunakan untuk memulakan, saya hanya ingin meminta nasihat dan pandangan.
“kak..kita nak tanya la..apa adab-adab kita bersama kawan-kawan yang serumah dengan kita pastu sebilik dengan kita?”. Saya memulakan perbualan. Kak bai berhenti seketika dari mengemas.
“kenapa ina, kenapa awak tanya macam tu?”
“saja je tanya kak…hehe”. Saya gelak hambar sambil menahan air mata yang sedang bertakung, suara dah serak-serak basah. Cepat betul hati ini tersentuh.
“ok..cuba awak bagi tau akak, apa masalah awak sebenarnya”. Kak Bai memancing saya. Saya memang ada masalah sikit tentang diri saya ni..hehee..
“Akak…kita tak tahu lah kak.. Kita tak boleh laa.. Kita tau kita cam mengganggu orang tidur. Yela..akak bayangkan, alarm kita tu bunyi kuat, pastu mesti mengganggu orang tidurkan.Tapi, kita tak boleh. Kita kena set juga”.
“Ok, awak set alarm awak pukul berapa,pastu awak ada bangun tak lepas sekali alarm tu berbunyi,haa.. lagu apa awak pasang?
“ kita selalu set dalam kol 4 lebih or kol 5 or kol 5.30. bangun memang bangun kak. Tapi kena berkali-kali alarm tu berbunyi baru bangun. Lagu apa kak? Lagu umbrella, sebab dia cam mengejutkan..so,saya rasa dengan lagu tu saya le bangun,tapi tunggu dalam beberapa kali baru saya bangun.”heeee..
“Erm, dulu macam nilah masalah akak,ok.. tak apalah. Macam ni, lepas ni kalau boleh, awak disiplinkan diri awak. Bunyi je alarm pertama terus matikan dan bangun. Lagu cuba tukar lagu-lagu zikir ke.. ayat orang tengah baca al-Quran ke.. Betul..tenang je dengar nanti.. akak pun pernah alami bende ni”
“aah…ok2..betul jugak tu kak..ermm..nant kita tukar dengan zikir dan ayat-ayat al-quran.”
Seminggu berlalu, saya telah menukar alarm saya dengan alunan zikir, dan ayat al-Quran. Moga-moga ia menjadi ketenangan kepada roommate saya dan bukan sebagai gangguan. T_T..Alhamdulillah… berhasil akhirnya. Sebelum ni saya tahu mereka terganggu, sampai mereka kejutkan saya minta off alarm. Saya tak terasa pun malah terasa serba salah pula. Selepas tukar ringtone alarm, kejadian macam tu dah tak berlaku dah..hehehe. n paling bez..x payah berkali2 alarm tu berbunyi. Bak kata kak bai, disiplinkan diri bila bunyi alarm yang 1st terus bangun. (^_^)…~saya memang suka meminta nasihat dan di nasihati.. nasihatkan saya selalu walaupun kadang-kadang payah untuk kita terima. Apa-apa pun terima dengan hati terbuka dan jangan mudah terasa hati. Dengan nasihat itulah kita dapat membaiki diri kita yang kadang-kadang kita tak sedar kesilapan apa yang kita lakukan. Sebab saya sedar diri saya ni memang suka ikut kepala sendiri je.sampai tak fikirkan perasaan orang lain lak…hihihi..~
Friday, July 9, 2010
Rindu pun mencengkam di hati
“haaih…akak tak tahu budak-budak ni macam mana lepas awak dah stop ina. Budak-budak ni dah lah manja dengan kamu” saya hanya mampu tersengeh dan menjawab alah kadar. “tak a pa kak..ada cikgu lain” sambil tersenyum.
Teringat pula masa 1st time mula bekerja di situ. Tenaga pekerja hanya dalam 3orang untuk menguruskan 30kanak-kanak termasuk baby. Kelam kabut semestinye iye..huhu Saya yang 1st time bekerja kat situ sebaik tidak kekok nak uruskan. Sebab pengalaman menjaga adik-adik dan sepupu-sepupu yang berduyun-duyun gitu.hihihi. Sampaikan pengurus tu ingat saya penah berkhidmat kat mana-mana taska sebelum ni.hehe..
“tak ada lah kak, saya dok jaga adik-adik n sepupu-sepupu kat umah je. Tak penah pun kerja kat taska lagi sebelum ni” bila majikan ku bertanya sama ada saya pernah ke tak kerja kat taska sebelum ni.
Dalam beberapa hari selepas itu, sahabat-sahabat saya dari usim pun datang. Alhamdulillah…pengurusan kembali teratur. Pernah majikan saya memberi penilaian dan bercerita-cerita santai dengan sahabat-sahabat saya. “ ina ni garang ye… shu pula tak garang..”hehe.. tersenyum saya mendengarnyee.. Saya memang garang pun. Tapi dalam hati ada taman.hihihi…sebab itu saya pelik…budak-budak ni le pula rapat dengan saya.
Ain..roziq..ulzma..nurin1hari tu Muhammad datang pada saya sambil bisik pada saya. “cikgu,jom kita main pukul berapa datuk harimau nak?” haha..saya sudah tergelak dah., sambil menjawab “ cuba tanya dengan cikgu ain(selaku penyelia)” Muhammad menggeleng. “laaaa…pergilah tanya cikgu ain..g tanya..le ke x?.. Dia menggeleng sambil tersipu-sipu.
“ cikgu jom main geletek-geletek jom” hihihi.. tergelak saya . Kalau saya tengah free and baik. Memang saya layan lah. Kalau tak memang buat dek jeekk…ada-ada je mainan yang mereka ajak saya join. Kadang-kadang benda tu datang dengan tak sengaja. Mereka datang kepada saya dan terus serang saya!!!
“Cikgu nak balik kampung tau” beritahu saya kepada rofiq di saat-saat akhir saya berada di taska. “Alaa..nape cikgu nak balik kg? cikgu tak boleh balik kg!!! cikgu kena tido sini je!! Bentak rofiq. Rofiq memang cepat mesra dengan orang, umur baru 4tahun.
“Yela…rofiq tak sayang cikgu..sayang cikgu tak? Dia tersengeh-sengeh pula. “ nanti siapa nak ganti cikgu?”tanya rofiq. “cikgu ain kan ada, cikgu mirah pun ada”jawab saya. “tak nak la”haaih..selamba je budak ni.
Sudah seminggu saya meninggalkan mereka, menjadi tabiat saya suka melihat mereka menangis. Sebab tersangat lah comel bila mereka menangis. Lagi-lagi bila haziq menangis.sungguh comel!!
Seronok juga menjadi kanak-kanak. Makan…tido…main. Tak payah fikir masalah. Tergelak saya bila teringat anak yang kami panggil firas,baru berumur 2tahun setengah. Suka-suka je dia tarik rambut kawan-kawan dia. Bila dia dah buat orang, dia pula nangis. Alamat dua-dua yang nangis.hehe
“Firas…firas buat apa ni? Ayyoookk…nanti Allah marah..Allah tak sayang nanti..”
Alahai Firas Ugut saya dalam nada yang lembut. Bertambah menangis lah dia. Sukanya saya!!!hehe. “ nanti masuk api neraka kalau buat kawan..nak masuk api neraka..nak?” firas bertambah nangis.. cikgu-cikgu lain dah tergelak. Saya sambung lagi. “kalau macam tu nak buat lagi ke tak nak? Nak tarik rambut kawan lagi ke tak nak? Kalau buat lagi Allah tak sayang…nanti mashuk api neraka.. nak macam tu..nak?” dia menggeleng sambil teresak-esak sambil berkata tak nak. Takut dia bila mendengar nama Allah dan neraka. Mataku berkaca-kaca.Ya Allah..anak ini baru kenal dunia..bersihnya hati mereka. Bila mendengar neraka mereka meraung kerana ketakutan sedangkan aku ya Allah..adakah hati ini rasa gentar dan takutkan -Mu,sebut perkataan neraka pun sambil lewa tanpa. Ya Allah,bersihkan hatiku ya Allah.
Anak-anak ini setiap hari ku pesan supaya tidak bertelagah sebab nanti Allah tak sayang. Biasalah kanak-kanak bila dah bermain bersama-sama,berebut,sikit-sikit tak nak kawan. Itu semua menjadi lumrah.


Tuesday, July 6, 2010
Tuhan...permudahkanlah kami....
“hehe… suara-suara romantic ni mestilah tengah tido tadi kak…hehe.nape kak?
“ina.. kita dah tengok dah subjek sem ni.. banyak dakwah la..alaaa…sedihnya..”
“laaa..kenapa pula nak sedih? insyaAllah..akak boleh punya…”
“entahlah ina…kita sedih laaa..mesti banyak bahasa arab nanti”
Tak ada apa yang nak di sedihkan pun kak. Kita dah amik course ni. Nak tak nak belajar dan belajar.Terbalik dengan saya. Saya seronok sebab sem lepas banyak subjek management yang memang saya tidak gemar. Tapi cuba mengemarkan. Alhamdulillah.. dan sem ni, banyak subjek dakwah tambah dengan tesis pula.. mudah-mudahan di permudahkan.. sudah tahun 4 rupanya kami ni..hehe..sahabat-sahabat saya semua hebat-hebat dan pandai.. moga success selalu..insyaAllah..(^_^). AZAM BARU UNTUK SEM NI!!!
SENARAI KURSUS UNTUK SEM NI….
AAD3023 ADAB AL-IKHTILAF
AAD3133 PSIKOLOGI DAKWAH
AAD3153 ORIENTALIS TERHADAP ISLAM
AAD4013 PERANCANGAN DAN STRATEGIK DAKWAH
AAM3093 METODOLOGI PENYELIDIKAN DAKWAH
UTA2082 PENGAJIAN HALAQOH

Tuesday, June 22, 2010
usah risau jika belum berpunya..

Resah. Gelisah. Seraut wajah termenung jauh.
"Orang lain semua dah kahwin, tinggal aku sorang saja".
Sekeping hati bermonolog. Monolog itu disusuli tujahan prasangka.
"Aku tak cantik ke?"
"Aku kurang bergaya ke?"
"Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?"
"Aku tak pandai meng'ayat' agaknya."
Mungkin itulah kerisauan yang memberat di minda mujda mudi yang belum berpunya. Rasa rendah diri, stres & gelojak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati & memiliki seseorg tanpa mengenal batas hala & haram. Yg penting, dapat.
Pilu hati ini melihat remaja yg merana kerana cinta. Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lg. Diri diperhamba menangih cinta sementara hgga sanggup berkonflik dgn Pencipta cinta. Semua batasan-Nya diredah segala. Tak kenal dosa pahala.
Oh, remaja!
Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa & zina. Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu tidak akan berkat. Apa tidaknya, asanya dibina drp dosa & maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yg utuh kecuali dinaik taraf dgn taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar & hambar. Semuanya dah dirasa & terbiasa, nak rasa nimatnya apa lagi? Anak-anak menjadi mangsa. Terimalah ia sbg hukuman dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Ku hembus nasihat ini kpdmu hai remaja tanda sayangku tak terhgga. Bg para gadis yg belum berpunya, andalah pilihan-pilihan Allah utk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendpt seruan, yakinlah.
Jgn risau jika masih belum berpunya krn mungkin Allah ingin bg ketenangan dulu buat anda utk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lg.
Begitu juga buat pemuda yg belum berpunya, '1st thing 1st'. Utamakn yg lbh penting drp ap yg penting. Kenali prioriti anda skrg. Jika mmg dah smpi saat nak memiliki, tabahlah & teruskn berusaha. Ingat, pastikan waktu nk berusaha tu anda mmg dah betul-betul mampu & sedia.
Memiliki seorg isteri solehah ibarat memiliki dunia & seisinya. Sudah tentu jalan utk mendapatkan sesuatu yg istimewa amat berliku & bnyk cabaran. Jgn putus asa. Rasa mulialah dgn usaha yg dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak. Usah rasa malu & terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan dilandasan-Nya. Teruskan berusaha!
Ingat, usaha yg Allah redhashj. Bagaimana? Dgn SMS siang malam? Atau bergayut ditelefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?
Berusahalah menyediakan diri & pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu, itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan org perantaraan utk lebih menjaga warak & iman.
Seringkali, seseorg mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yg tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam & jurang sabar ditempuh. Namun, apabila dia memilikinya, didapati insan yg dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yg tak disalur dgn suluhan petunjuk Al-Quran & Sunah.
Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz utk kita. Ianya urusan yg pasti. Apa yg tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Wallahu'alam.
1st Thing 1st:
- Ijazah
- Kerjaya
- Berbakti kpd Ibu Bapa
- Berumah Tangga
Sumber:
Fatimah Syarha Mohd Noordin.
SOLUSI, Isu No. 2, pg 62
~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~
