Tuesday, November 30, 2010

zikrullah, istiqomahkannya, insya Allah, hati terikat dengan-Nya..



suatu pagi yang diselubungi kabus, khaulah sedang duduk di atas sejadah, lalu kawannya menegur : "uit, buat apa lama di atas sejadah tu, waktu subuh dah habis la"..

khaulah tidak menjawab, sebaliknya terus duduk diatas sejadah. sahabatnya itu terus baring di atas katil..kemudian, lebih kurang pukul 7.30 pagi, khaulah berdiri untuk melakukan solah sunat dhuha..

sesudah itu, barulah khaulah pergi duduk ditepinya.."sahabatku, dah tidur?"

sahabat: "belum, saya hanya baring, tadi kenapa kamu tak menyahut panggilan saya tadi?

khaulah tersenyum : "khaulah tengah berzikir wahai sahabatku"

sahabat khaulah memandang wajah khaulah : "bukankah zikir itu tidak mengapa kalau dihentikan sekejap dan khaulah menjawab panggilan saya atau menjawab pertanyaan saya?"

khaulah tersenyum : "boleh, di sudut ilmu feqah, ia tidak apa-apa, kerana zikir itu tidak terikat dengan mana-mana perbuatan yang membatalkannya kecuali gila, mati dan seumpamannya"

sahabat khaulah bertanya lagi : "maksudnya?"

khaulah tersenyum : "contoh seperti solat, apabila kita sedang solat, maka kita mempunyai perbuatan yang boleh membatalkan solah kita seperti makan, minum, berbual dalam solah, perbuatan anggota besar melebihi 3 kali secara berturut-turut dan seumpamanya, tetapi di dalam zikir, tiada yang itu, bila-bila masa boleh berzikir, walaupun dalam keadaan tidak berwudhu' sekalipun, tetapi...", khaulah
menghentikan ayat seketika..

sahabat khaulah memandang diri khaulah untuk kali kedua dengan kerutan di dahinya : "tetapi?"

khaulah menjawab : "di sisi ulama' tassawuf, zikir dalam keadaan adanya perbuatan lain adalah zikir yang sia-sia kerana hati sedang lalai kepada Allah S.W.T, astaghfirullah"..

sahabat khaulah terus bangun dari baringannya dan bertanya : "zikir yang sia-sia kerana hati lalai? bagaimana tu?"

khaulah tersenyum : "amal ibadah yang sebaiknya dan semulianya adalah amal ibadah yang disertakan gerak geri hati seseorang itu, bukan setakat pada zahirnya sahaja, tetapi juga hatinya..dan hal ini yang kita titik beratkan, bahkan ketika solah pun, kita masih teringat pada hal dunia, "kerja pejabat aku masih belum selesai tu", "sayur tak beli lagi", "petang nanti nak gi jumpa kawan tu kejap" dan sebagainya, iaitu contog-contoh ketika amal ibadah tetapi hati berbuat hal dunia, maka di sisi ulama' tassawuf, hal ini adalah maksiat kepada hati, maka sia-sialah amal ibadahnya, bahkan dikatakan mendapat dosa pula, astaghfirullah.."

sahabat khaulah itu mengangguk : "jadi, kita kena jaga hati kita baik-baikkan, gitu?"

khaulah tersenyum : "insya Allah, zikir ini adalah salah satu cara untuk menjaga hati, kenapa? sebab apabila hati sudah adanya zikir, maka kuranglah sifat mazmumah atau kelalaian yang berlaku, insya Allah..dan khaulah ingat lagi, ayah khaulah tak kan keluar dari masjid selagi tidak melihat matahari terbit dan akan berzikir sebelum itu"..

sahabat khaulah bertanya lagi : "kenapa? waktu tu bagus ke?"
khaulah tersenyum : "wahai
sahabatku, hayati firman Allah S.W.T (yang bermaksud) : "Demi waktu Dhuha dan demi Malam apabila menjadi sepi. Tidaklah Tuhanmu meninggalkanmu dan tidaklah Dia membencimu. Dan Akhirat itu lebih baik daripada dunia ini. Dan pasti Tuhanmu akan memberi kepadamu kurniaan hingga kamu menjadi suka." (Surah al-Dhuha ayat 1-5 )

sesungguhnya kita baru sahaja melepas waktu yang sepi, di mana pada waktu malam itu terutama di pengakhirnya, Allah teramat hampir dengan kita, Allah suka kepada hamba-Nya yang beramal ibadah kepada-Nya di ketika itu.. dan, apabila matahari terbit iaitu lebih kurang pukul 7 pagi atau sebelumnya atau selepasnya, maka hati kita pun, kita teruskan dengan zikir, supaya hati terus terikat kepada Allah selepas bangun daripada tidur..kita mulakan kehidupan kita di pagi itu dengan mengingati Allah, dengan mengingati siapakah kita, dengan mengingati kita tidak lama di dunia, dengan mengingati bekalan yang ada masih belum mencukupi..dan sebagainya..

maka, insya Allah, kehidupan kita pada hari itu menjadi lebih tenang, kerana hati sudah tenang, insya Allah. kemudian zikir, kita sudahilah ia dengan solah sunat dhuha, kemudian, bersiaplah untuk urusan dunia"
sahabat khaulah mengangguk : "begitu ya..mulianya bagi golongan yang sedar tentang Allah di awalnya, maka dipertengahan dan akhirnya selamat"..

khaulahtersenyum dan khaulah pula bertanya : "maksud kamu?"

sahabat khaulah tersenyum pahit : "saya sedar, saya ni banyak buat dosa..mungkin sebab hati saya pada awalnya, maksudnya bangun ajr dari tidur terus melupai Allah, solah fardhu subuh pun dalam keadaan terpaksa, maka tidak hairanlah kehidupan saya di pertengahan (siang hari) dan akhirnya (malam hari) dalam keadaan tidak teratur, hati saya tidak bersih di awalnya lagi, jauh dengan Allah"

khaulah memegang bahunya dan tersenyum : "Allah tidak jauh darimu, Allah sentiasa hampir denganmu, tetapi kamu aje tidak sedar tentangnya..maka, banyakkan zikir, senang aje zikir, di mana-mana boleh, baca sahaja astaghfirullah, untuk memohon pada Allah agar diampunkan dosa, dan bacalah pula alhamdulillah, subhanallah, allahuakbar sebanyaknya, bila-bila sahaja, senang kan.insya Allah, hati kita akan sentiasa merasakan tenang"..

sahabat khaulahtersenyum..

wallahua'lam..

1 comment:


~Lihat dengan hati kerana pandangan mata selalu gelap, tak mampu menilai hakikat~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...