Monday, November 15, 2010

moga kau punya kekuatan

Pabila lemahnya hatimu ina

Hubungkn dirimu dengn ILAHI

Moga kau punya kekuatan

Atau kasih sayang dgn maghfirah-NYA

Dekatkan dirimu dgn Yang Maha Esa

M’jdi jaminan satu ketenangan.

Pagi jumaat …sayyidul ayyam… kali ini saya lebih selesa untuk study di rumah. Saya cuba focus apa yang saya study. Sambil berYM dgn lina. Hihihi…focus ke saye.??ehe..Tiba-tiba lina bg YM…

“ina..kalau lina cakap lina nak sedih boleh tak”

“kenapa lina nak sedih? Lebih baik lina jangan sedih…sebab ina pun akan sedih”tiba-tiba saya nangis. Keadaan saya yang memang tak berapa ok masa tu. Saya sedih, saya takut tak mampu nak buat yang terbaik untuk exam kali ni. Tak patut saya mcam tu kan..

“lina…macam mana ni…ina da nangis ni….lina ni laaa…”saya mengadu seperti budak kecik.

“haa…biar betul? Nangis betul2 ke ina?”

Saya tergelak dalam tangisan..”yelah linaa…”

Saya terus mencapai HPhone saya…saya telefon umi saya..

“assalamualaikum maaaa…maaa…”

“waalaikumsalam…yee…”

“ma kat mane ni? Maaaa….” Sambil tahan-tahan nangis..

“kat rumah la…laaa….ina ni npe?”umi saya memang akan kalut kalau dengar saya menangis. Teringat 1 hari, nak dekat 12 malam, saya menangis2 call umi saya. Sebabnya laptop saya ada bermasalah…hihihi…kelakar je rasanya..ngada2 ina ni!!

“ina takut la mak esok…nak exam…. Maaa…ina penat la…”

“ya ALLAH…kenapa ni? Cuba lah jangan nangis, ina ni asyik nak nangis je… lemah sangat…lembik je tengok..cuba kuat sikit…stdy elok2…jgn fikir apa2..banyak2kan doa..nanti jangan lupa telefon nenek sekali”

“ermm…sedih la maa…tension pun ada..maaa…doakn ina ye..sebut nama ina jgn lupa. Doa ibu ni selalunya makbul” sambil cakap teresak2..tangisan saya semakin redha…

“yelaaa…da laa…jangan nangis…cuba kuat sikit…nak nangis jee…”

Akhirnya tangisan saya redha…dengan semangat dari my mom… dengan gelagat lina…saya jadi terhibur…alhamdulillah. Dan saya sambung stdy semula .. syukron jazillan pada sahabt-sahabat yang x putus-putus memberi sokongan dorongan kepada saya yang serba kekurangan ini. moga Allah membalas jasa antum semua di saat diri ini memerlukan tarbiyyah dan sentuhan rasa hati dari antum semua.

*~sangat memohon supaya diri ini sentiasa di tegur dan di beri nasihat~

Makanan untuk hari ni:

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:· Hatinya selalu berniat suci· Lidahnya selalu basah dengan zikrullah· Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)· Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah· Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia

No comments:

Post a Comment


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...