Thursday, November 18, 2010

Ingatan Buat Diri...

INGATLAH,....
segala gerak dan laku makhluk adalah izin ALLAH jua, jika datang orang menghadiahkan air mata...ALLAH sedang mendidik ku tentang sabar.
Jangan dilihat manusia yang menjadi sebab ,'lihat dengan mata hati yang ALLAH jua menjadi "musabbabil asbab",'Jika aku disakiti oleh dia,dia sedang mengajarku erti redha....


Wahai diriku,
beringat-ingatlah akan tipuan syaitan pabila aku tidak bahagia dengan kebahagian orang lain,itulah rasa sangat merbahaya.itulah pintu rasukan syaitan bila aku sendiri mendakap kejahatan warisannya sejak lama...





Wahai diriku,
Mulakanlah langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagian orang lain.
Jangan tersalah langkah..lihatlah kehadapan ada yang sedang menunggumu...







wahai diriku,
Jangan melupakan Allah dalam memburu kasih sayang manusia kerana dengan melupakan kasih Allah,kita akan gagal merebut kasih manusia...



Wahai Diriku,
apabila melihat kebaikan sahabat
rasailah itu hakikatnya kebaikan Allah
tetapi apabila melihat kejahatan atau kelemahannya
percayalah itulah cara Allah menguju kita
gengan itu,
mudahlah kita hapuskan sengketa...











Wahai Diriku,
ingatlah sekalipun aku terhijab
daripada mengecapi nikmat ketaatan,
tapi jangan sampai aku tertipu oleh kenikmatan kejahatan
berhati-hatilah menjaga hati.
tidak mengapa aku selalu menangis
kerana dosa
tetapi jangan sampai aku tersenyum kerananya!


ingatlah selalu,..
kejahatan yang menyebabkan aku menangis,


lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur..











Wahai diriku,
jadilah solehah..
bukan carilah soleh..
jadilah solehah..
InsyaAllah akan datang soleh untuk kita..
Maka begitulah juga
dalam petua bersahabat..
jadilah sahabat yang baik,
bukan carilah sahabat yang
baik..

Wahai diriku,
biarlah diri aku jatuh bangun










merangkak tegak dalam taubat demi taubat yang tidak menjadi
berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti
lebih baik terbentur daripada patah
lebih baik hati ku selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat,
daripada tertipu oleh nikmatnya yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat..

ingatlah...
teruskanlah berzikir walau hati lalai

kerana sekurang-kurangnya lidah akan terselamat
daripada berkata-kata yang kotor dan sia-sia,...

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...